Header Ads

ads header

Flash News

Polis siasat wanita pijak anak kucing sampai mati



KUALA LUMPUR
: Rakaman video memaparkan tindakan kejam sekumpulan wanita mendera seekor anak kucing sehingga mati kini mendapat perhatian pihak berkuasa yang akan menyiasat perbuatan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Noor berkata, pihaknya telah menerima laporan berkaitan kejadian berkenaan dan menjalankan siasatan lanjut.

"Laporan polis pertama dibuat oleh orang awam di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban.

"Tempat kejadian dan suspek yang terbabit belum dikenal pasti namun polis sedang menjalankan siasatan lanjut," katanya dalam satu kenyataan, pada Jumaat.
Rakaman tiga wanita memijak seekor anak kucing sehingga mati itu menjadi tular di laman sosial sejak Khamis menyebabkan banyak pihak mengecam tindakan mereka.

MR :  Kerjja jahanam!


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


8 ulasan:

  1. Hanya wanita sakit mental yang kronik merasa seronok menyiksa dan membunuh haiwan yang lemah dan tidak bersalah.

    Semoga PDRM berjaya menangkap dan mendakwa penjenayah tersebut di mahkamah supaya manusia dan haiwan selamat dari kejahatan penjenayah tersebut.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Astagfirullah halngazim sungguh kejam perbuatan yang tidak berperikemanusiaan,sanggup menyeksa hewan Yang lemah.

      Padam
    2. Psychopath sahaja yang akan buat macam tu

      Padam
  2. Mungkin mental orang terbabit perlu di periksa.

    BalasPadam
  3. Biar polis dan Tuhan yang balas perbuatan mereka..dan mereka kena ingat hukum karma tu ade..hanya org gila atau bodoh atau bukan manusia yang sanggup buat macam ni.klu tak suka pun jgnla kau bunuh die mcmtu.die jgk makhluk Allah.binatang kesayangan nabi lg..nauzubillah..

    BalasPadam
  4. Kalaulah jumpa manusia iblis ni, nak tuang sambal belacan banyak2 kat mata dia... biar dia tahu apa rasanya tersiksa rasa sakit. Takde otak punye manusia

    BalasPadam