Header Ads

ads header

Flash News

Mukhriz letak jawatan MB Kedah Kali kedua


Mukhriz Mahathir hari ini mengumumkan peletakan jawatannya sebagai menteri besar berkuat kuasa serta-merta selepas tidak lagi memiliki sokongan majoriti dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah.

Timbalan Presiden Bersatu itu berkata beliau sudah mengemukakan perkara itu kepada Sultan Kedah.

"Saya sudah sembah maklum kepada sultan atas sebab saya hilang majoriti, saya dengan ini meletak jawatan menteri besar berkuat kuasa serta merta," katanya dalam sidang media di Wisam Darul Aman hari ini.

Ini kali kedua Mukhriz terpaksa melepaskan jawatan sebagai menteri besar selepas mengalaminya pada 2016 di bawah pentadbiran BN.

Mukhriz melepaskan jawatan itu selepas Perikatan Nasional (PN) memiliki 23 daripada 36 kerusi Adun bagi membentuk kerajaan negeri yang baru.

Ia setelah dua adun PKR, Dr Robert Ling Kui Ee (Sidam) dan Azman Nasrudin, keluar parti dan mengisytiharkan sokongan kepada PN pada 12 Mei lalu. Langkah itu disusuli dengan empat Adun Bersatu.

Sebanyak 23 akuan bersumpah (SD) daripada Adun Kedah juga dipersembah kepada Sultan Kedah Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah dengan mencadangkan calon baru menteri besar.



Mengulas lanjut, Mukhriz yang juga Adun Jerlun berkata beliau digulingkan oleh Perdana Menteri Muhyiddin Yassin sendiri.

Beliau berkata, dua sebab yang mungkin menjadi alasan kepada Muhyiddin untuk menggulingkannya dan kerajaan PH Kedah ialah usul undi tidak percaya yang dikemukakan oleh Dr Mahathir Mohamad, serta keputusannya untuk bertanding bagi jawatan presiden dalam pemilihan Bersatu akan datang.

"Umum juga mengetahui saya mencabar jawatan presiden bagi merebut presiden Bersatu dan ayahanda Dr Mahathir cabar dengan undi tidak percaya di Parlimen.

"(Ini) Dua penyebab kenapa saya nak dijatuhkan sebagai menteri besar, jelas Muhyiddin di belakang," katanya lagi.

Katanya lagi, keputusan itu menyaksikan Bersatu hilang sebuah lagi negeri yang ditadbirnya selepas Johor, yang kembali diketuai BN.

"Saya langgar dia (Muhyiddin), dia tak berapa yakin maka ambil tindakan drastik cari cara nak gulingkan saya sebagai menteri besar...Saya mampu jatuhkan dia sebagai presiden parti," katanya lagi.

Mukhriz berkata beliau mempertahankan kerajaan PH di Kedah selari dengan prinsip Mahathir, selaku pengerusi Bersatu, yang enggan bersekongkol dengan Umno.

"Oleh kerana PAS bekerjasama Umno dalam Muafakat Nasional maka saya putuskan tidak menerima pelawaan untuk bersama PN Kedah.

"Lebih baik saya jadi pembangkang daripada gagasan politik yang dipenuhi skandal antarabangsa, daripada hidup biar mati berdiri," katanya lagi.

Sanusi dilantik jadi MB

Dalam satu kenyataan hari ini, Setiausaha Kerajaan Negeri Ammar Shaikh Mahmood Naim memaklumkan pelantikan Adun Jeneri daripada PAS, Muhamad Sanusi Md Nor sebagai menteri besar baru.

Muhammad Sanusi

Beliau berkata setelah perjumpaan dengan semua Adun pada 15 Mei, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah mendapati Mukhriz tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti Adun dan berkenan menerima peletakan jawatannya.

"Lanjutan peletakan jawatan itu, Sultan Sallehuddin berkenaan untuk melantik Sanusi setelah pada hemat baginda telah mendapat kepercayaan majoriti Adun Kedah.

"Majlis pelantikan menteri besar ke-14 akan diadakan hari ini di pejabat Sultan Kedah, Wisma Darul Aman," katanya.

MR :  Dapat kepada PAS, sikap PAS tak berebut dalam gabungan PN menghasilkan buah


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


3 ulasan:

  1. Siapa kata parti lebai tak ada power,Kelantan dan Terengganu menang dengan majoriti 2/3 dan di Kedah pula adalah parti yang menang paling banyak kerusi dalam PRU 14. Parti pengkhianat Islam iaitu jebon panpinpon dengan bantuan abang besar dogpig hanya setakat kuat dan geger melabelkan pelbagai kata nista terhadap presiden dan parti lebai. Sekarang bertambah lagi satu negeri dalam gengaman PAS. Semoga parti lebai tidak leka dengan ujian Allah untuk menjadi pemimpin kepada golongan yang bertakwa dan semoga pakatan yang didokongi oleh golongan kufur dan munafiq di Malaysia terus hancur dan terus bergomol sesama sendiri

    BalasPadam
  2. tak payahlah ko nak berangan jadi P.M. En.Muk. Silau pandangan aku, kalau ko jadi P.M. Baiklah ko duk lepak kat rumah tepi tasik the mInes tu lagi elok.
    tak payah pening kepala dan kusutkan fikiran.

    BalasPadam