Header Ads

ads header

Flash News

Perbicaraan 1MDB Najib ditetapkan 18 Mei


PETALING JAYA: Perbicaraan rasuah bekas perdana menteri, Najib Razak yang ditangguhkan akibat perintah kawalan pergerakan (PKP) ditetapkan pada 18 Mei.

“Kami menerima satu e-mel daripada timbalan pendaftar Mahkamah Tinggi, Farah Azura Mohd Saad semalam memaklumkan pihak terbabit tarikh baru itu.

“Perbicaraan akan bermula 10 pagi,” kata Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Akram Garib kepada FMT.

Bagaimanapun, ini bermakna perbicaraan itu bertembung dengan persidangan Dewan Rakyat selama sehari pada 18 Mei ini, di mana Najib perlu hadir sebagai ahli Parlimen Pekan.

Kes itu pada asalnya ditetapkan untuk disambung semula mulai 13 Mei ini.

Ia sepatutnya disambung semula pada 15 April lalu, tetapi ditunda ke 29 April susulan lanjutan PKP.

Hakim Mahkamah Tinggi, Collin Lawrence Sequerah turut menetapkan tarikh perbicaraan dari Jun hingga Oktober ini.

Najib berdepan 4 pertuduhan menyalahgunakan jawatannya untuk mendapatkan rasuah berjumlah RM2.3 bilion dalam dana 1MDB dan 21 dakwaan pengubahan wang membabitkan wang sama.


Apabila pendengaran disambung semula, peguam Muhammad Shafee Abdullah dijangka meneruskan pemeriksaan balas ke atas saksi pendakwaan ke-9, bekas ketua pegawai eksekutif 1MDB, Shahrol Azral Ibrahim Halmi.

MR :  Pening Najib nak pergi mana satu


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


2 ulasan:

  1. Seluruh rakyat malaysia jangan kena kencing olih org ph jangan dingar kata manis merika buruk akibatnya

    BalasPadam