Header Ads

ads header

Flash News

Anak Siapa Sebenarnya yang curi duit rakyat?


Bekas perdana menteri Najib Razak membalas kritikan Dr Mahathir Mohamad yang "khuatir dan tertanya-tanya" dengan keputusan mahkamah yang melepas tanpa membebaskan (DNAA) anak tirinya, Riza Aziz dalam kes pengubahan wang haram membabitkan dana 1MDB berjumlah AS$248 juta (RM1.08 bilion).

Dalam satu kenyataan sinis di Facebook, Najib mempertahankan Riza dan membangkitkan beberapa urus niaga melibatkan anak Mahathir.

"Oleh kerana dia keliru, saya taip perlahan-perlahan dengan cara paling ringkas supaya dia faham.

"Riza ada projek filem. Keluarga kerabat Abu Dhabi berminat dan janji kepada Riza untuk labur projek filem dia. (Pihak) yang berjanji masa itu termasuk putera mahkota Abu Dhabi (Sheikh Mohammed Zayed Al Nahyan) serta timbalan perdana menteri UAE yang juga merupakan adik kepada presiden UAE yang juga pemilik kelab Manchester City," kata Najib yang jelas merujuk Sheikh Mansour Zayed Al Nahyan.

"Mereka pun arahkan CEO syarikat Aabar untuk melabur dalam projek filem Riza. Ada perjanjian pelaburan dan sebagainya," katanya lagi.

Menurut Najib, filem-filem yang diterbitkan Riza "agak berjaya".

"Filem pertama Wolf of Wall Street (2013) jana penjualan tiket AS$392 juta (RM1.7 bilion) berbanding kos AS$100 juta (RM430 juta). Filem Dumb and Dumber To (2014) jana penjualan tiket AS$169.8 juta (RM730 juta) dengan kos pengeluaran AS$50 juta (RM215 juta). Filem Daddy's Home (2015) jana penjualan tiket AS$242.8 juta (RM1.04 bilion) dengan kos AS$69 juta (RM297 juta)," menurutnya.

Dalam persetujuan yang dicapai antara pihak Riza dan pendakwaan, beliau dilepas tanpa dibebaskan atas pertuduhan itu dengan syarat memulangkan semula aset dari luar negara dengan nilai anggaran AS$107.3 juta (RM465.3 juta)



Semalam, Mahathir antara lain menyuarakan kekhuatirannya berkenaan persetujuan itu dan mempersoalkan jika pihak yang didakwa atas tuduhan mencuri boleh terlepas daripada tindakan jika memulangkan semula apa yang dicurinya.

"Dia curi berbillion-billion...Dia bagi balik kepada kerajaan. Dia kata kepada kerajaan, 'Nah, duit yang aku curi. Sekarang ini, jangan ambil tindakan terhadap aku.' Kita pun kata, 'Sudah bagi balik duit okey lah'," katanya.

Menjelaskan bahawa beliau tidak mempersoalkan keputusan mahkamah, Mahathir pada masa sama berkata ia menunjukkan undang-undang mungkin perlu dipinda.

Najib menegaskan bahawa ianya bukan bail-out Petronas untuk "syarikat milik anak sulung pihak tertentu ataupun Vincent Tan yang menjual kumpulan hospital Pantai kepada anak kedua tertentu yang berumur 35 tahun masa itu."

"Ini juga bukan konsesi-konsesi Fomema atau kontrak membekal semua hospital kerajaan yang diberi kepada kumpulan Pantai selepas anak tertentu membelinya.

"Ini juga bukan melantik syarikat Petron sebagai syarikat rasmi untuk membekal minyak kepada kerajaan sebaik sahaja PH menang PRU14."

Najib juga membangkitkan projek Pelan Gentian Optik dan Kesalinghubungan Negara (NFCP) bernilai RM21.6 bilion melibatkan Opcom Bhd yang didakwanya "diwujudkan, diluluskan dan dilaksanakan" oleh kerajaan PH kurang setahun yang menyebabkan harga saham syarikat itu melonjak 50 peratus.

"Ketiga-tiga anak pun ada," katanya yang jelas merujuk tiga anak Mahathir, iaitu Mokhzani, Mirzan dan Mukhriz.|

Mengulas lanjut, Najib berkata selepas filem terbitan Riza berjaya, beliau telah mula membayar balik keuntungan dan pelaburan asal kepada pihak Abu Dhabi.

"Perkara ini juga terdedah dalam rakaman audio perbualan telefon saya dengan putera mahkota Abu Dhabi yang didedahkan oleh Latheefa Koya pada masa PH," katanya, sambil secara sinis mengucapkan terima kasih kepada bekas pesuruhjaya SPRM itu kerana mendedahkan rakaman tersebut.

"Kesemua transaksi, akaun bank, penggunaan dana, keuntungan yang dijana dari dana, perjanjian dan saksi-saksi adalah di luar negara terutamanya di Amerika Syarikat. Nak bicara di Malaysia pun susah.

"Pun begitu, DOJ Amerika Syarikat juga tak pernah mendakwa Riza atas kes jenayah. Cuma saman sivil yang sudahpun diselesaikan di sana tahun lepas...Tetapi yang pelik walaupun transaksi Riza tak berlaku di Malaysia, (dia) didakwa dengan kes jenayah di sini," katanya lagi.

MR :  Mahathir bercakap andaian (gosip) Najib bercakap dengan fakta. Tapi macai PH bodoh hancing akan percayai Atuk yang tipu rakyat 22 tahun. Orang tua pasti kenal siapa Atuk


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


4 ulasan:

  1. Inilah muka tdm muka dajal sebenar malaysia yang di puja2 oleh orang yang tak ketahui. Saya dah mengikuti perkembangan dia ni lebih 30 tahun dan semua perbuatannya hanya untuk dia, keluarga dan kroni. Orang2 yang menyokong dia hanya orang2 yang mendapat habuan dari dia atau yang tertipu. Sebab itu orang2 yang baik seperti tunku abd rahman, hussein onn, musa hitam dan dan pak lah disingkir oleh beliau.

    BalasPadam
  2. Kalau dah tau anak Tun dulu ade masalah rasuah dan curi duit dulu apesal mase kau ade kuasa kau taknak ambik tindakan. Lainlah kalau kau tak pernah ade kuasa. Nampak sgt takde bukti. Sekarang ni kau cuba nak kelirukan rakya plak. Insaf2lah Najib.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kau mana tau macai ph....Najib tu...tak macam si tua tuuuu...dengki khianat kat orang...yg tau si tua lanun tuuuu...si anuar gila kuasa....kalau dia jadi PM...teruk lah anak2 si tua tuuuu...tu yg si tua tu tak mau si anuar jadi PM...takan tak tau...jangan jadi macai bingai....

      Padam
  3. Apa lagi, saya minta YDP Agong ambil tindakan terhadap Tun M serta anak beranak dia.
    Cari segala urusan dia selama ini dan bagaimana dia boleh menjadi pengkhianat bangsa apabila bersekongkol dgn DAP.
    Tun M, bapak Munafik Negara.

    BalasPadam