Header Ads

ads header

Flash News

Pemimpin DAP salahkan Dr M punca kerajaan PH tumbang


PH
nak kembalikan sokongan rakyat hanya satu cara iaitu Mahathir kena disingkirkan. Anwar menjadi pemimpin yang utama tanpa campurtangan sesiapa. Kajian yang dikemukan oleh DAP kepada PKR dalam pertemuan beberapa pimpinan utama DAP dengan Anwar Ibrahim.

Oleh itu satu gerakan dilakukan untuk singkirkan Mahathir ialah dengan mengambil semua kesalahan kejatuhan PH ke atas Mahathir.

Jadi jangan hairan selepas ini, PH akan menyalahkan Mahathir atas apa yang berlaku. Penyokong PH akan menyerang Mahathir dan mereka akan bersatu untuk mengambil alih semula kerajaan tanpa talibarut, Mahathir.

---------------------
PETALING JAYA: Seorang ahli jawatankuasa eksekutif pusat DAP hari ini menyalahkan Dr Mahathir Mohamad berhubung krisis politik yang membawa Pakatan Harapan (PH) hilang kuasa pada Februari dan tumbangnya kerajaan negeri yang dipimpin gabungan itu.

Ronnie Liu, yang secara terbuka mengkritik bekas perdana menteri pada masa lalu, berkata tiada masalah jika Mahathir menyerahkan kuasa kepada Anwar Ibrahim.

Beliau juga berkata tiada masalah jika Mahathir tidak meletakkan jawatan, menerima nasihat Yang di-Pertuan Agong, dan jika negarawan veteran itu tidak mencadang untuk menubuhkan kerajaan perpaduan tanpa PH dan parti politik lain.

“Akhirnya, kerajaan PH tumbang kerana rampasan kuasa oleh orang parti Mahathir sendiri,” katanya, merujuk kepada PPBM.

Dalam catatan Facebook, beliau merujuk bekas timbalan presiden Mohamed Azmin Ali dan Presiden Muhyiddin Yassin.

Beliau menambah PPBM menolak cadangan akta anti-melompat parti yang boleh mengelakkan kejatuhan kerajaan negeri di Johor, Melaka, Perak dan Kedah.

“Mahathir lah yang menyebabkan kejatuhan kerajaan PH dan beliau belum lagi mengaku kesilapannya dan belum meminta maaf kepada rakyat.”

PPBM menarik diri dari PH selepas Mahathir meletak jawatan sebagai perdana menteri pada Februari, mencetuskan krisis yang menyaksikan Agong melantik Muhyiddin sebagai perdana menteri untuk mengetuai kerajaan yang terdiri daripada Umno dan PAS.

Ucapan Liu dibuat susulan tersebarnya rakaman audio mesyuarat terakhir PH pada Februari di mana menteri dan pemimpin parti secara terbuka bertelagah mengenai tempoh Mahathir sebagai perdana menteri.

Rakaman selama 2 jam mesyuarat Majlis Presiden pada 21 Feb lalu menunjukkan 2 puak, 1 bertegas tempoh jelas untuk Mahathir memberi laluan kepada Anwar dan 1 lagi kumpulan berpendapat perbincangan peralihan kuasa menjejaskan kredibiliti PH.

MR :  Bersatu Mahathir akan tersempit..


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


14 ulasan:

  1. Mana ada Tun bersalah dlm halni,pas yg salah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak..presiden trump salah.

      Padam
    2. ...sya rasa...ni semue ds najib yg salah.............

      Padam
  2. Aku yang menjadikan kamu serta brg yg kamu perbuat sebelum aku menjadikan kamu.Celaka lah kamu jika aku takdirkan kejahatan ditangan kamu dan berbahagia lah org yg aku takdirkan kebajikan ditagan nya.

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah.Tak kisah salah warga emas atau sesiapa.malaysia diselamatkan daripada kerosakan apabila DAP kuasa pentadbiran.Semua Melayu yang ada dalam PH hanya patung,tak berani tegur dan kawal penguasaan DAP. 22 bulan banyak yang meresahkan rakyat dengan pelbagai kepelikan yang wujud- Komunis,LTTE,hina Nabi,hina Islam,peruntukan kewangan kepada sekolah jenis kebangsaan secara borong tanpa aturan kewangan dll.

    BalasPadam
  4. Apa2 pun, ph terutamanya DAP,adalah pelingkup negara, harapan Melayu semoga semua parti dlm ph pemimpin dn penyokong tegarnya dihilangkan trus dari muka bumi ini, barulah duni@ akn aman...

    BalasPadam
  5. Mandat rakyat? Dulu ingat ok. Sebab tu rakyat sòkong ph. Sekarang ni pn good

    BalasPadam
  6. Mandat rakyat? Dulu ingat ok. Sebab tu rakyat sòkong ph. Sekarang ni pn good

    BalasPadam
  7. Tengok Ronie Leu aku benci sebab dia ponyokong utama komunis. Dia penah mengaku yang datuk dan abg dua adalah komunis semasa pwrhimpunan komunis di kajang .....

    BalasPadam
  8. Allah bagi mahadir nyayuk, tu pasal letak jawatan pm

    BalasPadam
  9. Perancangan Allah maha hebat

    BalasPadam
  10. Tun M mungkin dah nampak yg DAP & PKR mcm dah terlalu gilakan kuasa dan rakus nak jd PM, baik dia letak jawatan dri serah jawatan pd yg tak ada pengalaman memerintah dan hanya duk dlm penjara ja...

    BalasPadam