Header Ads

ads header

Flash News

Nurul Izzah dan Kah Woh calon panas ketuai PAC


KUALA LUMPUR – Pertukaran kerajaan yang berlaku bermakna bukan sahaja Ketua Pembangkang perlu dilantik, malahan Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) juga perlu dipilih semula.

Sinchew Daily melaporkan, memandangkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) telah mengubah peraturan supaya Pengerusi PAC dikhususkan kepada wakil rakyat pembangkang, maka jawatan itu perlu diisi oleh PH.

Sumber memberitahu, PH pada asalnya ingin mengemukakan calon Pengerusi PAC pada 18 Mei, tetapi rancangan itu terpaksa ditunda ke Julai selepas mesyuarat Dewan Rakyat dipendekkan.

Kata sumber lagi, PH pada masa ini mempertimbangkan Ahli Parlimen Ipoh Timur, Wong Kah Woh dan Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar sebagai calon Pengerusi PAC.

Walau bagaimanapun, Kah Woh mempunyai peluang lebih cerah kerana pernah menjadi Timbalan Pengerusi PAC.

Selain itu, memandangkan bapa Nurul Izzah iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menjadi Ketua Pembangkang, keadaan itu merumitkan peluang Nurul Izzah untuk mengetuai PAC.

Pada awalnya, PAC dipengerusikan Ahli Parlimen Beluran, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee.

Jawatan itu kemudian diambil alih Ahli Parlimen Parit Sulong, Datuk Dr. Noraini Ahmad dari UMNO selepas Ronald meninggalkan UMNO dan menyertai Bersatu.

Masing-masing Ronald dan Noraini kini merupakan menteri dalam kerajaan Perikatan Nasional. – MalaysiaGazette




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


2 ulasan:

  1. kerajaan PH telah tumbang maka peraturan-peraturan yang menguntungkan PH dan merugikan kerajaan PN perlu dibuang sebagaimana KERAjaan PH membuang kakitangan kerajaan BN selepas PH memenangi PRU.

    BalasPadam
  2. Setuju..jgn selumbar tertanam d isi,sakit mengganggu kulit,

    BalasPadam