Header Ads

ads header

Flash News

Negara rugi RM2.4 bilion sehari sepanjang PKP, kata PM


PUTRAJAYA: Negara mengalami kerugian RM2.4 bilion setiap hari sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin berkata jumlah kerugian sehingga kini sebanyak RM63 bilion, sejak PKP bermula 18 Mac lalu.

“Terhenti aktiviti ekonomi bermakna terhentilah sumber pendapatan negara. Cukai tidak boleh dikutip, industri tidak boleh berkembang, pertumbuhan ekonomi terencat dan yang paling ingin kita elakkan ialah lebih banyak perniagaan terpaksa ditutup dan ramai pekerja kehilangan pekerjaan.

“Jika PKP berterusan untuk tempoh sebulan lagi, negara kita akan kerugian RM35 bilion menjadikan jumlah keseluruhan kerugian RM98 bilion hampir RM100 bilion,” katanya dalam perutusan khas hari ini.




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


2 ulasan:

  1. Utk kurang kan kerugian pada negara.
    - kecilkan saiz kabinet.
    - batal@mansuhkan lantikkan pengerusi glc dari ahli politik.
    - tarik balik pemberian bsh kepada kakitangan kerajaan & yg sudah pencen.

    BalasPadam
  2. Kalau dah rasa rugi macam tu bagus kita normalize je balik macam biasa semua.. tak payah nak ungkit2 rugi segala macam.. lepas ni kalau kes naik balik bolehlah salahkan rakyat.. ape2 rakyat je yg salah.. ko aje yg betul..

    BalasPadam