Header Ads

ads header

Flash News

Seksa amah Kemboja


BADANNYA dicucuh dengan bara rokok selain dipukul majikan sehingga patah dua gigi hadapan.

Pembantu rumah malang warga Kemboja berusia 20-an itu diibaratkan seperti hamba abdi kerana bukan saja didera majikannya, malah tidak dibayar gaji sejak dua tahun lalu selain dihalang berhubung dengan keluarganya di kampung.

Penderitaannya berakhir apabila wanita terbabit melarikan diri dari rumah majikan di Taman Sri Siantan, Bentong, Pahang, Jumaat lalu.

Wanita itu kemudian meminta bantuan di pusat tahfiz terletak tidak jauh dari kawasan rumah majikannya.

Pemilik Madrasah Tahfiz Darul Furqan, Mohamad Azam Shah Aziz Mohamad berkata, ketika wanita terbabit datang ke madrasah meminta bantuan, tenaga pengajar di situ yang juga warga Kemboja membantunya.

"Tenaga pengajar itu segera membawa wanita itu ke rumah saya," katanya.

Menurutnya, dia yang berada di luar kemudian dihubungi ibunya memaklumkan kejadian sebelum bergegas pulang.

"Saya terkejut melihat kecederaan teruk dialami wanita itu. Katanya, dia bukan saja dipukul malah turut dicucuh bara rokok di badannya.

"Mujur ustaz Kemboja menularkan gambarnya dalam kumpulan WhatsApp sebelum dapat menghubungi ahli keluarga di kampung," katanya.

Mohamad Azam berkata, ibu wanita terbabit memberitahu dia menyangka anaknya meninggal dunia kerana terputus hubungan sejak dua tahun lalu dan sangat sedih mendengar berita menimpa anaknya.

"Kakak ipar saya membawanya ke Balai Polis Bentong untuk membuat laporan.

"Saya difahamkan susulan laporan itu pasangan suami isteri terbabit ditahan polis dan direman tujuh hari," katanya.

Sumber memberitahu Harian Metro, kes itu sedang disiasat mengikut Seksyen 13 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (Atipsom).

"Pasangan suami isteri berusia 56 dan 48 tahun juga ditahan Sabtu lalu. Polis turut merampas rotan dan penggaru badan. Kedua-dua suspek warga Kemboja yang mendapat taraf penduduk tetap," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Bentong Superintendan Yusof Unis ketika dihubungi, mengesahkan laporan berhubung kejadian itu dan penahanan kedua-dua suspek.


MR :  Manusia yang buruk akhlak lebih busuk daripada binatang


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


4 ulasan:

  1. Cuba bagi tau.. Bangsa apa yang suka siksa amah nie.. Boleh kita lihat akhlak sesuatu bangsa yang acapkali terdengar perihal amah2 yg sering d siksa.
    Kadang sampai ada yang mati akhirnya d siksa.

    BalasPadam
    Balasan
    1. kat dah sebut kat atas warga kemboja yang dapat pemastautin tetap.

      Padam
  2. Kita ucapkan syabas dan tahniah kepada Madrasah Tahfiz Darul Furqan dan PDRM kerana cepat bertindak menyelamatkan mangsa kezaliman ini. Semoga penjenayah-penjenayah tersebut didakwa dan dipenjarakan dengan segera kerana kezaliman mereka sendiri.

    BalasPadam
  3. Tarik balik taraf pemastautin tetap dan halau balik kemboja biar org kemboja pulak yg mengadili mereka.. Baru tau langit tinggi rendah..

    BalasPadam