Header Ads

Header ADS

Mesyuarat Majlis Kewangan Negara yang diadakan secara sidang video


Hari ini saya telah mempengerusikan Mesyuarat Majlis Kewangan Negara yang diadakan secara sidang video dari pejabat saya di bangunan Perdana Putra.

Mesyuarat yang disertai oleh Menteri Kewangan, Menteri-menteri Besar, Ketua-ketua Menteri dan pegawai kewangan negeri itu berlangsung di Dewan Utama, Kementerian Kewangan.

Mesyuarat itu antara lain membincangkan perkara yang melibatkan pengurusan kewangan Kerajaan Negeri dan isu-isu berkaitan selain hal-hal yang menyentuh kepentingan bersama Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.


Mesyuarat Majlis Kewangan Negara perlu diadakan sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh 12 bulan selaras dengan peruntukan di bawah Perkara 108 Perlembagaan Persekutuan.

Kali terakhir Mesyuarat Majlis Kewangan Negara diadakan adalah pada 27 Mei 2019.

Muhyiddin Yassin


MR :  Penulis PH ada mempersoalkan siapa nak jalankan mesyuarat. Dia orang mungkin tak arif dengan "BUDAYA BAHARU"


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.