Header Ads

ads header

Flash News

Sanusi sah Menteri Besar Kedah baharu


ALOR SETAR -
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeneri, Muhammad Sanusi Md Nor mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar Kedah yang ke-14 kira-kira jam 3.05 petang tadi.
Istiadat mengangkat sumpah dan menerima watikah pelantikan itu berlangsung di hadapan Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah di Wisma Darul Aman di sini.
Muhammad Sanusi, 46, merupakan Timbalan Pesuruhjaya 1 Pas Kedah dan sebelum ini adalah Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah.
Pelantikan Muhammad Sanusi menamatkan kemelut politik di Kedah selepas Pakatan Harapan (PH) kehilangan majoriti untuk mentadbir negeri apabila dua ADUN Parti Keadilan Rakyat (PKR), iaitu ADUN Lunas, Azman Nasrudin dan ADUN Sidam, Dr Robert Ling Kui Ee mengumumkan keluar parti.
Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah
Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah
Jawatan Menteri Besar sebelumnya dipegang oleh Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang dilantik sebagai Menteri Besar Kedah ke-13 pada 11 Mei 2018.
Mukhriz yang merupakan ADUN Jitra mengangkat sumpah kali kedua sebagai Menteri Besar Kedah selepas PH memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada 9 Mei 2018.
Sebelum ini, beliau merupakan Menteri Besar Kedah ke-11 selepas mengangkat sumpah pada 6 Mei 2013 selepas Barisan Nasional (BN) merampas pentadbiran negeri dari Pas pada PRU13, sebelum ADUN dan Ahli Parlimen UMNO menyatakan hilang keyakinan terhadap Mukhriz.
Pada Jumaat lepas, Sultan Sallehuddin menerima menghadap 36 ADUN Kedah termasuklah 23 daripada Perikatan Nasional, Bersatu dari kem Tan Sri Muhyiddin Yassin (empat), Bebas (dua) pada sebelah pagi, manakala 13 ADUN PH di sebelah petang susulan krisis politik di negeri ini.
Ini merupakan pelantikan Menteri Besar Kedah yang kedua dalam tempoh dua tahun selepas PRU14.

MR :  Alhamdulillah


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


2 ulasan:

  1. Usaha yg paling senang dalam hidup...hasil dari bapak...anak bapak sama2 bacul....aku tak ngaku dia orang melayu...lah ni...kerjanya nak menjahanamkan melayu mengikut acuan DAP...Sial!!!!!....

    BalasPadam