Header Ads

ads header

Flash News

Pelajar Wuhan kembali ke sekolah


BEIJING: Pelajar sekolah di Wuhan muka kembali kes sekolah hari ini dengan memakai pelitup muka dengan berjalan dalam satu barisan dan menjarakkan diri melepasi alat pengimbas suhu.

Pelajar sekolah menengah daripada 121 institusi kembali bersekolah buat pertama kali sejak bandar mereka, yang juga pusat awal wabak COVID-19 ditutup pada Januari lalu.

"Sekolah akhirnya dibuka semula!" tulis seorang pengguna pesanan ringkas melalui appikasi Weibo iaitu versi Twitter di China.

"Ini kali pertama saya sangat gembira untuk kembali ke sekolah, walaupun harus menduduki peperiksaan bulanan pada 8 Mei ini."

Pelajar ditempatkan di meja masing-masing dengan jarak satu meter antara satu sama lain dan akhirnya dapat melihat guru mereka secara fizikal selepas selama ini hanya mengikuti pembelajaran melalui jarak jauh.

Tindakan membuka sekolah adalah langkah menjadikan kehidupan di Wuhan dan sekitar wilayah Hubei kembali normal, di mana wabak COVID-19 mula muncul dan menular ke seluruh dunia.

A high school senior student (R) disinfects hands for a classmate at a school in Wuhan in China's central Hubei province on May 6, 2020. - Senior school students in 121 institutions were back in front of chalk boards and digital displays for the first time on May 6 since their city -- the ground zero of the coronavirus pandemic -- shut down in January. (Photo by STR / AFP) / China OUT

Bagaimanapun hanya pelajar senior di wilayah itu yang dibenarkan hadir ke sekolah dan senior yang akan mengambil peperiksaan kemasukan universiti.

Tarikh kembali ke sekolah bagi pelajar sekolah rendah dan menengah pertengahan belum ditetapkan.

Pegawai di Wuhan berkata, pelajar dan kakitangan mesti menjalani ujian saringan sebelum kembali ke sekolah, dan kampus juga sudah dibersihkan dan dinyah kuman.

Sebagai persiapan, beberapa sekolah mengambil langkah menjarakkan meja mereka dan mengatur kelas dengan jumlah pelajar yang lebih kecil.

Pengimbas suhu pula ditempatkan di pintu sekolah, dan sesiapa yang didapati mempunyai suhu tinggi tidak dibenarkan masuk.

Akhbar China Daily yang dikendalikan oleh kerajaan negeri, berkata beberapa tempat mengatur waktu ketibaan secara berperingkat bagi guru dan pelajar. - AFP



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan