Header Ads

ads header

Flash News

Sebab apa saya dipersalahkan pemuda ini hilang kerja


KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak mengecam kenyataan Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang mendakwa kejatuhan bekas Menteri Besar Kedah itu disebabkan olehnya.

Bekas Perdana Menteri itu mempersoalkan mengapa beliau dipersalahkan apabila Mukhriz ‘hilang kerja’.

Katanya, sejak Perintah Kawalan Pergerakan bermula, beliau cuma duduk di dalam rumah sambil bermain Facebook dan kucingnya serta makan super ring.

Lantaran itu, Najib meminta Mukhriz menunjukkan bukti jika beliau terlibat.

”Pemuda ini ada bukti tak bahawa saya terlibat? Sila keluarkan.

”Dalam bulan Ramadhan ni pun dia sanggup berbohong macam ni,” kata Najib.

Mukhriz dalam kenyataan peletakan jawatannya berkata, walaupun kejatuhannya di Kedah datang dari Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia melalui Datuk Seri Hamzah Zainuddin tetapi protagonis sebenar (watak utama) masih sama seperti dengan dulu iaitu Datuk Seri Najib Razak.

Kata Mukhriz lagi, tujuannya ialah tidak lain, tidak bukan, semata-mata untuk melepaskan diri daripada tuduhan pecah amanah 1MDB, SRC International dan banyak lagi skandal-skandal besar yang mencemar nama baik Malaysia. – MalaysiaGazette





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


5 ulasan:

  1. Dah jadi macam ayahanda dia. Semua salah Najib, yang keluar dari PH pun orang PKR yang sudah hilang kepercayaan pada Presiden mereka sebagai sebab utama. Lepas tu kata pasal dia nak lawan TSMY pulak.

    BalasPadam
  2. Keturunan kutty tak boleh pakai. Jangan terpedaya dengan mereka lagi, tolong.

    BalasPadam
  3. Semua DS Najib. Hebatnya DS Najib dimata mereka sehingga menimbulkan ketakutan yang amat-amat dahsyat, sedangkan musuh yang nyata pada agama dan bangsa di depan mata pun depa tak nampak.

    BalasPadam
  4. So powerpull la DSN ni.. Bila sebut nama Najib je semua kecut usus.. Usus mereka jadi terbelit.. Hahaha.. Inilah pahlawan Malaya sebenar..

    BalasPadam