Header Ads

ads header

Flash News

Memang wajar Anwar tidak hadir sidang media


KUALA LUMPUR – Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak hadir ke sidang media anjuran Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr. Mahathir Mohamad di Yayasan Perdana petang ini, sebagai keputusan bijak.

Tidak ada sebab untuk Ahli Parlimen Port Dickson itu hadir kerana sebagai Ketua Pembangkang, Anwar sepatutnya diberi kuasa untuk mengendalikan sidang media berkenaan, bukan dikawal sepenuhnya oleh Dr. Mahathir.

Menurut Presiden Pertubuhan Jalinan Sukarelawan Malaysia (Sukarelawan Malaysia), Isham Jali dalam kenyataanl: “Apabila Dr. Mahathir ada, semua mikrofon dan soalan yang dituju oleh wartawan tentunya akan dihala kepadanya, dan Anwar akan hanya main tepi meja atau jadi background wallpaper sahaja,”.

Sidang media yang dihadiri Presiden Parti Amanah Negara (PAN), Mohamad Sabu; Presiden Parti Warisan, Datuk Seri Shafie Apdal; dan Setiausaha Agung DAP, Lim Kit Siang itu diadakan sebaik selesai sidang Parlimen Penggal Ketiga, Parlimen Keempat Belas di Bangunan Parlimen di sini, pagi ini.

Dalam sidang media itu, wartawan bertanyakan Dr. Mahathir mengapa Anwar tidak hadir.

“Anwar tak dapat datang. Tapi dia bersetuju menandatangani kenyataan bersama,” katanya ringkas.

Sidang media itu difahamkan bertujuan mengulas mengenai sidang sehari Parlimen yang dirasmikan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Mengulas lanjut, Isham berkata, sudah tentu Anwar tidak akan hadir sidang akhbar yang dipanggil Dr. Mahathir.

“Sebab Anwar tentunya tahu yang Dr. Mahathir akan berpelakuan seolah dia (Mahathir) masih lagi ketua pembangkang, bukannya Anwar,” katanya. – MalaysiaGazette

MR :  Anwar mula nampak bijak


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


6 ulasan:

  1. Ya... anwar mula nampak bijak, setelah sekian lama nampak bodo dan dipebodokan

    BalasPadam
  2. Bagus abg nong... janganlah dilayan atok tu nanti kena tipu lagi.

    Atok ingat abg nong bodoh ke...

    BalasPadam
  3. Nak tunggu masa undi tak percaya dibuat.
    Kerajaan sesiapapun pasti akan tersungkur.
    Bila mgkhianati undi rakyat

    BalasPadam
  4. Teruskan bodoh engkau Arif Muluk.Banyak sangat makan dedak DAP.Simpan sikit bodoh tak bertepi tu utuk anak cucu engko.Buka mulut nampak sangat bodoh.kalu senyap,orang tak tahu dungu bertingkat2

    BalasPadam
  5. Mungkin Anwar tak terima penghinaan 'Melayu bacul' yang di ulang2 oleh Mahathir

    BalasPadam
  6. anwar bila nak nak sam rawther? Bila nak saman tuan guru? semua gempak saja. Benar la apa yg Tuan Guru cakap hri tu kamu tu agen freemason dan benar la semua dakwaan Rawther tu?

    BalasPadam