Header Ads

ads header

Flash News

'Penyingkiran 5 pemimpin Bersatu tiada kaitan lembaga disiplin'


Pembatalan keahlian Dr Mahathir Mohamad, anaknya Mukhriz dan tiga yang lain sebagai ahli Bersatu tiada kaitan dengan lembaga disiplin parti itu, kata pengerusinya, Megat Najmuddin Megat Khas.

Ketika dihubungi, ahli politik veteran itu memberitahu bahawa surat yang ditandatangani Setiausaha Kerja Bersatu, Suhaimi Yahya itu adalah "urusan pentadbiran" yang berada di luar bidang kuasa lembaga disiplin.

"Surat itu tidak datang dari saya atau lembaga disiplin. (Ini) tindakan pengurusan.

"Ini melibatkan fasal 10.2.2 10.2.3 yang memperuntukkan pendaftaran sebagai ahli gugur secara automatik disebabkan tingkah laku dan tindakan mereka sendiri," katanya mengenai peruntukan yang disebut sebagai alasan untuk membatalkan status mereka sebagai ahli.

Berikutan surat berkenaan, pemimpin dan anggota Bersatu yang menyokong Mahathir berpendapat sebarang tindakan memecat mereka mesti mendapat kebenaran Majlis Pimpinan Tertinggi atas nasihat lembaga disiplin parti.

Ditanya adakah keperluan memanggil pemimpin berkenaan di hadapan lembaga disiplin, Megat Najmuddin berkata: "Tidak. Fakta-fakta itu bercakap dengan sendirinya.Lembaga Disiplin nak tengok apa?"

"Tiada kaitan dengan lembaga disiplin.

"Ini adalah tindakan pentadbiran semata-mata untuk mengumumkan bahawa mereka secara automatik gugur sebagai ahli," katanya.

Selain Dr Mahathir dan Mukhriz, tiga pemimpin lain yang menerima surat berkenaan ialah Anggota Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Rahman, Amiruddin Hamzah (Kubang Pasu) dan Maszlee Malik (Simpang Renggam).

Susulan itu mereka mengeluarkan kenyataan bersama dengan mengatakan pemecatan tersebut adalah salah dari segi undang-undang dan bertentangan perlembagaan parti.

Megat Najmuddin, bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai kenyataan bersama itu.

Terdahulu, anggota majlis tertinggi Bersatu Wan Saiful Wan Jan berpendapat parti itu tidak memecat lima pemimpin berkenaan, namun tindakan mereka duduk di blok pembangkang semasa persidangan Dewan Rakyat pada 18 Mei lalu menyebabkan status keahlian mereka gugur secara automatik.

Sebelum ini Mahathir mengatakan beliau akan tetap duduk di blok pembangkang di parlimen.

Bagaimanapun, Pengerusi Bersatu Pulau Pinang, Marzuki Yahya mendakwa kelima-lima mereka duduk sebagai anggota parlimen bebas.


MR :  Bersatu nak bercerai roboh


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


9 ulasan:

  1. Take Note : Marzuki Yahya kata mereka duduk di kerusi pembangkang sebagai anggota parlimen bebas.

    Maka memang sah lah melanggar fasal 10.2.3. Secara otomatik gugur keahlian.

    Nasihat aku pada pengikut atok, usahlah menyusah diri sendiri dan rakyat sekelian mengikut orang yang dah nyanyuk. Kategori bukan mumaiyyiz tak layak dijadikan pemimpin.

    BalasPadam
  2. Apa susah join je DAP parti kesayangan tu, mesti ok nya atau PKR jadikan Mahathir pengerusi nak sangat jadi pengerusi. PAN pun boleh version Islam kan ngam tu.

    BalasPadam
  3. Kalau dah duduk kat pembangkang dan dikategori bebas itu bererti 5 saudara tu patut di senaraikan parti burung gagak.kalaulah otak ingat_ingat lupa tak payahlah nak berpolitik sakan apatahlagi kalau tongkat di tangan pabila tersadung dan patah maka tersungkur lah tuanya penuh kesakitan. Nauzubillah...

    BalasPadam
  4. Yang duduk dgn pembangkang kalah masa PRU 14 yidin dgn geng dia,Atok tetap duduk dgn PH,BERSATU ditubuhkan berkerjasama dgn PH,siapa yg langar syarat penubuhan BERSATU.

    BalasPadam
  5. Baru tahu best ke tak best kena pecat. Dulu pecat org sesuka hati tak pa. Tak pula ckp diktator.

    BalasPadam
  6. 22 th...dalam barisan begitu hebat....tapi....dalam ph cuma 22 bulan...berterusan jadi bongok....sendiri jatuhkan diri sendiri kan bangang namanya tu....

    BalasPadam
  7. Elak kita menjadi gila dan bodoh dengan melayan atuk warga emas itu.Masa dah tamat.Beri nasihat kepadanya agar kembali ke atas sejadah kerana masa makin suntuk. Sudah masuk fasa nyanyuk.Melainkan setia menyalak kerana jadi khadam kepada DAP.sama seperti PAN dan PKR.DAP tidak bisingpun.Melayu perlu kedepan untuk bergasak.nanti berjaya,DAP kembali kleptokrasi duit negara

    BalasPadam