Header Ads

ads header

Flash News

Tak sokong Dr. M punca Anwar ‘hilang’

KUALA LUMPUR – PKR telah mencapai kesepakatan dalam mesyuarat pada 17 Mei supaya tidak lagi menyokong Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri atau mengetuai Pakatan Harapan (PH).

Keadaan itu bermakna Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri akan mengetuai jentera untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Walaupun mengekalkan hubungan kerjasama dengan Dr. Mahathir, tetapi PKR mahu Anwar sendiri yang mengetuai PH.

Sumber berkata, keadaan itu juga menyebabkan Presiden PKR itu “hilang” dalam sidang akhbar yang dipengerusikan Dr. Mahathir pada Isnin.

“Anwar berpendapat sepatutnya beliau dan bukannya Dr. Mahathir yang mempengerusikan sidang media bersama ini,” kata sumber kepada Sinchew Daily.

Datuk Liew Vui Keong dari Warisan dilaporkan menghantar pesanan ringkas kepada wakil rakyat PH supaya berkumpul di pejabat Dr. Mahathir selepas titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat pada Isnin.

Pertemuan itu dihadiri pemimpin tertinggi DAP, Amanah dan Warisan, tetapi Anwar tidak kelihatan di situ.

Selain itu, sumber turut memberitahu bahawa pemimpin PKR “bising sehari” dalam satu kumpulan media sosial apabila nama Dr. Mahathir diletakkan pada tempat pertama dalam satu kenyataan PH bersama Warisan sebelum ini.

Ditanya sama ada pendirian tidak menyokong Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri dipersetujui DAP dan Amanah, sumber berkata: “pada masa ini, hanyalah PKR.”

Sumber bagaimanapun menafikan ura-ura bahawa Anwar memutuskan hubungan dengan Dr. Mahathir sehingga tidak mahu bertemu.

“Anwar tidak menolak untuk bertemu dengan Dr. Mahathir, mereka ada berdialog melalui Zoom pada Ahad,” katanya. – MalaysiaGazette


MR :  Baru nampak bijak


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


9 ulasan:

  1. Patutnya Anwar gabong dgn Mujiddin selongkar Tun punya hal . Jangan harap sangat jawatan PM . Kalau kamu jujur in sha Allah ada rezeki . Nampak ketara Tun ini tak mahu kamu jadi PM .Kamu dah tahu tapi mssih mengharap kan beliau. 2 kali 5 jawabnya. Tiada beza kamu dgn Tun .

    BalasPadam
  2. 2 manusia ini patut HILANG terus di dunia kerana Timbulkan pelbagai adu domba FITNAH/DENDAM/KHIANAT MANIFESTO/ KHIANAT PADA YDPA RUKUN NEGARA/PECAH BELAH SERTA BENCI MEMBENCI SESAMA RAKYAT....rakyat terus keliru yang MENUDUH dan YANG DITUDUH meLIWAT bekerjasama untuk jawatan PERIBADI.

    BalasPadam
  3. Pakatan Hancing umpama pakatan ahzab moden.. Freemason + kafir + munafik yang mengepung kerajaan Prihatin Nasional yang di ketuai oleh majoriti muslim

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sudahlah tunggu Pru 15.pati mana yg menang .Allah yg pilih🤣😁😃😄😂😀

      Padam
  4. Atok berangan nak jadi pm lagi...
    Bang nong jangan sampai kena kencing lagi ya.

    Yang terbaik... dua orang ini berhenti la dari politik.
    Duduk rumah main dengan anak cucu. Duit pun dah terlalu banyak apa lagi nak dikejar.

    BalasPadam
  5. Apa nk hairan dgn komen2 yg ada d sini..semua musuh PH sblm dari PRU14 lg..PH cuma dpt sokongan 35% org melayu masa PRU14...sbbtu nmpk byk sangat komen org melayu yg burukkan PH kat media sosial..apa yg penting sokongan cina dan india 85% tidak berubah utk PH..tggu PRU15..yg penting PH perlu tarik undi Melayu 25%...insyaAllah PH akan berkuasa semula.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Org melayu dah kena kencing. Kalau mereka nak kena kencing lagi mereka memang layak di perintah oleh ph.

      Padam
    2. Bermimpi di siang hari bro ni

      Padam
  6. Hanya mampu tertawa

    BalasPadam