Header Ads

ads header

Flash News

Polis selesai siasat dakwaan Yusoff Rawther diserang pembantu Anwar


PETALING JAYA:
Polis menyerahkan kertas siasatan berhubung dakwaan Muhammed Yusoff Rawther diserang pembantu Anwar Ibrahim, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak, 2 bulan selepas Jabatan Peguam Negara membuka semula siasatan ke atas laporan polis yang dibuat terhadap Farhash pada Mei tahun lalu.

“Kertas siasatan sudah diserahkan kepada timbalan pendakwa raya. Sekarang ia di tangan timbalan pendakwa raya,” kata sumber kepada FMT.

Farhash yang juga ketua PKR Perak, berulang kali menafikan dakwaan beliau menyerang Yusoff, yang turut mendakwa Anwar melakukan serangan seksual terhadapnya secara berasingan, di pejabat peribadinya tahun lalu.

Satu laporan perubatan dari Hospital Pantai menyatakan Yusoff mengalami kecederaan dan koyakan di bahunya yang memerlukan pembedahan RM40,000.

Yusoff memfailkan saman sivil terhadap Farhash pada September 2019, menuntut ganti rugi untuk kecederaannya. Farhash kemudiannya turut memfailkan saman fitnah terhadap Yusoff.

Januari lalu, Yusoff mendedahkan timbalan pendakwa raya memutuskan tiada tindakan lanjut selepas siasatan pertama akibat kekurangan bukti kukuh.

Selepas itu, beberapa sumber memberitahu FMT, Peguam Negara ketika itu, Tommy Thomas mengarahkan siasatan baru dijalankan ke atas dakwaan serangan itu.

Siasatan itu dikatakan dijalankan mengikut Seksyen 506 dan Seksyen 323 Kanun Keseksaan, berkaitan kesalahan ugutan jenayah serta mendatangkan kecederaan.

MR :  Itu belum Anwar jadi PM, kalau jadi PM entah hidup ke si Yusoff Rawther


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan