Header Ads

ads header

Flash News

Negara 'dijajah' pendatang tanpa izin secara senyap


HANYA selang beberapa minit, penulis dapat merasai pengalaman berada di Dhaka, Bangladesh dan Kathmandu, Nepal dengan hanya memandu di tengah ibu kota hujung minggu lalu.

Lazimnya, setiap hujung minggu laluan di hadapan Dataran Merdeka akan ditutup dan kenderaan terpaksa mengikut jalan sisi antara bangunan Straits Trading dan pejabat Majlis Peguam Malaysia, menerusi Lebuh Ampang jika mahu ke Jalan Raja Laut atau Jalan Tuanku Abdul Rahman.

Bermula dari persekitaran Medan Pasar dan belakang Pasar Seni, sudah mula kelihatan lautan warga Bangladesh yang menjadikan kawasan itu pusat pertemuan dengan rakan senegara dan bila menghala ke Lebuh Ampang pula, kelibat warga Nepal dan tidak kurang juga warga Myanmar, semakin ramai.

Selain mereka yang memandu melalui kawasan terbabit, boleh dikatakan tiada langsung rakyat tempatan lalu lalang di situ, malah kebanyakan kedai sudah diambil alih warga asing, yang menjual barangan dari negara masing-masing atau mengusahakan restoran menyajikan masakan mereka.

Secara tidak langsung pemikiran diterpa kegusaran sama ada rakyat Malaysia sendiri, yang kini makin taasub lagi lantang bersuara dalam konflik antara Melayu dan bukan Melayu, menyedari bahawa negara sendiri ‘dijajah’ secara senyap oleh bangsa asing.

Berdasarkan statistik Jabatan Imigresen Malaysia sehingga September tahun lalu, jumlah pekerja asing yang bekerja di negara ini secara sah adalah 1.73 juta orang, majoriti dari Indonesia, Nepal, Bangladesh, Myanmar, Pakistan dan China.

Sementara itu, Jabatan Perangkaan menganggarkan jumlah warga asing yang tinggal secara sah di negara ini tahun lalu ialah sekitar 3.3 juta orang daripada keseluruhan 32 juta penduduk di Malaysia.

Nisbah hampir 10 peratus ini agak tinggi memandangkan nisbah penduduk Malaysia berketurunan India hanya sekitar lapan peratus berbanding jumlah keseluruhan penduduk.

Bagaimanapun, sebuah badan bukan kerajaan (NGO), Sekretariat Khidmat Imigran (SKI), berpendapat warga asing yang berstatus pendatang asing tanpa izin di negara ini melebihi jumlah pekerja asing yang memiliki dokumen dan permit sah.

Berdasarkan statistik NGO itu, pada 2014 lebih 6.7 juta pekerja asing, bekerja dalam pelbagai sektor terutama pembinaan dan peladangan dan daripada jumlah itu, hanya 2.1 juta mempunyai permit, bermakna ketika itu ada lebih 4.6 juta warga asing bekerja secara tidak sah di Malaysia.

Pada 2017 pula, kira-kira 1.73 juta pekerja asing yang sah berbanding 2.1 juta orang empat tahun sebelumnya, namun jumlah pendatang asing tanpa izin yang masih ada di sini terus menjadi tanda tanya. SKI juga berpendapat jutaan pendatang asing tanpa izin masih lagi bebas bergerak dan bekerja di negara ini kerana amat mustahil warga asing terbabit pulang beramai-ramai ke negara masing-masing.

Banteras pendatang tanpa izin agenda utama

Justeru, tidak hairanlah apabila Pakatan Harapan (PH) menerajui pentadbiran negara selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang dilantik Menteri Dalam Negeri, menjadikan usaha membanteras pendatang asing tanpa izin sebagai agenda utama.

Susulan itu, bekas Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Datuk Seri Mustafar Ali, berkata pihaknya mengambil serius isu lambakan pendatang asing tanpa izin di negara ini melalui tindakan operasi dan penguatkuasaan berterusan dengan moto Hari-Hari Operasi iaitu sasaran sebanyak 850 operasi setiap bulan.

Bermula November tahun lalu, sasaran ditambah daripada 850 kepada 1,300 operasi sebulan bagi memastikan kedaulatan negara tidak digugat oleh warga asing terutama pendatang asing tanpa izin.

Namun, pada hakikatnya, negara masih dibanjiri pendatang asing tanpa izin, sekali gus membuatkan kita musykil di mana silapnya sehingga negara terus dihantui masalah ini dan jangan pula ada yang marah bila umum mempersoalkan keberkesanan pihak berkuasa menangani isu ini atau membangkitkan unsur rasuah.

Pihak berkuasa, dalam konteks ini, bukan hanya Jabatan Imigresen, sebaliknya turut membabitkan pihak berkuasa tempatan (PBT), polis dan Kementerian Sumber Manusia.

Tidak perlulah kita menidakkan fakta, lihat saja pasar borong Selayang atau sekitar kawasan Chow Kit, malah Jalan Petaling yang digelar ‘Chinatown’ sudah semakin pudar ‘kecinaannya’ kerana hampir semua gerai diuruskan warga Bangladesh.



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


5 ulasan:

  1. Senyap tapi nampak - bangladesh,rohingya,nepal,indon
    Senyap tapi tak nampak - 170,000 PATI dari CHINA

    BalasPadam
  2. Ambil tindakan undang keatas majikan pekerja tanpa izin dan juga mereka yg menyewakan premis perniagaan kepada PATI. HUKUMAN YANG BERAT PENJARA DAN SEBAT.

    BalasPadam
  3. Antara langkah pemutihan ke atas PATI ialah pihak kerajaan membuat peraturan melalui penukaran kepada IC baru.Dari sini segala IC jadian mudah di kesan.Pemerdagangan manusia juga umpama kartel dadah, ia menghasilkan untung yang tinggi tapi kadar risiko yang lebih rendah dari dadah dan kerana itu kemungkinan terdapat tangan tangan ghaib adalah sukar dikesan atau ditolak.Lebih malang jika adanya kalangan kakitangan jabatan atau penguatkuasa yang khianat kepada negara

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tukarlah 10 kali ic baru pun x guna klu ada org dlm atau ejen yg bersekongkol dgn penjualan ic tu x dihapuskan terlebih dahulu. Duri dlm daging atau musuh dlm selimut inilah yg merosakkan negara.

      Padam
  4. musykil apanya..?

    yg paling banyak tu datang dari china.
    try pi cari yg mata sepet.. suruh dia baca rukunegara.

    yg gelap kulit pun ramai gak... bukan dari INDIA ja.. banyak Negara keliling india pun gelap-gelap kulitnya.
    SEmua dok lepak kedai mamak ngan kedai runcit.

    DAH..DAH.. PI TANGKAP LEKAIH

    BalasPadam