Header Ads

ads header

Flash News

Satu per satu pemimpin akar umbi PKR di Sarawak meletakkan jawatan


Ini selepas Timbalan Presidennya Datuk Seri Mohamed Azmin Ali keluar parti dan menyertai Bersatu pimpinan Tan Sri Muhyuddin Yassin bersama-sama beberapa pemimpin lain, termasuk Ahli Parlimen yang bersekutu dengannya.

Terbaharu Ketua Wanita PKR Sarawak Catherine Jok Uvang dan Ketua Wanita PKR (Kakus) Caroline Ukau @ Gerunsin mengumumkan peletakan jawatan mereka dari parti berkuat kuasa serta-merta pada Isnin.

Apa alasan mereka keluar parti?

Ya, mereka telah hilang kepercayaan terhadap kepemimpinan dan hala tuju parti.

Sebelum ini PKR berpecah dua dan berdepan krisis dalaman apabila satu puak diterajui Presiden Datuk Seri Anwar Ibrahim manakala satu puak lagi oleh Azmin. 

Puak Azmin bertekad mahu menyekat Anwar menjadi Perdana Menteri seperti yang dijanjikan PH menjelang PRU-14.

PKR sudah lama bergelora dan berdepan krisis bagai tiada kesudahan. Pengerusi PKR Sarawak Baru Bian pada November lalu mendedahkan terdapat cubaan kudeta terhadap jawatan belia

Baru yang ketika itu Menteri Kerja Raya mendedahkan terdapat pakatan sulit didalangi pihak tertentu untuk menjatuhkannya dengan menggunakan ‘pintu belakang’ dan politik wang.

Siapakah mereka ini? Sudah terang lagi bersuluh, tentunya mereka yang dikaitkan dengan puak Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Baru ketika itu mendakwa mendapat sokongan lebih daripada 35  daripada 42 ahli Majlis Pimpinan Negeri, termasuk 19 ketua cabang untuk kekal sebagai Pengerusi PKR Sarawak.

Antara ketua cabang yang menyatakan sokongan kepada Baru untuk kekal sebagai Pengerusi MPN PKR Sarawak ialah, Mas Gading; Seria; Puncak Borneo; Bandar Kuching; Stampin; Petrajaya; Batang Lupar; Sri Aman; Lubok Antu; Betong; Saratok; Kanowit; Sibu; Lanang; Bintulu; Hulu Rajang; Kota Samarahan; Baram dan Lawas.

Saya percaya ketua cabang berkenaan telah pun digugurkan atau mengambil keputusan keluar parti.

Catherine, bekas Ketua Wanita PKR Sarawak, dalam satu kenyataan  berkata, kepimpinan PKR telah berubah dari masa ke masa dan parti itu tidak lagi memenuhi cita-cita keadilan dan kesaksamaan untuk semua.

“Sebaliknya, kepemimpinan parti memusatkan perhatian pada kepentingan peribadi dan cita-cita individu tertentu yang menginginkan jawatan dan kuasa,” katanya dalam satu kenyataan pada  Ahad lalu. 

Pemecatan besar-besaran dan penggantungan anggota parti baru-baru ini di seluruh negara, termasuk pemimpin Sarawak  telah menggegarkan parti itu.

Selain Baru, yang lain ialah Adun Batu Lintang See Chee How, bekas timbalan ketua PKR negeri Baharuddin Mokhsen dan bekas ketua wanita PKR negeri, Nurhanim Mokhsen turut juga digugurkan.

Tindakan sedemikian dikatakan  tidak dapat difahami dan tidak dapat diterima “oleh ahli parti dan penyokong akar umbi di Sarawak.”

Namun, bagi pemerhati, tindakan berkenaan bukan di luar jangkaan dan tidak mengejutkan.

PKR Pusat pada hakikatnya, mahu membersihkan PKR Sarawak daripada mereka yang dilihat menyokong Azmin.

Bagi puak berkenaan, kehadiran puak yang setia kepada Azmin merupakan during dalam daging. Tetapi dengan Azmin kini sudah menyertai Bersatu, nasib para penyokongnya tidak menentu. Mereka bagai anak ayam kehilangan ibu.

Bagi golongan terbabit, mereka terjebak dalam dilema. Berada dalam parti pun bagai sudah tidak bermakna. Jadi, pemecatan mereka dapat disifatkan sebagai sesuatu yang mungkin ditunggu-tunggu.

Tidak pula diketahui ke mana hala tuju pemimpin yang dipecat dan telah bertindak keluar parti selepas ini? Adakah mereka akan menyertai Bersatu? Itu tidak mungkin. Adakah mereka akan menubuhkan parti lain? Atau sebahagian mereka akan menyertai PSB pimpinan Datuk Seri Wong Soon Koh?

Selepas Pengerusi PKR Sarawak dan penyokong beliau tidak lagi bersama-sama PKR, maka PKR Pusat telah melantik Ketua Cabang Julau, Larry Sng Wei Shien  sebagai Pengerusi PKR Sarawak.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail  berkata, nama Pengerusi PKR dan pimpinan utama PKR Sarawak dipersetujui setelah selesai perbincangan dan rundingan di antara presiden parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan ketua-ketua cabang negeri Sarawak.

Menurutnya, Larry Sng akan bergandingan dengan Abang Zulkifli Abang Engkeh selaku timbalan.

Jawatan Naib Pengerusi 1 disandang oleh ahli Parlimen yang juga Ketua Cabang Miri, Michael Teo Yu Keng; Naib Pengerusi II oleh Roland Engan (Ketua Cabang Baram) dan Naib Pengerusi III, Japar Suyut (Timbalan Ketua Cabang Lawas).

PKR Sarawak turut melantik Datuk Seri Hafsah Harun sebagai penasihat.

PKR tidak lagi sama seperti sebelum ini. Dalam sekelip mata tindakan dan keputusan pemimpin tertinggi di peringkat pusat membawa kesan mendalam terhadap nasib dan kedudukan parti itu termasuk di Sarawak.

PKR kini berada dalam kedudukan yang lemah dan bagai hilang hala tuju.  Justeru, masa eepannya sama ada dapat terus menambat hati rakyat atau tidak banyak ditentukan oleh kepemimpinan tertinggi parti di bawah Larry. Persoalannya, mampukah Larry mengembalikan kekuatan PKR di Sarawak seperti sebelum ini?

Pada Selasa melalui satu kenyataan di Facebooknya, bekas menteri muda Sarawak itu menjelaskan  PKR Sarawak sedang menjalani proses penjenamaan semula ekoran peletakan jawatan beramai-ramai pemimpin akar umbi.

Jelasnya, mereka mahu melupai kejadian yang baru menimpa parti itu. Memang, kejadian yang menimpa parti itu yang sudah mulai mendapat tempat, adalah satu malapetaka dan tragedi. 

Parti itu, katanya mahu melangkah ke hadapan dan mengukuhkan kedudukan dan solidariti, dan beliau percaya ia akan semakin kuat berbanding dulu. Tetapi, mampukah ia berbuat demikian? Adakah rakyat Sarawak akan percaya kepada PKR selepas menyaksikan perebutan kuasa dan krisis yang melanda parti berkenaan? Bagi sesetengah rakyat, PKR Sarawak sudah hilang ketasdikan atau kewibawaannya di negeri ini. Pemimpinnya dilihat asyik berebut kuasa, tanpa mempedulikan nasib rakyat. Mereka melompat parti sesuka hati. Mereka bergaduh sesama sendiri seolah-olah kuasa yang menjadi agenda utama mereka.

Ya, yang penting sekarang ialah penyusunan semula struktur parti di peringkat akar umbi dan mengenal pasti pemimpin yang dapat digantung harapan. Sesungguhnya, bukan mudah untuk membina dan membangunkan semula parti yang sudah berpecah. Tidak mudah untuknya bangkit kecuali dengan strategi ampuh dengan kemempinan padu, serta semangat perjuangan yang menggelegak sebagaimana ia mula ditubuhkan pada 1999 dahulu. Ketika itu semangat dan suara reformasi bergema dan berkumandang di seluruh negara. Namun, kini landskap politik sudah berubah dengan apatah lagi masa depan Anwar sebagai Perdana Menteri semakin dalam teka-teki dan dalam awan kelabu susulan tumbangnya PH pada Februari lalu. 

Ini sebahagiannya keengganan pihak terbabit untuk menetapkan tarikh spesifik peralihan kuasa apabila pemimpin berada di atas terlalu sukar hendak melepaskan kuasa.

Bagaimana nasib PKR di Sarawak dalam pilihan raya akan datang?

 Kini ia telah kehilangan ketiga-tiga kerusi Dewan Undangan Negeri apabila wakil rakyatnya tidak lagi bersama-sama parti yang ditubuhkan sekitar 20 tahun lalu itu susulan pemecatan Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Perdana Menteri oleh Tun Dr Mahathir Mohamad.

Hakikatnya, perlu diterima, Larry berdepan laluan sukar dan berliku. Jalan di hadapan penuh cabaran. 

Ujian pertama beliau adalah menampilkan calon terbaik dalam PRN Sarawak akan datang, dan memastikan sekurang-kurangnya tiga kerusi dapat dimenangi. Ini juga bukan tugas yang mudah. 

#sumber


MR :  PKR tunggu masa untuk dikuburkan


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


2 ulasan:

  1. Ya Allah, memang benarlah kata-katamu.

    "Mereka ( orang kafir + Munafik) merancang, tapi kami (Allah + para malaikat) juga merancang". Ikuti surah At Tariq.

    BalasPadam
  2. Sepatutnya kaum Dayak yg memegang jwtn ketua pengerusi Pkr Swk bukan Cina sebab Pkr majoritinya bertanding di kwsn Dun Dayak..Kalau tak nak Baru Bian lagi memegang jwtn itu pilih lah kaum dayak yg lain itu baru betul..Tidak masuk akal meletakkan Larry Sng bgsa Cina memegang jwtn ketua pengerusi Pkr swk sedangkan Pkr di Swk bukannya bertanding di kwsn Cina tetapi yg bertanding di kwsn Cina adalah Dap..Ini dah terang2 majlis tertinggi Pkr membuli kaum dayak..Saya bgsa dayak & sepupu & saudara saya adalah penyokong tegar Pkr sejak pkr di tubuhkan 1999 tetapi kini telah meninggalkan Pkr sebab pengerusi pkr saya bukan lagi dr kaum dayak..Di seluruh Swk skrg sudah bergema bgsa dayak akan meninggalkan Pkr..Kali ini Pkr susah nak menang di kwsn Dayak selagi lagi Larry Sng berbgsa cina mengemudikan Pkr di Swk..Kali ini Jikalau Pkr dpt menang 1 kerusi dr 36 kerusi Dun dayak itu sudah cukup bagus jgn2 0..

    BalasPadam