Header Ads

ads header

Flash News

Nak suruh rakyat benci terpaksa kata Demokrasi kian terhakis di bawah Perikatan Nasional


SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir berpendapat bahawa proses demokrasi negara kian terhakis di bawah pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional.

Menurutnya, perkara itu dapat dilihat apabila kerajaan di bawah Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin didakwa cuba untuk mengelak daripada mengadakan sidang Dewan Rakyat.

“Jadi saya hairanlah apa sebenarnya kerajaan Perikatan Nasional di bawah Muhyiddin ini, kalau kita dapati dalam mesyuarat Dewan Rakyat tidak ada sokongan majoriti maka dia tidak berhak menjadi Perdana Menteri.

“Untuk elak daripada itu berlaku dia tidak benarkan kita bermesyuarat dan hanya buat mesyuarat satu hari sahaja serta tidak membenarkan untuk membawa usul,” katanya.

Beliau berkata demikian pada program Perutusan 9 Mei: Mandat Rakyat bersempena sambutan ulang tahun kedua Pakatan Harapan di Facebooknya hari ini.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Langkawi itu menyifatkan usaha itu seolah-olah menyekat proses demokrasi sedangkan rakyat menentukan nasib mereka melalui pelantikan wakil-wakil rakyat.

"Wakil-wakil mereka yang akan tentukan sama ada seseorang itu dipilih menjadi Perdana Menteri ataupun tidak," katanya.

Menurutnya, dengan tanpa mesyuarat di Dewan Rakyat mereka tidak boleh menentukan kedudukan Muhyiddin dan strategi itu dilihat tidak demokratik.

“Kalau dulu kerajaan Najib (Datuk Seri Najib Razak) dikatakan kerajaan pencuri atau kleptokrasi tetapi kerajaan Muhyiddin ini pula tidak memberi peluang buat kita untuk berbahas dalam Parlimen bukan lagi kerajaan demokratik tetapi tiada ketetapan.

“Inilah yang dilakukan secara tidak langsung dan saya harap rakyat faham apa yang berlaku,” katanya.

Mengulas lanjut, Mahathir turut mengingatkan ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) agar kembali kepada tujuan asal penubuhan parti itu dalam memperjuangkan nasib orang Melayu dan bumiputera.

Katanya, kedudukan Bersatu kini berada di tangan mereka yang kini berpecah kepada dua dengan ada sesetengah daripada mereka menyokong Muhyiddin dan di pihak lain pula, mereka tidak mendapat sokongan daripada Pakatan Harapan (PH).

“Bersatu kini terkontang-kanting dan tidak tahu kedudukan mereka di mana, jadi sudah tentu jika ada pilihanraya Bersatu besar kemungkinan sukar untuk terus kekal.

“Jadi sekiranya, Bersatu kalah teruk maka harapan orang Melayu kepada Bersatu untuk menggantikan UMNO dengan parti Melayu yang lain akan hilang,” katanya.


MR :  Politik benci bukan politik Malaysia


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


12 ulasan:

  1. Rakyat dah muak dah jelak tgk muka tua renta ni dan tua kutuk tak sedar diri yg berangan2 jadi pm mcm lah tiada dah yg muda layak jadi pm,,,skrg rakyat pantau semua yb yg ada,,silap sahaja dlm 3.tahun ni maka ke bangkul sampah kalia

    BalasPadam
  2. Ini dajal malaysia yang tak habis2 memberi masalah kepada rakyat. Jelas dia hanya mementingkan 1.ego dia 2. kerabat dia 3. kroni dia. Sekarang ini peluang kita mau lihat siapa pengkhianat umat islam dan melayu khususnya. Si kitol ni sekarang sudah terdesak dan kebajikan rakyat sudah dia tak peduli.

    BalasPadam
  3. mari coba keberuntungannya bersama kami hanya dengan
    deposit minimal 20.000 bisa menangkan uang jutaan rupiah
    ditunggu apalagi, segera bergabung bersama kami di IONQQ".COM
    Sedia deposit pulsa juga (min 25rb)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Keluar ko dr mslh mlysia ini...nk kempen bisnes sila ke media lain...gampangan kalian...

      Padam
  4. Tak habis-habis nak rebut kuasa. Yang dia pergi letak jawatan tu siapa suruh? DEMOKRASI KE TU? Orang tua tak sedar diri.

    BalasPadam
  5. La ni 2 makhluk kemaruk kuasa ni,bukan lagi disanjung dan diharapkan oleh rakyat Malaysia. menyampah dan serabut 20 tahun kerana 2 makhluk ni.wakil rakyat yang mewakili PN harini juga dipilih oleh rakyat.

    BalasPadam
  6. Nak bela rakyat kata nya muka macam dajal rakyat dah tahu dah siapa kau lebih baik undor diri jangan campur urusannya rakyat lagi .rakyat dah dapat Allah turunkan Pm terbaik buat rakyat malaysia.pergi masjid buat amal semuga dapat pertunjok dari Allah.

    BalasPadam
  7. Umor 90 keatas dah tak boleh pakai cakap dia, dlm masa 6 jam cakapnya boleh berubah-ubah,

    BalasPadam
  8. Sekarang ni hati2 dakyah PH nak lagakan peminpim2 PN

    BalasPadam
  9. Masaalah Tun ini dia dikelilingi orang orang bengong. Tun ni dah tua bagi le dia rehat. Yang parlimen bersidang satu hari tu pasal banyak keputusan nak kena buat pasal COVID 19 ni bukan masalah sosial distancing. Kalau menteri menteri kena bersidang di Parlimen, kerja kerja covid ni siapa nak buat. Tunggu le Julai. Tun jangan ingat rakyat ni bodoh. Sudah sudah le Tun. Jgn dengar orang orang kelilling Tun tu, tak de faedahnya.

    BalasPadam
  10. PN DITOHMAH sebagai pengkhianat / rampas kuasa/pintu belakang/tidak dapat mandat rakyat /tiada manifesto?????tetapi HAKIKATNYA IALAH KERAJAAN MENANG TANPA BERTANDING SERTA DI IKTIRAF PERLEMBAGAAN DAN ATAS KEPERCAYAAN YDPA.BUKALAH MINDA DAN BERLAPANG DADA.

    BalasPadam
  11. padan muka atok dan bang non bergaduh bergaduh bergaduh last2 tsmy yg dapat jd pm...2 ekor anak babon tonyok nig yg melopeh

    BalasPadam