Header Ads

Header ADS

Penyingkiran Mahathir oleh PH kini bermula



Seperti ditulis sebelum ini, Mahathir menggunakan Sidang Media selepas Parlimen untuk memperkena Anwar bagi mengistiharkan bahawa BERSATU masih dalam PH. Tapi Anwar cerdik dia tak datang. Mat Sabu dan Shafie kena cucuk hidung.

Anwar yang kena kencing 2 kali oleh Mahathir sudah membaca gerak-gerak Mahathir. Anwar Ibrahim berkata, beliau kini ialah pengerusi Pakatan Harapan (PH), jawatan yang dipegang Dr Mahathir Mohamad sebelum PPBM meninggalkan gabungan itu.

“Saya nak beritahu bahawa dalam keputusan Pakatan Harapan, saya sekarang pengerusi PH dan ketua pembangkang.

“Walaupun ada usaha-usaha atau orang lain yang mahu mencabar kedudukan itu, tetapi (itu) konsensus yang dicapai dalam PH,” katanya dalam video dimuat naik ke Facebook baru-baru ini.

Mahathir boleh bersama PH dalam beberapa kenyataan bersama tetapi bukan parti kompenan PH. Kini Mahathir pula terkena. Baharu nampak bijak Anwar, kalau tidak bodoh memanjang!

-------------------

Sidang akhbar Bersatu, bukan PH - Saifuddin

Pakatan Harapan (PH) memutuskan pemimpin parti-parti gabungan itu akan mengeluarkan kenyataan media bersama berhubung sidang Dewan Rakyat, manakala sidang media yang diadakan semalam adalah mengenai kedudukan Bersatu dalam krisis politik semasa, kata Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution.

Menurutnya, keputusan itu dicapai semasa mesyuarat PH pada hujung minggu lalu.

Saifuddin Nasution berkata demikian ketika cuba menjelaskan ketidakhadiran Presiden PKR Anwar Ibrahim pada sidang media semalam. Malah tidak ada seorangpun wakil PKR yang hadir.

"Persetujuan di mesyuarat PH adalah untuk membuat kenyataan media bersama PH sebaliknya sidang media adalah untuk menerangkan isu dalaman Bersatu.

"Mesyuarat PH dan Tun M (Dr Mahathir) serta Shafie (Apdal) dipengerusikan Anwar semalam (17 Mei) bersetuju untuk membuat kenyataan bersama (pada 18 Mei).

"Mereka juga bersetuju untuk Mahathir mengadakan sidang media di Yayasan Kepimpinan Perdana untuk menerangkan kedudukan Bersatu," kata Saifuddin ketika dihubungi Malaysiakini.

Menurut Saifuddin , kehadiran Presiden Amanah Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng pada sidang akhbar itu adalah sebagai memberi sokongan moral kepada Mahathir. Hadir bersama adalah Presiden Warisan Mohd Shafie Apdal.

"Saya hadir di mesyuarat dua hari yang lalu, Tun M (Mahathir) menjelaskan panjang lebar kenapa Muhyiddin Yassin dikatakan melakukan kesilapan.

"Antara perkara dibangkit olehnya bahawa Muhyiddin Yassin tidak mendapat mandat majlis tertinggi Bersatu untuk membawa parti itu keluar PH dan Tun M dan Bersatu akan terus bersama PH.

"PH menghormati hak Tun M sebagai pengerusi Bersatu untuk terangkan kepada media berhubung kedudukan parti itu," kata Saifuddin.

Katanya, Anwar selaku ketua pembangkang telah memaklumkan kepada Dr Mahathir bahawa beliau tidak dapat hadir ke sidang media itu.

"Anwar telah memaklumkan tidak hadir dan Mahathir, Shafie dan pimpinan PH sedia maklum.

"Komitmen Anwar dan PKR ialah membantu PH dan blok pembangkang untuk mengembalikan semula mandat rakyat," katanya.

"Mereka komited untuk mengukuhkan kerjasama PH, Bersatu dan Warisan dan bersiap sedia mengambil alih kerajaan," kaatnya.

Malaysiakini semalam melaporkan Anwar tidak menghadiri sidang media bersama PH dengan Dr Mahathir serta Warisan di Putrajaya.

Sementara itu, bercakap sebagai sumber, seorang wakil rakyat PKR memberitahu Anwar mendapat jemputan untuk menghadiri sidang media berkenaan - yang diadakan beberapa jam selepas sidang parlimen ditangguhkan.

Bagaimanapun, katanya, Anwar enggan menghadiri sidang media tersebut.

Menurut sumber itu lagi, Anwar memberitahu pemimpin PKR bahawa dia tak mahu dipergunakan oleh Mahathir.

Bagaimanapun Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil, yang dihubungi berkata ahli parlimen Port Dickson itu perlu menghadiri sesi temu bual dengan New York Times.

Sidang Dewan Rakyat semalam menyaksikan Muhyiddin selaku perdana menteri mempunyai sokongan 113 ahli parlimen berbanding kekuatan pembangkang dengan 109 kerusi wakil rakyat.


MR :  Atok kian tersempit, Bersatu Selongor suruh dia pergi..


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


18 ulasan:

  1. Apalagi selepas audio mesyuarat bersatu tersiar, nuar dan dap pasti akan menolak mahathir. Nampaknya akhir karya politikus ini cukup menjelekkan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Inilah balasan apabila dia menyingkir semua perdana menteri malaysia kecuali tun abdul razak.

      Padam
    2. Whoa pedas tu bro.

      Padam
  2. Singkir ke liang lahad ker?

    BalasPadam
  3. Kami berterimakasih kepada tun kerana jasanya menumbangkan kerajaan penipu ph.. Mengenepikan tun mengakibatkan usaha bang non dengan langkah langkah bodohnya itu semakin sukar untuk menambat hati rakyat. Sekali rakyat dikencing akan terus diingat sampai anak cucu..bang non gagal menyatukan pkr.. Sementelah menyatukan ph... Ph akan menjadi arkib dalam next pru... Saya ulangi ph akan menjadi mendiang dan dikenangi sebagai penipu rakyat malaysia no1

    BalasPadam
  4. saya nak bagi tau pemimpin PN,usah di layan kerenah PH tu.Orang yang baru bangun DRP tidur,selalu nya namun,dia tak sedar apa dia kata.Usah dilayan, kamu buat kerja kamu,rakyat sedang terhimpit.Berjuang lah dan bantu mereka. Dulu ada yg kais pagi makan pagi. Sekarang sudah tak ada.Fikirkan lah,jika kamu org yang berakal.

    BalasPadam
  5. Pedulikan warga emas yang seorang itu

    BalasPadam
  6. Nama pena TANPA NAMA.
    Kasihan mak ayah bagi nama tak dihargai.

    Patutlah perangai macam syaitan.

    Jilat sampai kering.
    Fitnah sampai tumpo.

    Buatlah.....masih ada nafas.

    Besok...dihadapan Allah jawab lah hasil kerja kotor kamu@TANPA NAMA

    BalasPadam
  7. Assalamualaikum.
    Terus terang bagitahu politik ini kotor betul.. Satu lagi ahli politik ini mereka tetap mendapat habuan walaupun meteka tidak berkerja betul.. Jadi yang bodohnya rakyat made in malaysia sebab tidak dapat apa-apa faedah pun dan fakta benar.. Kerana diperbodohkan 0leh parti bendera politik dan ini juga fakta yang benar..
    Hang taksud membabi buta duk pi ikut bendera parti politik tetapi yang kaya raya siapa ya..
    Carilah islam daripada hang cari politik dunia ini..
    Gudmlm.
    Mf ggu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul cakap kamu. Mereka pusing sana pusing sini tapi gaji masih jalan puluh ribu sebulan. Kerjanya apa, tapi pusing pusing.

      Padam
  8. Skarang tun sdh tak boleh apa kemana tun datang orang lari dah lah tun sdh tiba masa jatuh terimala hakikat tak payah di paksakan lagi

    BalasPadam
  9. Arif Muluk,nama baik diberi ibu bapa bukan untuk jaja fitnah dan sokong PH yang banyak mungkar tu.Tidakkah Ph hidup dengan fitnah dan bohong? 22 bulan cibuk fitnah dalam kain,ugut rakyat,bohongi rakyat. Yang bodoh dan hati hitam sahaja sokong DAP. Islam tapi ikut belakang DAP.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Islam ikut UMNO tu betul ke? Islam ikut PAS tu betul ke? Kalau Islam ikut Islam tu betul. Kalau DAP tolak rasuah kita sokong pasal itu ajaran Islam. Kalau mencuri duit kita ikut jugak nak kata ikut Islam ke? Kalau PAS keje nak memfitnah nak ikut jugak ke? Ringkasnya mane yg ikut Islam kita sokong. Tu baru betul Islam.

      Padam
    2. Ikut pas ikut umno mereka islam membawa ke syurga,,ikut dap membawa keneraka

      Padam
    3. Sejak bila DAP tolak rasuah? Kes banglo dan kes terowong Penang tu rasuah besar bro.

      Padam
  10. Buatlah yg terbaik mengikut kacamata pimpinan skrg ini iaitu PN

    BalasPadam
  11. Alhamdulillah ph dah terkubur... Mudah2an selama2 nya..

    BalasPadam

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.