Header Ads

ads header

Flash News

Siasat pemimpin sebar berita palsu


KUALA LUMPUR: Pihak berkuasa digesa menyiasat dakwaan berita palsu yang disebarkan oleh dua pemimpin Pakatan Harapan (PH) iaitu Ahli Parlimen Pokok Sena, Dato’ Mahfuz Omar dan Presiden PKR, Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Kedua pemimpin tersebut didakwa telah menyebarkan berita palsu dengan mengatakan premis nombor ekor dibenarkan beroperasi setelah bermulanya Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKP) 4 Mei lalu.

Menurut Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad berkata pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) digesa menyiasat terhadap fitnah dikeluarkan kedua tokoh PH itu yang cuba menghasut serta merekayasa berita yang tidak betul.

“Sepatutnya mereka sebagai pemimpin perlu melihat keadaan negara yang kini dilanda Covid-19. Tidak sepatutnya kenyataan seperti ini di keluarkan oleh kedua individu berkenaan,” katanya kepada HarakahDaily.

Terdahulu, Mahfuz Omar dalam satu video yang dimuat naik dalam Facebooknya ada mengeluarkan kenyataan berbunyi; “Esok bermulanya PKP Bersyarat, Kedai 4 Nombor Ekor buka, Sports Toto buka, masjid tak buka lagi. Jadi kalau ada siapa-siapa nak buat tunjuk perasaan nak bantah pembukaan 4 Nombor Ekor dan Sports Toto yang tu cukup baguslah”.

Manakala perkara yang sama dikeluarkan oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang berbunyi; “Dia kata jemaah secara terbatas tak boleh. Tak apa lagi. Koperasi kedai judi dah dibuka, itu orang berhimpun jugak. Apa yang patut disegerakan kedai judi saya pun tidak faham kerana kedai judi ini akan dikerumuni.”

Namun, perkara itu telah dinafikan oleh Unit Respons Pantas KKMM dalam kenyataan medianya pada 4 Mei lalu yang menyatakan semua Agensi Nombor Ramalan (NFO) telah diarahkan tutup operasi sehingga tarikh yang akan diberitahu kelak.

Rabu lalu, Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) membuat laporan polis berhubung penyebaran berita palsu melibatkan kedua pemimpin PH berkenaan.

Mengulas lanjut, Idris berkata tindakan berkenaan memberi gambaran jelas sikap mereka yang suka menyebarkan berita tidak benar.

“Patutlah PH sebelum ini menentang Akta Anti Berita Tidak Benar sehingga menghapuskan akta ini sewaktu memerintah dahulu kerana mereka suka kepada berita sensasi dan menyebarkan berita tidak benar,” ujarnya.

Beliau turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada Unit Respons Pantas Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) bertindak menafikan berita palsu yang disebarkan.- HARAKAHDAILY 8/5/2020

MR :  Terutama yang suka bercakap seorang depan kamera!


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


1 ulasan:

  1. bila ANWAR sendiri khianat pada pejuang REFORMASI dgn berbaiah dgn MAHATHIR yang memusuhinya dulu....umpama terkena BADI DAN SAKA.Maka insaflah para pejuang REFORMASI....KAMU TELAH DICABULI SENDIRI OLEH KETUA UMUM KAMU...PKR ..PARTI KHIANAT REFORMASI/RAKYAT

    BalasPadam