Header Ads

Header ADS

Sanusi MB baru: Giliran Umno tolong PAS, kata Annuar


Pemilihan Adun Jeneri daripada PAS, Muhammad Sanusi Md Nor sebagai menteri besar baru Kedah adalah hasil perbincangan Muafakat Nasional dan Perikatan Nasional (PN), kata Annuar Musa.

Setiausaha Agung BN itu berkata, pemilihan Sanusi dibuat secara konsensus PN dan wajar memandangkan PAS memiliki paling banyak kerusi DUN di negeri itu.

"Pelantikan Sanusi itu memang dibincangkan dalam Muafakat Nasional dan PN. Beliau adalah pilihan konsensus daripada PN dan kerana kerusi PAS paling banyak di Kedah, maka wajarlah wakil PAS jadi menteri besar.

"PAS pun sudah banyak tolong Umno, sekarang giliran Umno tolong PAS. Baru orang panggil berpakat, takkan sebelah pihak saja," katanya ketika ditemui selepas majlis penyampaian sumbangan kepada imam dan bilal parlimen Ketereh di Kota Bharu, hari ini.

Beliau yang juga anggota Parlimen Ketereh berkata demikian ketika ditanya bagaimana Sanusi dipilih sebagai menteri besar baru selepas PN mengambilalih kerajaan negeri.

Hari ini Mukhriz Mahathir melepaskan jawatan sebagai menteri besar Kedah selepas PH hilang majoriti sokongan Adun.

Ia selepas peralihan sokongan enam Adun - dua bekas PKR dan empat daripada Bersatu - PN kini menguasai 23 daripada 36 kerusi di DUN Kedah.

Annuar bagaimanapun enggan mengulas lanjut ketika ditanya berkenaan kenyataan Mukhriz yang mendakwa bekas perdana menteri Najib Razak sebagai dalang di sebalik apa yang berlaku.

Sebaliknya menteri Wilayah Persekutuan itu berkata Mukhriz berhak untuk memberikan pandangannya.

"Tetapi hakikatnya kerajaan PN sedang diperkasakan dalam kalangan parti-parti politik (dalam gabungan itu) dan sudah bertekad untuk memberi sokongan yang kuat kepada Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

"Bukan untuk tujuan berpolitik, yang mana kita mempunyai cabaran yang cukup besar pasca-Covid-19. Kita tidak mampu telagah politik, kita juga tidak mampu membiarkan ketidakstabilan kerana tugas kita sangat banyak kepada rakyat," katanya lagi.



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


1 ulasan:

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.