Header Ads

ads header

Flash News

PM hadiahkan ketuhar, tripod kepada Sugu Pavithra


IPOH: "Sangat gembira kerana kami tidak menyangka dapat hadiah daripada pemimpin negara," kata pasangan suami isteri yang menjadi viral di media sosial dengan video masakan mereka menerusi YouTube.

S Pavithra, 28, ketika dihubungi berkata, dia bersama suaminya M Sugu, 29, dikejutkan dengan bungkusan hadiah istimewa daripada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang diterima baru-baru ini.

"Tiba-tiba (hadiah) datang, saya pada mulanya tidak percaya, pada kad pula tiada tandatangan jadi saya fikir mungkin bukan dari PM dan dihantar orang lain.

"Tetapi selepas itu mendapat panggilan dari Jabatan Perdana Menteri bertanyakan sama ada 'parcel' sudah sampai atau tidak, baru saya percaya hadiah memang daripada PM," katanya.

Katanya, dia sememangnya tidak dimaklumkan lebih awal oleh Pejabat Perdana Menteri berkenaan hadiah istimewa itu.

"Kami mendapat hadiah tripod, ketuhar gelombang mikro, ketuhar dan barang masakan seperti beras, minyak dan rempah, dan PM juga ada memberi kad ucapan dengan tulisan 'keep up the good work and stay at home' (teruskan usaha baik dan duduk di rumah).

"Kalau boleh hendak berjumpa dengan PM untuk mengucapkan terima kasih secara berdepan tetapi sebab PKP mungkin tidak boleh," katanya.

Menurutnya, dia masih belum menggunakan barang masakan yang dihadiahkan oleh Perdana Menteri itu.

"Barang masakan masih disimpan dan belum digunakan lagi, PM juga ada berkata (pesan) kalau boleh masak dan bagi jiran merasa," katanya.

Berkenaan video masakannya pula, Pavithra berkata, dia tidak menyangka penduduk Jepun dan United Kingdom (UK) juga turut menonton video masakannya itu.

Pavithra dan Sugu yang berjinak-jinak sebagai YouTuber menggunakan nama saluran 'Sugu Pavithra' sejak Januari lalu, sudah mempunyai lebih 400,000 pengikut itu sekali gus menjadikan mereka sebagai Rakan YouTube.



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


4 ulasan:

  1. PM MY menggembirakan ramai orang.Bukan duk asyik ugut,fitnah.tarik peruntukan dan desak jaga perut. Bonus kakitangan awam 2 kali

    BalasPadam
  2. Syukurlah.. Kerajaan jebon jin tanah ph dah baham tanah..rakyat banyak senang hati sekarang

    BalasPadam