Header Ads

ads header

Flash News

Mana peniaga Bumiputera? Annuar cari di pusat beli belah


KUALA LUMPUR, 11 Mei — Bimbang dengan situasi semasa peniaga Bumiputera, Tan Sri Annuar Musa hari ini turun padang mencari kebenaran.

Menteri Wilayah Persekutuan terpanggil membuat tinjauan selepas terdapat desakan lot berkenaan dibuka kepada bukan Bumiputera.

“Saya diberitahu kononnya rumah dan lot kedai termasuk di pusat beli belah yang dikhaskan untuk Bumiputera tidak habis kerana tiada pemohon. Betulkah laporan ini?

“Saya terima permohonan pemaju yang mahu lot Bumiputera dibuka kepada bukan Bumiputera. Saya ragu.

“Hari ini saya akan turun padang untuk tengok sendiri di pusat beli belah tertentu,” coretnya di Facebook hari ini.

Annuar berkata peniaga Bumiputera seharusnya tampil berniaga di pusat beli belah dan lokasi lain.

Katanya bagi merealisasikan hasrat itu, peniaga yang berminat diminta tampil menghubungi Kementerian Wilayah Persekutuan.

Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


1 ulasan:

  1. Peniaga2 pemborong sayur bumi cepat ambil peluang ini. Tetapi tan sri peniaga2 bumi selalunya akan diberi tekanan yang tinggi oleh peniaga2 lain bukan bumi sehingga tak tahan berniaga di situ sama ada dengan mainkan harga dengan membeli sayur dari ladang dengan murah sehingga peniaga bumi tak dapat membeli sayur dari ladang untuk dijual balik.

    BalasPadam