Header Ads

ads header

Flash News

Selepas ini Mahathir akan buat undi tak percaya kepada ROS



Menjawab tulisan Kadir Jasin, saya telah menyatakan bahawa Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) mengesahkan Dr Mahathir Mohamad tidak lagi menjadi Pengerusi PPBM berikutan peletakan jawatannya di tengah-tengah pergolakan politik pada akhir Februari. Anda boleh baca di sini.

Kadir cerita pasal bas tapi dia sendiri ketinggalan bas dalam maklumat terkini. Jadi sepetutnya kadir tidak perlu cabar untuk singkir Mahathir akan tersingkir.

Mahathir sebenarnya yang menjatuhkan PH setelah dia letak jawatan PM dan Mahathir sebenarnya yang menjatuhkan PH setelah dia letak jawatan Pengerusi Bersatu. Nasib baik Muhyiddin cerdik membuat pusingan 230 darjah menyelamatkan Bersatu. Sepatutnya Bersatu tak ada apa-apa sekarang kalau masih bersama PH tapi kerana Muhyiddin kedudukan Bersatu walaupun tak kuat tapi mereka menerajui PN. Itu bijaknya Muhyiddin dan bodohnya Kadir Jasin.

Saya rasa selepas ini, Mahathir akan membuat usul tak percaya kepada ROS kerana kedudukan Muhyiddin sebagai pemangku Pegerusi BERSATU.

Warga Emas itu bukan boleh baca politiknya.

Nasir Ramlee

-------

ROS: Peletakan jawatan Dr M sah, Muhyiddin berhak jadi pemangku pengerusi

Jabatan Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS) mengesahkan bahawa Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin "berhak" menjadi pemangku pengerusi parti, setelah Dr Mahathir Mohamad menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Muhyiddin pada 24 Februari.


Dalam surat bertarikh 5 Mei, ROS mengatakan penilaian ini berdasarkan dokumen yang diberikan oleh pihak berkaitan.

"Berdasarkan dokumen yang dikemukakan - iaitu surat peletakan jawatan pengerusi, ROS mengesahkan peletakan jawatan Mahathir sebagai pengerusi Bersatu oleh Muhyiddin, presiden Bersatu adalah juga sah dan masih berkuat kuasa selaras dengan peruntukan perlembagaan Bersatu sehingga diadakan pemilihan pengerusi baru,” menurut surat yang dilihat oleh Malaysiakini.

Surat itu memetik Artikel 16.9 perlembagaan parti untuk keputusan berkenaan.

Ia menetapkan bahawa jika pengerusi itu mengundurkan diri atau dipecat daripada parti, presiden akan mengambil alih jawatan pemangku pengerusi sehingga pengerusi baru dipilih.

Surat itu ditujukan kepada setiausaha kerja Bersatu, Suhaimi Yahya untuk menjawab pertanyaannya mengenai perkara itu pada 1 Mei.

Ketika dihubungi, jurucakap ROS mengesahkan bahawa surat itu sah.

Sebelum ini, Mahathir telah mengundurkan diri sebagai perdana menteri dan pengerusi Bersatu pada 24 Februari, setelah parti itu menentangnya dan Muhyiddin membawa Bersatu keluar dari Pakatan Harapan untuk membentuk Perikatan Nasional (PN).

Tidak lama selepas meletakkan jawatan, Bersatu telah meyakinkan Mahathir untuk terus memegang jawatan pengerusi parti dan mengumumkan beliau akan kekal memegang jawatan itu.

Bagaimanapun, mereka kemudian gagal meyakinkan Mahathir untuk menyertai PN dan kem Muhyiddin kemudian mengenepikan pengumuman sebelumnya agar Mahathir kekal sebagai pengerusi.

Susulan perselisihan dengan Mahathir, kem Muhyiddin menyatakan bahawa parti itu tidak dapat menolak pengunduran Mahathir justeru peletakan jawatan sebagai pengerusi sebelum ini tetap diambil kira.


MR :  Warga Emas??


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


6 ulasan:

  1. Madey dan anak boleh buat program tv lawak di rtm atau tv3.

    BalasPadam
  2. Werga emas ini tak patut dilayan.Bukan masa dia dah tika ini.Bukan buleh bawak masuk kubur semua tu.Biarlah amalan2 baik menjadi bekalan.Lama dah mengharubirukan malaysia

    BalasPadam
  3. Atok dah tak sesuai sebgai pentabir..atok sebnrnya dah kemarok gila kuasa..kadir jasin seangkatan dgn atok.nyanyok.

    BalasPadam
  4. Mana ada low dah letak jawatan tapi masih nk kedudukan yang teratas lpas ni apa pulak yg nk dibuatnya udah2lah tguk baru2 ni dgn Vinccent Tan nk wt Bitcoin dgn Rm 250M mna kutipnya tu.....

    BalasPadam
  5. Dah buang tabiat tu...udah Kome ooooi jgn layan atok lgi...kte tak tau Allah penentu segalanye...

    BalasPadam
  6. Dulu atok adalah sebijak2 manusia, seantero dunia tabik atok, tp sekarang atok adalah sebodoh2 manusia, jadi modal lawak sedunia, nk cari apa LG atuk kt dunia yg nk ditinggalkan entah esok lusa,cukup2lah dok perbodohkan diri tu,x kesian kepada anak cucu waris atok nt, bla atok jadi bahan kutukan di zaman mereka nt??? #cukup2lah

    BalasPadam