Header Ads

ads header

Flash News

Speaker terima usul tak percaya Dr M ke atas Muhyiddin


Speaker Dewan Rakyat Mohamad Ariff Mohd Yusof hari ini menerima usul Anggota Parlimen Langkawi Dr Mahathir Mohamad untuk mengemukakan undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

Mohamad Ariff telah membalas notis yang dihantar Mahathir, dengan memaklumkan usul tersebut di bawah Perkara 27 Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.

"Satu usul di bawah Peraturan Mesyuarat 27 (3) yang membangkitkan iaitu: Mengemukakan resolusi untuk membuat ketetapan bahawa Perdana Menteri Muhyiddin Yassin sebagai ahli yang berhormat Pagoh tidak mempunyai majoriti ahli-ahli yang berhormat Dewan Rakyat.

"...usul di bawah Peraturan Mesyuarat 27 (3) diterima untuk dibawa ke mesyuarat Dewan Rakyat kelak," katanya pada suatu kenyataan hari ini.

Perkara 27 (3) menyatakan bahwa setiap pemberitahuan perlu disampaikan tidak kurang dari 14 hari terlebih dahulu kecuali jika atas nama menteri maka memadailah pemberitahuan dikeluarkan tujuh hari sahaja.

Ia juga menyatakan jika speaker berpuas hati dengan sesuatu notis itu "setelah diterangkan kepadanya oleh seseorang menteri iaitu bagi faedah orang ramai sesuatu usul itu mustahak dibahaskan dengan seberapa segeranya maka memadailah dikeluarkan pemberitahu itu satu hari sahaja terlebih dahulu."



Bagaimanapun, tidak jelas usul tidak yakin perdana menteri berkenaan akan dibahaskan pada sidang 18 Mei ini atau pada sidang Dewan Rakyat yang seterusnya.

Setiausaha Dewan Rakyat pada 17 April lalu telah mengeluarkan notis kepada semua anggota parlimen mengenai sidang yang akan diadakan pada 18 Mei ini.

Bagaimanapun berbeza daripada biasa, sidang tersebut hanya berlangsung selama sehari. Ia juga hanya akan membincangkan rang undang-undang dan usul urusan kerajaan saja.

Tiada sesi pertanyaan lisan, pertanyaan bertulis, usul atau kamar khas akan diadakan.

Usul kekal speaker ke akhir penggal

Terdahulu, dilaporkan Dr Mahathir telah menghantar surat kepada Mohamad Arif pada 4 Mei mendakwa Muhyiddin tidak ada sokongan majoriti anggota parlimen.

Selain itu, Mahathir juga telah mengemukakan permohonannya untuk mengemukakan usul supaya mengekalkan Mohamad Ariff sebagai speaker sehingga ke akhir penggal.

Usul ini juga turut ditolak Mohamad Ariff.

Notis yang ditolak speaker ini menyusuli usaha Anggota Parlimen Semporna Shafie Apdal untuk mengemukakan usul percaya kepada Dr Mahathir.

Bagaimanapun, pejabat Dewan Rakyat telah menjawab bahawa usul tersebut melanggar Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan kerana mempertikaikan kuasa Yang di-Pertuan Agong dalam melantik perdana menteri.

Kerajaan PH runtuh pada akhir Februari setelah Muhyiddin membawa Bersatu keluar dari gabungan itu dan bergabung bersama sekumpulan MP PKR yang berpaling tadah diketuai oleh bekas timbalan presiden PKR Mohamed Azmin Ali.

Bersama-sama pembangkang PAS, Umno, GPS dan parti kecil lain mereka menubuhkan kerajaan persekutuan PN.

Bagaimanapun, Dr Mahathir telah membayangkan rancangannya untuk kembali menguasai Bersatu pada pemilihan parti akan datang dan membawa Bersatu keluar daripada kerajaan PN.


MR :  Yakin ke PH ada cukup undi?


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


19 ulasan:

  1. Yang paling biar adil..mohon YDPA bubar kan Parlimen..biar rakyat menentukan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kita sokong parlimen dibubarkan dan PRU 15 diadakan dengan segera supaya rakyat boleh mengundi PN dan menolak pakatan kafir harbi-liberal secara total.

      Di waktu rakyat hidup menderita kerana covid-19, pakatan kafir harbi-liberal pula sibuk berpolitik mahu berkuasa. Bukankah ini membuktikan pakatan kafir harbi-liberal mementingkan agenda peribadi untuk berkuasa bukan untuk kebajikan rakyat ?

      Kerajaan PN adalah jauh lebih baik dari kerajaan terdahulu kerana kerajaan PN bertindak menolong rakyat di waktu covid-19 melanda negara kita.

      Cukup-cukuplah pemimpin-pemimpin pakatan kafir Harbi dan khadam liberal dan barua dan RBA mereka kencing rakyat dengan pelbagai janji palsu dan alasan palsu konon kerajaan tidak ada atau kekurangan wang untuk menolong rakyat.

      Padam
    2. Lu jgn ingat Malaysia ni melayu punya bro..jgn hina bangsa lain jga mulut org bukan Melayu LG ramai Klau bergabung dgn Sabah Sarawak..igat jga mulut fikir dulu

      Padam
    3. RBA 12:33 membuat dakwaan palsu untuk menfitnah orang lain. Komen RBA ini jelas menunjukkan RBA ini adalah seorang rasis yang membuat hasutan perkauman.

      Padam
    4. Nampaknya RBA 12:33 sangat terdesak sehinggakan RBA ini sanggup mencipta fitnah untuk melaga-lagakan pelbagai kaum di negara ini. Inilah politik persepsi RBA yang lebih kotor dari najis babi dan anjing.

      Padam
  2. Kekalkan TS Muhyidin sebagai PM

    BalasPadam
  3. Apa pulak bubar parlimen. Jahanamlah Malaysia jika bubar parlimen dalam masa darurat covid 19 ni.

    BalasPadam
  4. Dah2 la atok... tak malu ke dgn Allah dan manusia. Tak boleh nampak ke dap jadi kerajaan macamana dia orang dh buat.

    BalasPadam
  5. Atuk dah berusia 95 tahun.Cukup2lah selepas jadi Pm 22 tahun dan 22 bulan.
    Game dah over.Jom kita berteleku di tikar sejadah untuk hadap hari muka yang akan datang entah bila...

    BalasPadam
  6. Sudah2 Lah Tun Mahathir.. Bawa2 Rilex Beribadah .. Dah 22 Tahun Memegang Tampuk Pemerintahan ...

    BalasPadam
  7. Tak habis-habis politik PH ni....patutlah kalah.

    BalasPadam
  8. Dah elok dah pN PERINTAH..KATAKAN TIDAK PADA PH NUAR BERAHIM DAN ATOK ..

    BalasPadam
  9. Kekal kan Muhidin Yassin sebagai PM

    BalasPadam
  10. Jangan nk jdi kerjaan yg kncing rkyat lgi la..dh tua bt cra dh tua..knpa kmaruk kuasa sgt...rakyat dh xnk..nk sbuk bt apa lgi..ckup la

    BalasPadam
  11. Jika pemimpin-pemimpin liberal tua bangka masih belum sedar diri lagi sibuk mengejar dunia walaupun dunia kata pergi kubur kata mari, gelaplah masa hadapan mereka di akhirat.

    Mereka lupa tentang nasib Qarun, Firaun, Abu Lahab dll yang akan menimpa mereka.

    BalasPadam
  12. Apa yang paling ditakuti oleh pakatan hancing sekarang ialah jika pembubaran parlimen kerana 99.99 peratus ph akan kalah dan jika menang pun kurang dari 50 kerusi.Usaha ph sekarang ibarat mau bentuk kerajaan dengan cara tebuk dinding belakang.Reputasi pn sekarang mendapat kepuasan rakyat dan jika melantik lg atuk sbg pm bererti wal hasil balik asal. Hanya rakyat yang tidak serik serik kerana bodoh sahaja akan membiarkan ular yang sama mematuknya.

    BalasPadam
  13. btul tu Sya sokong.lebih baik kita pertahan kan PM yg ada skrg nie.ph biar berkubur wat selamanya.sya syg PM skrg nie.

    BalasPadam
  14. Dahlah Atok, kami rakyat dh letih....udah-udahleerr..!!
    Kekalkan jer PM yg ada skrg ni....

    BalasPadam