Header Ads

ads header

Flash News

Orang Melayu sudah meluat dengan langkah politik Tun Mahathir



KUALA LUMPUR
: Usaha Tun Dr Mahathir Mohamad yang mahu menjatuhkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilihat ramai pihak sebagai perbuatan khianat kepada rakyat negara ini.

Pengerusi Yayasan Pendidikan Cheras, Datuk Seri Syed Ali Al- Habshee menegaskan, bekas perdana menteri itu tidak perlu menunjukkan kelakuan seperti mahu mensabotaj negara jika jujur dan reda dengan apa yang berlaku kini.
"Apa perasaan Dr Mahathir sekiranya kerajaannya diperlakukan seperti itu? Sudah tentu beliau akan mengamuk? Bayangkan semasa beliau memerintah dahulu, Amerika Syarikat (AS) cuba menjatuhkan beliau dan kerajaannya.

"Perlu diingat, sepanjang 22 bulan Pakatan Harapan (PH) memerintah, orang Melayu terlalu sugul dan mengharapkan diubah kembali kepada kerajaan mesra bumiputera secepat mungkin.
"Alhamdulillah, Dr Mahathir sendiri selaku watak utama yang menjatuhkan kerajaannya sendiri atas nama tolak DAP dan Anwar Ibrahim," katanya dalam catatan terbaharu di laman Facebooknya, pada Khamis.

Dalam pada itu katanya, orang ramai kini telah menerima kerajaan Muhyiddin yang disifatkan sebagai lebih bertanggungjawab kepada rakyat.

"Beliau (Muhyiddin) mengutamakan kebajikan sekali gus rakyat sudah tidak memperdulikan lagi Dr Mahathir. Alhamdulillah Muhyiddin tidak melenting dan cukup tenang menghadapi tentangan Dr Mahathir itu.

"Di peringkat akar umbi, rakyat sudah bosan dan meluat dengan tingkah laku politik Dr Mahathir yang sejak dahulu memperalatkan rakyat untuk kesinambungan politik keluarga beliau.

"Lebih membingungkan, Dr Mahathir sanggup berkata yang beliau telah dipergunakan oleh orang Melayu dan UMNO selama 22 tahun pemerintahannya dahulu. Apa maksudnya sebenar? Adakah kerana itu beliau sering menghina orang Melayu mengatakan mereka sebagai pemalas dan bangsa yang tidak berjaya?" soalnya.

Syed Ali juga menyatakan rasa hairan kerana orang di sekeliling Dr Mahathir takut untuk bercakap benar dan memberitahu rakyat terutama orang Melayu sudah bosan dengan telatahnya yang semakin membimbangkan.

Soalnya, apakah Dr Mahathir yang sudah lanjut umur itu terus dipergunakan demi menjayakan agenda politik pihak-pihak tertentu.

"Hari ini setelah kerajaan PH tumbang dan Dr Mahathir hilang jawatan, dia tidak boleh menerima hakikat bahawa rakyat bawahan, terutamanya bangsa Melayu amat gembira.

"Tetapi, Dr Mahathir berterusan bercakap kononnya untuk mengembalikan mandat rakyat, walhal rakyat sedikit pun tidak pedulikan beliau malah lebih senang bersama kerajaan Muhyiddin.

"Rakyat sudah mula selesa dengan Muhyiddin dan tidak perlukan Dr Mahathir lagi. Selama lebih dua tahun rejim PH berkuasa, rakyat tertekan dan orang Melayu terhimpit. Cukuplah Dr Mahathir," tegasnya.

Syed Ali turut melahirkan rasa kasihan kepada Dr Mahathir yang sepatutnya sudah bersara sebagai seorang negarawan dan bukan lagi bergelumang dengan najis politik.

"Semalam beberapa portal berita melaporkan Dr Mahathir berikrar tidak akan berhenti daripada usaha menjatuhkan Muhyiddin kerana berang dengan penggantinya itu memberi peluang kepada parti UMNO.

"Sudah-sudahlah Dr Mahathir. Rakyat sudah muak dengan permainan politik serupa ini. Rakyat mahu terus maju ke hadapan," ujarnya.

Muhyiddin pula katanya, perlu mengambil iktibar dan menumpukan sepenuhnya kepada soal ketelusan dan integriti dalam menjana kerajaan dan negara.

"Jangan biarkan wujud kelemahan yang boleh dijadikan peluru untuk anda ditembak," jelasnya.


MR :  Jika berundurnya Mahathir dan Anwar rasanya Malaysia lebih baik


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


18 ulasan:

  1. Harap melayu pemalas takkan lupa apa yg atok end the geng(PH)buat thadap rakyat Malaysia..

    BalasPadam
  2. Bukan semua melayu pemalas lol
    Bangsa lain pon lg banyak malas di negara menumpang

    BalasPadam
  3. Sebelum Hitler bunuh diri di akhir perang dunia di eropah dia menuduh semua rakyat jerman mengkhianati beliau kerana tidak mempertahankan germany dan oleh itu rakyat jerman patut dihapuskan! Seeloknya nanti mahathir dan hitler duduk tempat yang sama.

    BalasPadam
  4. Atok guling kan kerajaan sendiri
    Pas tu meroyan nk balik
    Buruk sungguh perangai

    BalasPadam
  5. Perlu rehat takut nanti sedar-sedar pakai pakaian tak berwarna, berjahit dan baring di ruangan bilik yang kecil, tak ada letrik takde bilik, takde dapur dan takde.....

    BalasPadam
  6. Madey,Lks dan bang non tidak penting dan mendatangkan faedah kepada rakyat. Pi jahanam 3 ekor ni barulah aman politik negara

    BalasPadam
  7. yg pn/my buat kat tun m/ph apo citer botok ....kou kata "cubo ore buat kat kerajaan dio apo rasa" yg umnogokpus gi sekongkol my tu tidak nama khianat mandat rakyat ke....ke saja kou buat greti pru14 rakyat doh terjemahkan pd kertas undi....napo puok2 kou tak boleh tunggu pru15....tolol punyo stement Syed Ali Alhabshee..... kawasan sendiri boleh kalah...nak cakap pasal khianat rakyat....
    masa kou berkuasa dulu apo kou dan UMNO-BN buat....tangkedaroh harta duit rakyat adalah....sudoh sodohlah botok....tunggu je lah pru15 kalou2 kou tu masih ada harapan utk jd calon pn.... rasanya calon utk lingkup (kalah) adalah.....kesian....kesian....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju.... Macam sial... Kaki penjilat.... Mesti hendak kan sesuatu... Boleh jadi meroyan bak kan jawatan dalam kerajaan pn....

      Padam
  8. Sebagai rakyat biasa kita lebih utamakan Negara Malaysia..daripada Dua orang Atuk tu..
    Tok Det dan Tok Non...
    Dua dua gila kuasa.
    tak ada kuasa meroyan..
    duduk diam diam saja lah...Orang lain lebih pandai perintah Negara ini..untuk lebih maju dan makmur..dan mesra rakyat .

    BalasPadam
  9. Hei.... Aku pun Melayu laa... Tapi, aku benci semua orang politik.... Semenjak kebelakangan ini, semua tak habis2, macam sial.... Dulu, engkau puja Tun M, jilat jubur tahik dia, sekarang kata dan menghina dia, hei orang politik mana pergi maruah engkau orang?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aku tak pernah puja dia. Mungkin ko yg bodoh jilat punggung dia. Cermin lah diri beb.

      Padam
  10. HARAP TUN JGN JADI MANUSIA JAHAT. RAKYAT TAK MEMANDANG TUN SEBAGAI PENYELAMAT NEGARA DAN BANGSA MELAYU TAPI SEBAGAI PENGKHIANAT. HARAP LEPAS RAYA NANTI TUN DUDUK RUMAH BERSARA SAJE. BANYAKAN INGATKAN DAN BERTAUBATALLAH

    BalasPadam
  11. Sudah sudahlah Mahathir dan anuar dh rakyat menyampah dgn lu dua org blah je la dlm politik.politik je kan kain ktbumah lu.

    BalasPadam
  12. Jika madey masih pm sudah pasti ramai rakyat msia kebulur masa covid 19.Nak bantu rakyat berbohong kata tiada duit, tarah duit petronas, pinjam dgn jepun pun tak tahu ke mana belanja.. Asyik menipu rakyat.. Akhirnya kasi 30 ringgit. Jika pakatan hancing jangan sembanglah puak puak kamu tu suci rasuah sebab kencing dan rasuah itu adalah adik beradik.Mandat rakyat konon.. Bila mp bn lompat kepada gerombolan kamu,pandai kata bukan khianat,kamu cermin pembetukkan kerajaan ph di perak, perlis dan sabah lepas pru 14 dulu secara majoriti mandat rakyat kah?..Adun bukan ph yang berpakat dengan kamu itu tebuk dinding, pintu atau lantai ke?.. pakatan kamu bergaduh pasal jawatan pm antara madey dan bang non hingga runtuh kerajaan kamu kata orang lain khianat kat kamu.Kluster azmin keluar pakatan kamu kata khianat. Orang berkahwin lagikan bercerai jadi apalah sangat. Jebon jebon dogpig yang langgar baiah, khianat pada pas dan umat melayu islam tu tak khianat ke namanya...jika kepala kamu sudah masuk air tak usahlah melalak dalam MR.. Melalak syok sendiri dengan macai macai 3 suku Rba dalam MK itu kau punya pasal...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pembetulan.. Pembentukan kerajaan ph di kedah, perak dan sabah

      Padam
  13. Aku dulu tengok atok ok ok ke tapi sejak ahir2 ni macam buang tabiat je atok ni macam2 dia tak puas hati semua orang salah dia je yang betul orang lain semua salah.tu lah dah ahir hayat.orang makan pisang buang kulit tapi dia makan kulit buang apaaaa.

    BalasPadam
  14. Kalau betul statement ini Cuba buktikan.kerajaan yg sekarang bukan daripada rakyat.kerajaan skrg dari pintu blkg..

    BalasPadam