Header Ads

ads header

Flash News

Muhyiddin jalani kuarantin di rumah 14 hari


Perdana Menteri Muhyiddin Yassin menjalani kuarantin di rumah 14 hari mulai hari ini.

Ini susulan kehadirannya dalam mesyuarat pascakabinet di Pejabat Perdana Menteri (PMO) di Putrajaya pada Rabu lalu yang dihadiri seorang pegawai yang positif Covid-19.

PMO berkata ujian saringan pagi tadi mengesahkan Muhyiddin negatif.

Bagaimanapun, menurut Perintah Pengawasan dan Pemerhatian bagi Kontak Covid-19 (Seksyen 15(1) Akta 342), beliau perlu menjalani kuarantin di rumah selama 14 hari.

“Semua ahli mesyuarat tersebut juga telah diarahkan agar menjalani ujian saringan dan kuarantin di rumah masing-masing selama 14 hari bermula hari ini,” menurut PMO.

PMO juga menegaskan setiap mesyuarat yang diadakan di PMO mengamalkan penjarakan sosial dan penjagaan kesihatan yang ketat pada setiap masa.

MR :  Mahathir dah, Muhyiddin dah.. Anwar dan Najib belum lagi


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


3 ulasan:

  1. Jaga jarak sosial anda sekurang-kurangnya 1 meter dari orang lain bagi memutuskan rantaian jangkitan COVID-19.
    Syawal jauh di mata, dekat di hati.

    BalasPadam
  2. Inilah antara tujuan bersidang 1 hari masa covid utk jangkitan dikawal.tapi puak PH munafik terus berpolitik utk bersidang 14hari.bagaimana jika MP2 mereka SENDIRI terkena jangkitan ini didoakan...mereka akan berkata ini semua salah Najib dn PN.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul saudara. Puak Hancai ni tak kira badan masing2 tak mandi tak cebok bukan kisah apa. Hari ni article dari new york times keluar mengatakan demokrasi di malaysia dah malap. Mesti orang2 ph dah sogok wartawan nyt untuk siarkan. Kita mesti tabah hadapi cabaran dari pihak kapir zionis dan juga tak kurang banyaknya munafik.

      Padam