Header Ads

ads header

Flash News

Sedap Wan Saiful kutuk Mahathir, dia sendiri 2 X 5


Ahli Majlis Tertinggi PPBM, Wan Saiful Wan Jan berkata Dr Mahathir Mohamad dan 4 ahli Parlimen lain bukannya dipecat parti itu, sebaliknya mereka bertindak keluar parti sendiri.

Katanya, tiada parti di dunia ini yang akan membenarkan ahli Parlimen mereka duduk di kerusi berbeza daripada kedudukan parti.

“Apabila mana-mana ahli Parlimen PPBM memilih menyertai kelompok bukan bersama parti sendiri dalam Parlimen, maka secara automatik keahlian mereka gugur.

“Ia bukan satu perkara mengejutkan. Saya mahu tegaskan bahawa mereka tidak dipecat. Mereka keluar hasil tindakan sendiri.

“Sebagai bandingan, apabila seseorang itu dengan sendiri berjalan keluar dari rumah, dia bukan dikeluarkan dari rumah itu, tetapi tindakan dia sendiri menyebabkan secara automatik dia berada di luar rumah. Itulah yang berlaku dalam kes ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ni saya nak bawa cerita tahun 2017 semasa tu Wan Saiful adalah Ketua Eksekutif Institut bagi Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas).

Masa itu Wan Saiful Wan Jan berkata dia menunggu masa bagi parti PAS untuk memecat dia. Dikenali sebagai seorang liberal dan progresif, Wan Saiful hari ini mengaku beliau menyertai PAS sejak 1997 sebagai ahli seumur hidup walaupun tidak bersependapat dengan parti Islam konservatif itu.

"Semua orang pernah buat silap kan? Saya bergurau. Tapi saya mula terlibat dengan PAS pada tahun 1992 dan menyertai (PAS) sebagai ahli seumur hidup pada 1997. (sila rujuk di sini)

"Lambat laun mereka akan pecat saya juga," kata beliau menjawab soalan selepas membentangkan kertas beliau di Persidangan Antarabangsa Transisi Demokratik Dunia Islam ke-5 di Kuala Lumpur semalam.

Wan Saiful menjadi ahli PAS di UK. Semasa di UK dia "terpecat" dari PAS secara sendirinya kerana  menyertai Parti Konservatif UK. Dia juga bertanding dalam pilihan raya tempatan Inggeris pada tahun 2007. Takkan orang cerdik dan hebat macam Wan Saiful "BODOH" dengan perlembagaan PAS?

Tapi bila kena pada Mahathir dia seonok perli Mahathir.

2 x 5
Orang politik banyak lidah bercabang

Nasir Ramlee

MR :  Nasir nampak tak boleh beri ruang kepada yang keluar PAS!


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


2 ulasan:

  1. He!Wan sapa yg keluar rumah Tun duduk dlm umah dia PH,sapa yg lari buat umah baru.

    BalasPadam
  2. Dia ni rakyat UK , siapa yang bagi dia bertanding semasa PRU 14 ?
    Bukankah jelas dalam peraturan menyatakan bahawa yang bertanding tidak boleh mempunyai kerakyatan negara asing !
    Mujur kau tak menang. Kalau menang sudah tentu kena PRK balik.

    BalasPadam