PM Israel hadir ke mahkamah hadapi tuduhan rasuah
Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu membidas sistem keadilan negara itu kerana mengenakan pertuduhan yang disifatkannya sebagai "rekaan dan sandiwara," lapor Al Jazeeera.
Netanyahu menjadi perdana menteri pertama menghadapi pendakwaan jenayah di mahkamah ketika masih memegang jawatan.
Beliau tiba di mahkamah di Jerusalem Timur pada Ahad bagi menghadapi beberapa pertuduhan rasuah.
"Objektif (pertuduhan ini) untuk menggulingkan perdana menteri yang kuat dari kem ideologi kanan," katanya di Mahkamah Daerah Jerusalem.
Dilaporkan ratusan orang ramai hadir perhimpunan menyokong atau membantah Netanyahu di luar mahkamah.
Ketika tiba di mahkamah, Netanyahu mengulang dakwaan beliau mangsa konspirasi 'daulah terpendam' melibatkan media, polis, pendakwa raya dan hakim untuk menyingkirkannya.
Beliau dipetik Al Jazeera berkata polis dan pendakwaan Israel berkonspirasi untuk 'mereka-reka' kes terhadapnya dan berkata bukti keterangan kes "tercemar" dan diperbesar-besarkan.
Bagaimanapun, jelasnya, beliau akan terus "memimpin Israel dan mengendalikan isu-isu penting" negara.
Pada 17 Mei lalu, pemimpin paling lama berkhidmat di Israel itu mengangkat sumpah jawatan selepas berjaya membentuk kerajaan perpaduan dengan bekas pesaingnya, Benny Gantz, pemimpin parti Biru Putih.
Pada 2014, bekas perdana menteri Israel Ehud Olmert didapati bersalah kerana menerima rasuah dan dipenjarakan selama 16 bulan.
Nentanyahu didakwa atas tiga kes, dikenali sebagai Kes 1,000, 2,000 dan 4,000:
- Kes 1,000 - Penipuan dan pecah amanah: Beliau dituduh menerima hadiah - terutamanya cerutu dan sebotol champagne dari seorang ahli perniagaan berpengaruh.
- Kes 2,000 - Penipuan dan pecah amanah: Netanyahu dituduh menawarkan untuk membantu meningkatkan edaran surat kabar Israel Yediot Ahronot sebagai pertukaran untuk mendapat liputan positif
- Kes 4,000 - Rasuah, penipuan dan pecah amanah: Sebagai perdana menteri dan menteri komunikasi pada saat kesalahan itu didakwa, Netanyahu dituduh mempromosikan keputusan peraturan yang memihak kepada pemegang saham pengendali syarikat telekomunikasi Bezeq, Shaul Elovitch, sebagai pertukaran untuk liputan positif oleh laman berita Walla, milik Elovitch.
Nentanyahu menafikan sebarang salah laku terhadap semua pertuduhan ini.
MR : Dahlah jahat, rasuah pulak!
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
Tiada ulasan