Header Ads

ads header

Flash News

Pinda segera hukuman berat untuk pemandu mabuk: ABIM


SHAH ALAM
- Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menggesa kerajaan agar segera meminda undang-undang supaya hukuman lebih berat dikenakan terhadap pemandu mabuk.

Presiden ABIM, Muhammad Faisal Abdul Aziz berkata, jumlah kes kemalangan yang didakwa berpunca daripada kesalahan memandu di bawah pengaruh alkohol semakin meruncing termasuk sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan.

Menurutnya, ABIM memandang serius perkara tersebut yang menggugat kesejahteraan pengguna jalan raya lain.

"Menerusi laporan berita semasa, seolah-olah kes-kes sebegini semakin meruncing dan memerlukan satu tindakan penyelesaian yang tuntas dari pihak berkuasa.

"Justeru, bagi memelihara keselamatan seluruh pengguna jalan raya, ABIM menegaskan bahawa sudah tiba masanya pihak berkuasa bertindak untuk mengetatkan lagi hukuman ke atas pemandu yang dinyatakan.

"Ini termasuk dengan meminda Seksyen 45 A Akta Pengangkutan Jalan 1987 dengan meletakkan hukuman hilang kelayakan memandu seumur hidup mandatori bagi kesalahan tersebut," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Selain itu, Muhammad Faisal berkata, hukuman sesi pemulihan jangka panjang wajar dikenakan ke atas pesalah terbabit.

Menurutnya, undang-undang jalan raya di Singapura memperuntukkan hukuman lebih berat berbanding negara ini.

"ABIM menegaskan bahawa saranan ini telah berkali-kali dikeluarkan oleh pihaknya termasuk pada 24 Januari lalu sebagai mewakili kebimbangan dan keresahan masyarakat dalam isu ini.

"ABIM juga akan bersama-sama Friendship Group of Inter Religious Services (FGIS) untuk meneruskan program kesedaran berkaitan 'Drugs, Alcohol, Relationship, Time-management & Smoking' (DARTS).

"Ini salah satu fokus utama untuk membendung masalah alkohol dalam kalangan masyarakat tanpa mengira agama dan bangsa," katanya. - SH


 


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


1 ulasan:

  1. Sepatutnya pemandu mabuk kerana arak didakwa dibawah seksyen 302 kerana mereka secara sukarela memilih untuk minum arak dan mabuk dan mereka tahu akibat sangat buruk jika memandu ketika pemandu mabuk.

    Adalah sangat malang apabila sebilangan pemandu kafir mabuk telah melanggar umat Islam sehinggakan menyebabkan kecederaan kritikal atau kematian dan menyebabkan kerugian harta benda kepada umat Islam seolah-olah mabuk adalah lesen untuk membunuh umat Islam.

    Sudah tiba masanya kerajaan PN untuk mendakwa pemandu mabuk yang menyebabkan kematian di bawah Seksyen 302 dan jika didapati bersalah , mereka boleh digantung hingga mati atau dipenjarakan seumur hidup supaya rakyat selamat dari ancaman pemandu mabuk.

    Malangnya parti kafir Harbi DA-Pigs dan khadam liberalnya menyokong pesta arak terbuka. Berapa ramaikah rakyat perlu mati kerana pemandu mabuk sebelum DA-Pigs menukar dasar pro-araknya ????

    BalasPadam