Header Ads

ads header

Flash News

Siapa Melayu bacul seperti kata Mahathir? Rasanya macam kena pada muka sendiri


Ini salah satu video, banyak lagi. Tapi in cukuplah.
Sebelum anda baca tulisan di bawah.
Sepanjang 22 tahun memrintah Mahathir rasa dia aje betul orang lain semuanya tak betul, jahat,bodoh bacul dll.

Tapi akhir dia terkena
Allah nak tunjukkan bagaimana dia jatuh dengan hina.

---

'Mungkin sekarang ada Melayu bacul'

Saya amat malu apabila ramai orang Melayu percaya DAP akan hancurkan kita orang Melayu jika ia berada dalam kerajaan Malaysia.

Ya. Saya mengaku orang Melayu mempunyai banyak kelemahan. Mereka tidak berjaya dalam bidang perniagaan dan perusahaan. Kita dapati ramai juga orang Melayu yang miskin, yang terlibat dengan dadah, jenayah-jenayah tertentu dan rasuah.

Dalam penjara pun terdapat ramai banduan Melayu.

Tetapi benarkah orang Melayu begitu lemah sehingga sebuah parti politik boleh hancur mereka?

Ya. Dahulu kita dijajah oleh British. Tetapi negara sebesar India pun dijajah oleh British juga. Kita (negeri-negeri Melayu) tidak ditawan oleh British, walaupun Melaka jatuh ke tangan Portugis dan kemudian Belanda.

Kita jemput British untuk nasihat kita dalam bidang pentadbiran. Tetapi seperti di tempat-tempat lain, British mengambil alih pentadbiran seolah-olah kita sudah jadi jajahan takluk mereka.

Selepas Perang Dunia Kedua, British kembali ke Malaya dan merancang untuk benar-benar menjadikan negeri-negeri Melayu milik mereka. Mereka bercadang menubuhkan Malayan Union yang ditadbir secara langsung dari Whitehall London.

Raja-raja Melayu akan hanya menjadi pentadbir agama Islam dan adat istiadat Melayu. MacMichael memaksa raja-raja Melayu menyerahkan negeri-negeri mereka kepada British.

Tidak ada rundingan dengan orang Melayu sama sekali. Tetapi kita tahu, orang Melayu bangun dan menentang Malayan Union. Ringkasnya British - suatu kuasa dunia yang baru memenangi perang - terpaksa tunduk kepada orang Melayu. Terpaksa membatalkan Malayan Union hanya dua tahun selepas ia diisytiharkan.

British ingat mudah untuk merampas negeri Melayu seperti mereka merampas Palestin untuk diberi kepada Yahudi. Percubaan untuk merampas negeri Melayu - untuk sebenarnya menghancurkan bangsa Melayu - gagal. Gagal kerana orang Melayu menentang.

Semua syarikat penjajah dibeli

Mungkin sekarang ada Melayu bacul. Tetapi Melayu dahulu berani. Susulan kepada penolakan Malayan Union, Melayu menuntut kemerdekaan. Pemuda Melayu menuntut kemerdekaan pada 1957. British bersetuju kemerdekaan diberi pada 1959.

Melayu menolak dan tetapkan kemerdekaan pada 1957. Dan 1957 menjadi tarikh kemerdekaan. Banyak syarat yang cuba dikenakan tetapi Melayu menolak.

Apabila British terbang pesawat Concorde tanpa izin dari Malaysia, kerajaan pimpinan Melayu perkenalkan dasar “Buy British Last”. Kita beli Syarikat Guthrie milik British dalam satu “Dawn Raid” yang tidak pernah dilakukan oleh mana-mana negara di dunia.

Semua syarikat penjajah dibeli oleh Malaysia kerana diarah oleh pemimpin Melayu.

Demikian juga dengan kuasa besar yang lain. Biasanya setiap pemimpin baru negara-negara kecil di dunia, apabila dilantik, akan meminta untuk pergi mengadap Presiden Amerika.

Kita tidak. Perdana Menteri Malaysia yang menjadi perdana menteri pada 1981 hanya pergi AS tiga tahun selepas dilantik walaupun duta AS cuba mendapatkan temu janji sesudah sahaja perdana menteri baru Malaysia mengambil alih.

Pemimpin Melayu Malaysia sering menegur kuasa-kuasa besar apabila mereka melaku kezaliman ke atas negara yang lemah. Suara pemimpin Melayulah yang lantang menegur penyelewengan kuasa besar kepada Israel.

Percubaan dibuat oleh penyangak matawang untuk kerajaan pimpinan Melayu Malaysia mengemis bantuan International Monetary Fund (Tabung Kewangan Antarabangsa - IMF) dan World Bank (Bank Dunia).

Badan-badan ini menawarkan pinjaman jika Malaysia meletakkan ekonomi Malaysia di bawah mereka.

Kita tolak. Kita cipta cara kita sendiri untuk mengatasi masalah penurunan nilai ringgit. Maka pakar-pakar kewangan dunia pun berkata kita akan muflis – bankrap. Tetapi tidak.

Kita pulih semula dengan cepat walaupun pemimpin Malaysia ini orang Melayu, jentera pentadbiran juga Melayu.

Dan banyak lagilah peristiwa yang menunjuk orang Melayu tidak mudah dihancurkan.

Tetapi orang Melayu boleh hancur. Mereka akan hancur apabila membenarkan penyangak menjadi pemimpin. Pemimpin seperti ini - walaupun Melayu - akan menghancurkan orang Melayu.

Boleh main golf dengan Trump

Kita tubuh sebuah parti Melayu untuk memperjuang nasib orang Melayu. Parti ini berjaya. Berjaya kalahkan British, mencapai kemerdekaan, membangunkan negara sehingga menjadi Harimau Asia.

Parti ini tidak pernah kalah. Tetapi pada 9 Mei 2018, parti ini kalah.

Kenapa? Kerana parti bertuah ini mendapat penyamun sebagai pemimpin. Saya tak payah ulang apa yang pemimpin penyangak ini buat. Dari sebuah negara yang dihormati, negara ini menjadi kleptokrasi – negara yang diperintah oleh pencuri.

Maka hancurlah parti ini kerana ahlinya sedia disogok dan tidak lagi mengutamakan perjuangan orang Melayu.

Maka dimomokkan orang Melayu sehingga ada yang begitu takut kepada DAP. Orang Melayu dan pemerintahan Melayu yang berani melawan British, kuasa-kuasa besar IMF dan Bank Dunia sekarang takut kepada DAP, takut dihancurkan oleh DAP. Takut kepada Guan Eng.

Orang Melayu takut kepada Guan Eng.

Dari mana datang bacul ini? Nak dapat perlindungan daripada siapa? Dari Najib? Dari kerajaan Melayu Islam pimpinan penyangak?

Ada yang kata, walaupun penjenayah, dia Melayu. Semasa dia memimpin dia lindung Melayukah? Dia kalah kerana melindung Melayukah?

Tepuk dada, tanya selera. Boleh main golf dengan Trump adalah bukti kekuatan untuk lindung Melayukah?

Pemuda Melayu dahulu berlawan dengan British. Tak takut. Pemuda yang sokong Najib ini mencari perlindungan daripada Najib. Sudah jadi baculkah?

Saya malu. Amat malu.

Rupa-rupanya ada orang Melayu yang begitu takut kepada DAP sehingga sanggup mengkhianati rakyat yang beri mandat kepada mereka.

DAP tidak mungkin hancurkan Melayu tetapi mereka (Melayu) akan hancur kerana orang Melayu memilih penyangak sebagai pemimpin.

DR MAHATHIR MOHAMADPengerusi Bersatu,
merangkap ahli parlimen Langkawi
bekas perdana menteri Malaysia 2 kali



MR :  Entahlah labu


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


6 ulasan:

  1. Bila baca tergelak sebab macam buka seluar dalam sendiri depan orang. Dah buang tabiat ni.

    BalasPadam
  2. Bukan bacul Tun, tapi sistem demokrasi dengan sistem undian first past the post yang membolehkan DAP berkuasa kalau parti parti Islam/Melayu tak sedar. Sebelum perkara sebegitu terjadi yang boleh mencetuskan huru hara dinegara ni baiklah parti parti Islam/Melayu ni janganlah bersama dengan DAP ni.

    BalasPadam
  3. Cukupdah.95 tahun.baik berehat terus tunggu mati menjemput.Tak perlu tambah dosa hingga nyawa terakhir. masih ada peluang untuk berteleku atas tikar sejadah.Sikap SEMUA ORANG SALAH perlu dihentikan.NOKTAH

    BalasPadam
  4. Ni kan tanah melayu..mesti ramai melayu terlibat apa jenayah.udahlah tu..bersara lah dari politik.

    BalasPadam
  5. kalau betul najib tu penyamun, pencuri dan penyangak, kenapa apabila dibicarakan sehingga kini tak satu bukti pun ditunjukkan.

    kata orang penyamun, bagaimana pula dengan mokhzani yg menyalahgunakan duit Bank Bumiputera dulu. Dah tu apabila PH memerintah negara, kenapa keluar arahan supaya kenderaan kerajaan mesti guna minyak Petron>>

    BalasPadam
  6. Mahathir ni saja ja nak suruh kita londehkan dia ank beranak pulak kot.

    harap2..sebelum dia mati ni... dia dapat didakwa di mahkamah.
    tak kisah la lepas dakwa tu dia nak mampos pun.
    asalkan dapat masuk lipatan sejarah..

    BAPAK PELINGKUP NEGARA

    BalasPadam