Header Ads

ads header

Flash News

Penyakit klamidia catat 127.2 juta kes


DIANGGARKAN 80 peratus wanita yang menghidap penyakit klamidia tidak menunjukkan sebarang gejala.
Namun, kesannya boleh mendedahkan mereka kepada risiko kemandulan, keradangan pelvis dan masalah ketika mengandung, jika penyakit ini tidak dirawat.
Penyakit klamidia ialah sejenis penyakit kelamin disebabkan bakteria 'chlamydia trachomatis' yang dijangkiti menerusi hubungan seks.
Penyakit ini turut dihidapi lelaki, tetapi peratusan pesakit yang tidak mempunyai gejala adalah lebih rendah berbanding wanita iaitu 10 peratus.
Ahli Jawatankuasa Pertubuhan Doktor Islam Malaysia (Perdim), Dr Zubaidi Ahmad berkata, penyakit jangkitan bakteria itu sering berlaku di negara ini dan mudah merebak melalui hubungan seks dengan pasangan yang sudah dijangkiti.
"Contoh penyakit kelamin lain ialah siflis, gonorea dan herpes kerana cara penularannya hampir sama iaitu melalui hubungan seks serta gejala dijangkiti juga hampir serupa.
"Oleh itu, pesakit yang membuat pemeriksaan perlu didiagnosis dengan tepat bagi mengenal pasti penyakit sebenar dihidapinya.
"Ini kerana setiap penyakit kelamin mempunyai punca dan kaedah rawatan berbeza," katanya.
BAKTERIA ‘chlamydia trachomatis’ penyebab penyakit klamidia.
BAKTERIA ‘chlamydia trachomatis’ penyebab penyakit klamidia.
Data Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) 2016 mendedahkan, 127.2 juta kes penyakit klamidia dilaporkan di seluruh dunia.
Kajian menunjukkan, klamidia berlaku empat kali ganda lebih kerap daripada penyakit gonorea.
Dr Zubaidi berkata, cara penularan penyakit klamidia adalah dengan hubungan seks sama ada melalui faraj, dubur atau oral (mulut).
"Ejakulasi (pancutan) tidak perlu berlaku untuk mengakibatkan individu dijangkiti bakteria berkenaan.
"Bakteria ini turut boleh berjangkit daripada seorang ibu kepada bayinya melalui proses kelahiran.
"Bayi yang dijangkiti boleh mendapat penyakit mata dan paru-paru," katanya.
Katanya, wanita yang menghidap penyakit ini akan mengalami gejala seperti kegatalan atau keluar lendiran pada faraj.
"Selain itu, mereka akan mengalami sakit di bahagian perut dan boleh berlaku perdarahan di antara kitaran haid.
"Gejala penyakit bagi lelaki pula seperti keluar cecair daripada zakar, berasa pedih dan gatal semasa membuang air kecil," katanya.
Menurut Dr Zubaidi, pesakit yang mempunyai gejala, ia boleh muncul pada hari ketujuh hingga 14 selepas jangkitan.
JANGKITAN di pangkal rahim
JANGKITAN di pangkal rahim




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan