Header Ads

ads header

Flash News

Muhammad Sanusi angkat sumpah MB Kedah ke-14


ALOR SETAR: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeneri, Muhammad Sanusi Md Nor mengangkat sumpah jawatan sebagai Menteri Besar Kedah ke-14 dalam satu majlis yang berlangsung di Wisma Darul Aman pada Ahad.

Beliau melafazkan sumpah menyandang jawatan tersebut di hadapan Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah pukul 3.05 petang di Pejabat Tuanku Sultan Kedah di wisma terbabit.
Sanusi terdahulu diumumkan sebagai Menteri Besar yang baharu oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Datuk Ammar Shaikh Mahmood Naim selepas menerima perkenan daripada Sultan Kedah.

Pelantikan itu dibuat berlandaskan peruntukan di bawah Perkara 35 dan 37(2)(a) Undang-undang Tubuh Kerajaan Kedah selepas Ketua Pengarah Pilihanraya Pas Pusat itu menerima sokongan majoriti daripada ADUN-ADUN di negeri itu.
Sanusi yang juga Timbalan  Pesuruhjaya 1 Pas Kedah sebelum ini menyandang jawatan Ketua Pembangkang DUN Kedah bermula Mei 2018.

Beliau pernah menjadi Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Kedah yang ke-11, Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak.

Pelantikan tersebut juga menjadikan Sanusi sebagai ADUN dari parti Pas yang kedua menjawat jawatan terbabit selepas kepimpinan Azizan bagi penggal 2008 hingga 2013.

Kerajaan Perikatan Nasional Kedah kini akan mentadbir negeri itu selepas memiliki 15 ADUN dari Pas, 4 ADUN (Bersatu-PN), 2 (Barisan Nasional) dan dua (Bebas).

Dalam Pilihan Raya Umum ke-14 , Muhammad Sanusi menang kerusi DUN Jeneri selepas menewaskan Mahadzir Abdul Hamid (BN-UMNO) dan Mohd Nazri Abu Hassan (PH-PPBM) dengan majoriti 2,455 undi.

MR :  Tahniah


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan