Header Ads

ads header

Flash News

PH jangan meroyan mahu jadi kerajaan semula!


SHAH ALAM - Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Karim menasihatkan Pakatan Harapan (PH) supaya tidak terlalu taksub untuk merampas semula kerajaan menerusi usul di Parlimen.

Jelas beliau, cara terbaik untuk membentuk semula kerajaan ialah dengan mendapatkan semula mandat rakyat melalui Pilihan raya umum ke-15 (PRU-15).

"Kerajaan PH tumbang pada 24 Februari 2020 angkara pengkhianatan bermula dari dalam PH itu sendiri.

"Nasi sudah jadi bubur. Biarlah dia jadi bubur. Dulu PH gabungan empat buah parti. Kini PH tinggal tiga buah parti sahaja. Ada hikmahnya," katanya menerusi satu tulisan yang disiarkan oleh sebuah portal berita dalam talian di sini hari ini.

Hassan berkata, PH perlu mengambil peluang sebagai pembangkang untuk mendapatkan semula kepercayaan daripada rakyat.

"Nasihat saya ialah supaya PH tanak nasi semula. Kali ini biar dia betul-betul jadi nasi dan tidak jadi bubur lagi.

"PH pun sudah umumkan Datuk Seri Anwar Ibrahim jadi ketua pembangkang di Parlimen. Speaker Dewan Rakyat pun sudah terima. Ini permulaan yang baik.

"Rakyat nampak siapa yang mengetuai PH sekarang ini. Tidak mengapa menjadi pembangkang ketika ini. Sabar sedikit. PRU-15 tidak lama lagi," ujar beliau.


Tambah beliau, kerajaan yang akan dibentuk semula itu dikhuatiri tidak akan bertahan lama kerana mempunyai majoriti yang kecil dan tidak stabil selain boleh tumbang semula pada bila-bila masa.

"Selama ini pun PH adalah pembangkang. Jadilah pembangkang yang membina dalam tempoh sekarang ini. Berusaha semula untuk jadi kerajaan melalui proses pilihan raya. Itu lebih bermakna. PH tak perlu “meroyan sangat” hendak jadi kerajaan semula," katanya.

Ujar Hassan, pemimpin-pemimpin utama PH perlu yakin bahawa gabungan parti politik itu mempunyai banyak perkara positif untuk menang besar dalam PRU-15 akan datang.

"Lupakanlah jawatan-jawatan menteri yang sudah terlepas itu.Tumpukan kepada kerja-kerja politik, sosial, ekonomi, kebudayaan dan kebajikan untuk dapatkan semula sokongan rakyat," jelasnya.

Beliau berkata, lima kelebihan PH berbanding Perikatan Nasional (PN) ialah parti itu dilihat lebih bersifat pelbagai kaum dan agama sedangkan PN bukan cerminan Malaysia yang sebenar.

"Kedua, PH yang terdiri daripada PKR, DAP dan Amanah mempunyai sejarah panjang bekerjasama menentang Barisan Nasional (BN).

"Ia bermula dalam Barisan Alternatif (1999- 2004); Pakatan Rakyat (2008-2015). Berbeza PN hanya baru sahaja terbentuk pada akhir bulan Februari 2020 secara bidan terjun," ujarnya.

Perkara ketiga ialah PH mempunyai dasar bersama dan manifesto bersama yang dibukukan secara bertulis dengan nama Buku Harapan.

"Manakala PN tidak ada dasar bersama.Tidak ada manifesto bersama.Semuanya seperti skru longgar," kata beliau.

Keempat, PH mempunyai status undang-undang yang sah kerana ia gabungan politik yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS).

"PN pula masih bersifat gabungan yang longgar dan tiada status undang-undang yang sah. PH ada logo yang sama yang didaftarkan dengan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR)," jelasnya.

Perkara kelima, ialah PH sudah ada pengalaman menjadi kerajaan pusat dan kerajaan negeri sekali gus boleh meyakinkan rakyat apabila sampai PRU-15 nanti.

"PN ini tempoh 'lesennya' sampai PRU-15 sahaja.Tak pasti lagi bagaimana gabungan 'caca marba' ini akan menghadapi pilihan raya umum itu nanti.

"Jadi PH yakinlah kepada diri sendiri. Dengar pandangan rakyat dan sokongan akar umbi. Janganlah mendengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan," katanya.



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


20 ulasan:

  1. Kalau dah takde gigi, memang sesuai makan bubur. Allah atur cantik dah belaka. Belajar utk reda dan tidak meroyan macam BN terima kekalahan PRU 14 dan Pas pun rilek je tak jadi kerajaan PRU 14.

    Utk muslim dlm PH, manfaatkan sisa Ramadan 1441 utk refleks diri. Kalau dulu tak tipu janji, tak tipu manifesto, tak kelentong sana sini, martabatkan Islam dan hak bumiputra betul2, jaga kebajikan rakyat secara jujur, tak hina raja2, tak pelekeh rakyat sendiri mcm kata Melayu malas, polis dan tentera tak buat kerja, tak plan hapus pencen penjawat awam dan banyak lagi, agak2 munasabah kah rakyat nak benci kerajaan PH?

    Boleh lihat perbandingan lepas TSMY dan PN ambil alih rumah PH yg dirobohkan oleh kepala rumah PH sendiri, baru 2 bulan lebih, rakyat dah mula jatuh cinta dgn PM baru dan kerajaan baru.

    Mana kes 'perompak2', perasuah2 dll dakwaan terhadap BN, PAS yg dicanang2 dulu?

    Kan Allah dah bg pinjam kuasa selama 2 thn lebih... Cukup dah masa nak selesaikan semua dakwaan tersebut kalau betul2 ada kes.

    Fikir banyak2 tindakan yg akan memberi keuntungan dunia akhirat...

    Kalau setakat nak kuasa utk kepentingan diri dan takde usaha nak tinggikan kalimah Allah melalui kuasa tersebut, better no power at all.... Bagi je kat orang2 mukmin yg ikhlas dan berilmu.

    Kita juga yg akan untung dunia akhirat.

    Cari sesuatu yg akan memberi laba di akhirat dan mampu beri bahagia till jannah.

    Tak berbaloi semua usaha kalau sebaik saja mati, malaikat azab sedia menunggu. Na'uzubillahi min zaalik.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Btul tu.....smoga kkuatn Islam bangkit disebalik pnytuan bangsa kita dn rkyt yg cintakan tanahair krn Allah SWT...

      Padam
    2. sungguh tepat ulusan tuan..sya amat stuju.....segelintir org melayu kita jaa yg masih buta tk nmpk jln nii...masih dok meroyan ngn PH.....tk dak guna bersekongkol kongkol ngn PH niii!!!! what good hv they done for the people during d 22months!!!nothing to shout abiut!!!! pls tell PH to shut up!!

      Padam
    3. Nama pun tanpa@ada
      Itu pun nak menipu dibulan ramadhan.
      Belum lagi bercakap menipu.
      Sedar umno sehingga ditumbangkan masih ada manifesto yg tak ditunaikan.
      Belum cerita parti ajaran sesat.
      Janji air bersih.
      Janji nak laksanakan hudud.

      Belum lagi janji janji nak sokong tun.
      Ketua presideng sokong tun.
      Ketua pas kedah sokong mukhriz.
      Kedua ulama su ni bohong@mungkir janji.

      Ini lah taraf ulama yg dibanggakan.

      Padam
    4. maafkan saya sdra arif.bukan nk cakap pasal politik tp cuma psl nama.ARIF bermaksub org yg bijak,adil,budiman dn sbagainya.maka amat lah saya sbg islam brsyukur jika maksud nama itu ada bersama jasad anda baik dlu kini jua sterusnya.maaf jika ganggu

      Padam
  2. PH pakatan tersusun.Ada buku manifesto,berdaftar,gambaran wajah malaysia TAPI PH celaru,bohong Malaysia miskin,tarik peruntukan orang miskin,memusuhi penjawat awam,hina Islam,hina melayu,bawak masuh PATI China ramai-ramai beri IC palsu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Amat setuju dengan tulisan Anda.

      Padam
    2. salam warga yg syg kn PN dn PM kita TSMY...mri kita bertekad utk sama2 kempen utk kemenagan dn kejayaan PN di PRU yg akn datang.....jgn kita bagi peluang langsung utk pembangkang menang... kita sama2 pikul tngjwb utk bantu PN kuasai politik d masa akn dtg demi kesejhteraan org Islam d Malaysia!!!

      Padam
    3. TANPA NAMA.
      BETUL BETUL TAK ADA MARUAH.
      TANYA ZAHID SIAPA YG BAWA MASUK WARGA CHINA.
      SIAPA YG KELUARKAN PERMIT BERJUTA WARGA BANGLA.
      SIAPA YG BIARKAN RAMAI INDON ADA DATANG BALIK TAK ADA.

      JADI JANGAN LAH BERSIFAT HIPOKRIT.

      Padam
    4. saya sokong apa jua ulasan anda.jadi marilah kita sbg rakyat berusaha unk kebaikan agama bangsa dan negara kita tanpa melihat siapa pemimpin itu.sesungguhnya kerajaan yg sempurna hanyalah kerajaan Nya.

      Padam
  3. Selagi DAP berada dalam PH, selagi tu le politik negara akan huru hara. Menentang perkara perkara yang tiada kena mengena dengan orang bukan Islam jelas menunjukkan sikap keangkuhan dan prejudisnya DAP ni. Orang2 Islam dalam PH sanggup menyembunyikan akan realiti Islam dan salah guna platform yang Allah telah beri pada PH untuk menyampaikan Islam pada masyarakat demi menjaga tembolok masing masing.

    BalasPadam
  4. Bila PH jatuh, Gereja meroyan....Apa makna ?

    BalasPadam
  5. Ph boleh tak jangan meroyan rakyat dah tak perlukan ph lagi cukuplah sekali rakyat tertipu jangan harap rakyat percayakan ph lagi.

    BalasPadam
  6. Jgn lah ingat amno terer sgt..tgk skrg ni dah tau puak2 Ambo lbh nk jawatan dari utama kan rakyat....tu yg amno nk sgt jd kerajaan....senang nk buat kaya diri sendiri...PRU 15..lagi teruk puak2 penyangak ni..kalah...jgn mimpi LG..puak2 PAS-Umno ni...sebelum jd kerajaan lebai menentang MCM2 ..arak kena tutup la..tapi bila dah separuh jd kerajaan..diam...halal semua...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bodoh.. Adekah itu perkataan y sesuai... Senggal... Adekah itu bicarenyer.. X berpikir dgn panjang.. Hmmm.. Mgkn lbh baik... Tggulah muafakat nasional naik.. Br leh sembang mcm ni... Bingai..

      Padam
  7. Dapat jawatan beres je politik ni

    BalasPadam
  8. Krisis politik parti PH mcm covid19 mudah dan cepat merebak.sekarang sudah merebak dikedah.kerana dikawal dengan cepat 6 orang ADUN dapat diselamat iaitu 2 dari pkr,4 dari PPBM,15 PAS,2UMNO Sekarang telah dikuarantin didalam PN.YAB MB yang BAHARU bertanggungjawab mempastikan kuarantin itu berjalan lancar.

    BalasPadam
  9. Ph silap besar dia org ingat tipu n fitnah org boleh kekal jadi kerajaan sampai kiamat...bila kita tipu rakyat rakan kita akan tipu kita balik macam skrg ini...rakyat marah bila kena tipu tapi rakyat tak cakap sebab tak boleh buat apa pun tapi semua rakyat doa ph hancur berkecai akhirnya doa rakyat di makbulkan Allah s.w.t.

    BalasPadam
  10. sya x nk komen byk2 kita tunggu jer peru15 sapa menang sapa kalah.

    BalasPadam
  11. PH bukan sengaja nak mungkir janji. Janji tidak dapat ditunaikan segera kerana banyak duit negara telah diambil dan dimalan oleh bapa-bapa perasuah dan pencuri Umno. Jangan jadikan parti yg membuat kerja haram untuk mengkayakan diri dan keluarga sebagai pemimpin walaupun mereka dapat taburkan dan berikan korang makan dedak. Islam larang dan haramkan pemimpin demikian.

    BalasPadam