Header Ads

ads header

Flash News

Pulau Pinang benar acara akad nikah bermula esok


GEORGE TOWN: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) akan membenarkan urusan akad nikah umat Islam yang sebelum ini ditangguhkan semasa langkah perintah kawalan pergerakan (PKP), bermula esok.

Pengarahnya Zulkifli Long berkata, sepanjang tempoh pelaksanaan perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) majlis akad nikah hanya boleh dijalankan di pejabat agama daerah sahaja dengan kehadiran terhad serta mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

“JHEAIPP akan membenarkan akad nikah bermula esok dan untuk permulaan, ia (akad nikah) untuk bakal pengantin yang dokumen serta borang mereka telah siap dan diluluskan sebelum PKP.

“Majlis akad nikah hanya akan dibuat di pejabat agama daerah sahaja, namun jika bakal pengantin dalam keadaan tidak sihat seperti demam mereka tidak dibenarkan untuk melangsungkan perkahwinan kerana kami menjaga kemaslahatan semua pihak yang terbabit dalam urusan majlis akad nikah,” katanya hari ini.

Katanya, orang ramai yang membuat permohonan kebenaran akad nikah secara dalam talian menerusi laman sesawang JHEAIPP sepanjang tempoh PKP, perlu mencetak semua borang yang mereka isi untuk dikemukakan kepada pejabat agama di setiap daerah bagi tindakan selanjutnya.

Zulkifli berkata, mereka yang hadir di pejabat perlu mematuhi SOP, iaitu memakai penutup mulut serta hidung, sanitasi tangan sebelum berurusan di kaunter, menjaga jarak sosial serta jumlah pengunjung yang dihadkan pada satu-satu masa.


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan