Header Ads

ads header

Flash News

Strategi PN untuk kekal berkuasa


KERAJAAN Perikatan Nasional (PN) sememangnya bukanlah kerajaan impian pemimpin politik dan juga sebahagian besar rakyat yang berkiblat kepada politik kepartian.

Namun semua tahu kewujudan PN adalah disebabkan kegagalan Pakatan Harapan (PH) mengurus perbezaan, isu dan cabaran sesama mereka serta kemaslahatan rakyat khususnya orang Melayu dan keresahan antara kaum dengan baik.

Tidak mustahil PN akan bertahan hingga PRU akan datang sahaja atau tumbang selepas PKP ini.
Semua kemungkinan itu berpotensi untuk berlaku. Namun tidak mustahil juga untuk PN yang dikemudi oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin terus kukuh dan menjadi pilihan rakyat dalam PRU akan datang.

Berikut lima strategi yang perlu direbut oleh Muhyiddin dan PN.

1. Strategi prihatin rakyat - Covid-19


Kerajaan perlu terus komited memastikan isu kesihatan rakyat akibat Covid-19 ditangani sebaiknya dan sepenuhnya. Pada masa sama, bajet tahun ini dan beberapa tahun akan datang perlu memberi penekanan terhadap usaha peningkatkan kualiti perkhidmatan kesihatan negara.

Selain itu, petunjuk prestasi utama (KPI) mestilah sehingga rakyat yakin bahawa perkhidmatan kesihatan negara khususnya di hospital dan klinik kerajaan benar-benar berkualiti dalam segala aspek contohnya peralatan, ubat-ubatan dan kepakaran termasuk profesionalisme petugas kesihatan di semua peringkat.

2. Strategi prihatin ekonomi rakyat - pasca Covid-19


Kerajaan perlu memberi sokongan berterusan kepada industri khususnya perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan rakyat (B40 dan M40).

Peruntukan dana mencukupi untuk membolehkan industri kecil dan sederhana serta rakyat B40 dan M40 mampu kembali berdiri di atas kaki mereka sendiri iaitu bukan sahaja semasa Covid-19 ini tetapi pasca Covid-19 amat wajar diberi perhatian serius dalam bajet tahun ini dan beberapa tahun berikutnya.

Di samping itu, kenal pasti dan lakukan projek-projek pembangunan bersifat baharu mahupun naik taraf seperti lebuh raya, landasan kereta api, lapangan terbang, pelabuhan, zon perdagangan bebas, kompleks-kompleks kerajaan, sekolah dan lain-lain bagi mewujudkan pergerakan di samping mempercepatkan proses pemulihan ekonomi negara.

Bawa syarikat besar bersama di mana mereka menjadi pemacu pembangunan projek mega menerusi konsep Private Finance Initiative (PFI). Usaha bersepadu di antara kerajaan dan sektor swasta amat penting dalam memulihkan ekonomi negara.

Berbalik kepada bantuan buat rakyat dan PKS, susun inisiatif dan bantuan dengan teratur, cekap dan menepati kumpulan sasar. Tingkatkan kecekapan sistem penyampaian dan barisan hadapan agensi berkaitan iaitu perlu mempunyai 'sense of urgency' dalam membantu industri dan rakyat.

3. Strategi kedaulatan negara


Kerajaan perlu sedar bahawa rakyat amat bimbang dengan isu kedaulatan negara. Kerajaan perlu tegas memastikan kedaulatan negara tidak terus digugat baik oleh kuasa besar mahupun isu pelarian, pemerdagangan manusia, dadah dan lain-lain kegiatan jenayah.

Majoriti rakyat yang baik tanpa mengira bangsa telah 'lemas' dengan isu berkaitan kedaulatan negara yang seperti diperkotak katik oleh sesetengah pihak dan tidak pernah selesai.

Sebagai contoh, isu kedaulatan wilayah negara di Laut China Selatan, negara perlu bertindak tegas termasuk menggunakan undang-undang antarabangsa dalam mendepani penceroboh berkaitan.

Tidak ketinggalan isu pelarian dan PATI yang semakin menjolok mata perlu ditangani dengan berani, tegas dan keras. Rakyat amat tidak selesa dengan lambakan pelarian dan PATI yang menyerap masuk ke dalam masyarakat dan ada antara mereka mempergunakan rakyat tempatan untuk urusan mendapatkan premis perniagaan dan berniaga. Malah ada tanah-tanah milik rakyat mereka cerobohi dan usahakan sesuka hati.

4. Strategi keabsahan kerakyatan/pemastautin


Kerajaan perlu tegas memerangi sindiket penjualan kad pengenalan atau pemilikan kad pengenalan palsu. Isu ini amat dekat dengan rakyat dan rakyat mahu isu ini diselesaikan dengan segera. Kegagalan kerajaan bertindak akan menyebabkan anak cucu kita menanggung akibat yang sangat teruk di mana mereka bakal mewarisi negara yang gagal.

Ratusan ribu pelancong yang masih belum keluar dari negara ini selepas tamat tempoh di samping isu pelarian, PATI memiliki kad pengenalan menerusi sindiket penjualan kad pengenalan dan kad pengenalan palsu wajar dibanteras habis-habisan. Mereka semua perlu ditangkap dan diusir dari negara ini. Pegawai yang terlibat pula perlu dihukum sekeras-kerasnya.

Gerakkan pasukan-pasukan penguat kuasa malah boleh dibentuk satu pasukan khas yang baharu iaitu gabungan pasukan imigresen dengan pasukan elit negara seperti komando dan VAT69 di samping agensi lain dalam merealisasikan usaha bersepadu ini.

Pasukan ini pastinya wajar diberi latihan bersesuaian untuk memastikan keberkesanan dan integriti mereka berada pada tahap terbaik dalam usaha membenteras semua gejala buruk yang sedang melanda negara itu termasuk gejala lain seperti penyeludupan dan penagihan dadah, pemerdagangan manusia dan segala bentuk jenayah terancang.

5. Strategi pemimpin bersih berintegriti


Kerajaan perlu berani membersihkan pengkhianat dalam pasukan keselamatan dan agensi-agensi kerajaan baik pegawai kerajaan, anggotanya mahupun menteri-menteri dan konco-konconya yang menjadi dalang dalam melindungi kegiatan mengkhianati negara ini.

Kehilangan beberapa orang pemimpin termasuk menteri, ahli politik dan pegawai kerajaan atas sebab tindakan tegas terhadap pengkhianatan yang mereka lakukan lebih besar manfaatnya buat negara ini.
Tiada guna melindungi mereka yang bersalah khususnya yang berpengaruh kerana perbuatan itu akan membuat rakyat menolak kerajaan yang dianggap bersekongkol dengan penjenayah apatah lagi jika hukuman bersifat berpilih-pilih iaitu umpama 'bilis didakwa tetapi jerung terus bebas bermaharajalela'.

Kesimpulannya, Muhyiddin boleh menggunakan peluang ini untuk memulihkan negara yang semakin tenat. Muhyiddin boleh juga membiarkan apa yang berlaku ini dengan mengambil pendekatan baiki sedikit-sedikit.

Jika pilihan pertama dibuat, Muhyiddin akan disanjung oleh majoriti rakyat dan tidak mustahil akan diberi mandat lebih besar dalam PRU akan datang.

Jika pilihan kedua dibuat, Muhyiddin mungkin selamat buat sementara waktu ini dan mungkin juga akan tersungkur kerana pencatur politik tidak akan berhenti mencari jalan menghancurkan kerajaan PN.

Jadi pilihan terbaik yang ada adalah memenangi hati rakyat. Buat apa yang rakyat kehendaki dan kehendak rakyat untuk negara ini terus kukuh berdaulat, bersih daripada pelarian yang menjolok mata, isu pelancong yang tidak kembali ke negara mereka, penjualan kad pengenalan, pemerdagangan manusia, pengedaran dan penyalahgunaan dadah, membela rakyat miskin B40 dan keperluan kepada peningkatan kualiti khidmat kesihatan serta pemulihan ekomomi yang baik adalah tuntutan rakyat yang wajar dipenuhi.

Pastinya jika Muhyiddin dan pasukannya lakukan ini semua akan membolehkan mereka melangkah ke PRU15 dengan penuh yakin kerana majoriti rakyat berada di belakang mereka.

Pilihan dan harapan rakyat berada di tanganmu Perdana Menteri yang dikasihi, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Prof Dr Haim Hilman Abdullah pensyarah Pusat Pengajian Pengurusan Perniagaan Universiti Utara Malaysia UUM





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


8 ulasan:

  1. Setuju ke semua di atas, cuma satu sahaja yang penulis lupa.

    Tan Sri Muhyuddin Yassin perlu sentiasa memperkasakan agenda Islam dengan menguatkuasakan syariah dan menjaga kepentingan agama Islam.
    Segala aspek ekonomi patuh syariah perlu dipromosikan.
    Ingatlah , jatuh bangun sesuatu kerajaan adalah ketentuan Allah.
    Kerana Allah adalah pemilik segala kerajaan.

    BalasPadam
  2. Cabaran pertama .
    - lepaskan dulu dari undi tak percaya yang akan dibawa usul dari ph.
    Dan usul ini jangan dipolitikkan@dihalang.
    Utk menunjukkan kekuatan sebenar.
    - selesaikan masalah dalam parti bersatu.
    - jika diadakan pru..muhyidin akan bertanding atas tiket apa.
    Umno dah awal2 tak mengiktiraf pakatan bersama ini.
    Malah umno dgn lantang nya berkata akan tetap bertanding dimana-mana kawasan tradisi nya.

    Jadi apapun ulasan yg dibuat.

    Sesungguhnya ia ibarat diluih muhyidin@bersatu mati ditelan bersatu@muhyidin juga akan mati selagi dia bersama umno & pas.

    Cara yg selamat kembali ke Pakatan Harapan tanpa azmin & zuraida.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Apa yg kamu melalut ni kamu ingat ayah midin x ada prinsip hidup ke sebelum bagi pandangan buat research dulu kenapa mereka keluar dari PH
      Sanggup ke org yg ada pendidikan agama yg masih menjaga akidah membiarkan diri bersama menipu rakyat

      Padam
  3. Ph banyak tular fitnah, punca perpecahan kekuatan Pemimpin Politik adalah kepercayaan dan keyakinan. Bukan Politik kotor dan tamak, kekuatan politik akan berubah jika ada penghasut didalam kelompoknya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Demi bangsa Melayu yang tercinta... TSMY terbaeek

      Padam
  4. Yg mana hati nya gelap...mohon Allah terangi dgn keimanan...kembali kepangkal jalan...aaminn
    Yg paling risau...bumi yg d pijak akn menjadi milik org...TSMY xkan jual agama..bangsa dan negara...inshaAllah

    BalasPadam