Header Ads

ads header

Flash News

MB baru ikrar jadikan Kedah ‘periuk nasi’ Malaysia


ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah yang baru, Muhammad Sanusi Md Nor berikrar menyingkirkan imej “negeri termiskin” dengan mengambil langkah drastik membasmi kemiskinan dan memfokuskan ekonomi berasaskan pertanian.

Katanya, Kedah di bawah kepimpinannya akan menjadi negeri jaminan keselamatan makanan yang mampu memenuhi permintaan seluruh negara dalam usaha mengurangkan kebergantungan kepada pengimportan makanan.

Beliau juga akan menumpukan perhatian untuk menyediakan bekalan air bersih, internet berkelajuan tinggi dan meningkatkan taraf hidup rakyatnya.

“Kami akan bekerja keras untuk menangani isu yang membelenggu kami selama ini. Kami juga berharap untuk mendapat maklum balas membina daripada semua,” katanya pada sidang media pertamanya selepas dilantik menjadi menteri besar Kedah hari ini.

Sanusi berkata, beliau akan “menekan butang set semula” bagi projek pembangunan tertentu di bawah kerajaan terdahulu, selain melaksanakan “projek penting” dan menambah baik projek lain.

Muhammad Sanusi Md Nor (kiri) dalam sidang media pertamanya di Wisma Darul Aman, Alor Setar, Kedah. Turut hadir pegawai kewangan negeri, Isahak Murat. (Gambar Istana Kedah)

Sementara itu, beliau mengucapkan terima kasih kepada pemimpin Perikatan Nasional, termasuk Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin, Presiden PAS, Abdul Hadi Awang dan Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi yang memberi kepercayaan kepadanya untuk menerajui Kedah.

“Kerajaan Kedah komited untuk bekerjasama dengan perdana menteri, Kabinetnya dan jentera persekutuan.

“Kami mahu menyelesaikan isu dan memenuhi keperluan rakyat.”

Katanya, beliau akan memilih barisan exconya dalam masa terdekat.

Sanusi turut mengucapkan terima kasih kepada Mukhriz Mahathir atas sumbangannya dan kerjasama dalam memastikan peralihan kerajaan negeri yang lancar.

Mengenai sokongan PAS Kedah kepada Mukhriz sebagai MB sebelum ini, Sanusi berkata, ia adalah jangka masa berbeza.

“Masa itu, saya pergi berjumpanya dan memberi sokongan kepadanya untuk menjadi MB. Saya berbuat demikian supaya beliau dapat mengelakkan pertembungan politik yang akan merugikan rakyat. Hubungan (dengan kerajaan persekutuan) mula berubah ketika itu.

“Kita perlu sedar yang perubahan kerajaan ini bukan daripada PAS, tetapi daripada Pakatan Harapan sendiri,” katanya merujuk 2 wakil rakyat PKR, iaitu Adun Sidam, Robert Ling dan Adun Lunas, Azman Nasrudin yang keluar parti Selasa lalu serta menyokong PN.

Tindakan 2 Adun itu serta 4 lagi Adun PPBM yang menyokong PN menyebabkan ia mendapat sokongan 23 daripada 36 wakil rakyat.

Susulan itu, Mukhriz meletak jawatan sebagai menteri besar selepas hilang sokongan majoriti.




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


6 ulasan:

  1. Kami bukan mahukan Kedah menjadi Negeri pertanian, ini satu usaha terkebelakang mengekalkan kemiskinan di Negeri Kedah betfikirlah dalam ruang litup yang lebih luas. Kalau begini corak kepimpinan baru, lebih baik kekalkan yang lama. Buat lah sesuatu yang lebih baik bukan untuk keuntungan pemimpin2 politik Kedah tetapi untuk rakyat Kedah seluruhnya. Kalau ketandusan idea dan kesungguhan berundurlah, jangan syok sendiri.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ini satu komen bingai macamlah hidup cukup dengan minum kencing dogpig ...semua negara industri utama yang maju hatta US,Jepun dan Cina turut mengutamakan industri pertanian terutamanya makanan ruji seperti gandum, beras dan lain lain. Industri pertanian cukup luas potensi untuk pasaran tempatan dan ekspot dan topografi kedah pula sesuai untuk menjadi negeri periuk nasi .Tanpa makanan walau sekuat manapun kuasa tentera akan lumpuh bila berlaku bencana seperti peperangan atau seumpamanya

      Padam
  2. Ikut suka hang la...dah jadi MB

    BalasPadam
  3. Ikut suka hang la...dah jadi MB

    BalasPadam
  4. Pertanian sekarang paling mahal malah lebih mahal dari petrol sbb Covid 19.
    Harga minyak jatuh sebab kapal terbang banyak kena grounded.

    BalasPadam
  5. Belom apa apa lg dh ckp x bagus...pertanian bkn satu si.bol kemiskinan...berapa byk kita import bahan dr asas pertanian?spt beras..bwang dan lain2 nya...jgn bergantung kpd industri shj...byk lg bidang yg boleh jd kaya...

    BalasPadam