Header Ads

ads header

Flash News

Terima hakikat BERSATU sudah keluar PH - Mohd Radzi


KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Dr Mohd Radzi Md Jidin, hari ini menangkis dakwaan Datuk Marzuki Yahya yang mendakwa Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) parti itu tidak membuat keputusan meninggalkan gabungan Pakatan Harapan (PH).

Sambil menyatakan Marzuki bukan lagi Setiausaha Agung BERSATU, Mohd Radzi sebaliknya menjelaskan MPT BERSATU dalam mesyuaratnya, pada 23 Februari lalu membuat keputusan yang jelas untuk keluar PH dan membentuk sebuah gabungan politik baharu dengan parti lain di luar PH.

"Justeru, dakwaan Senator Datuk Wira Marzuki, MPT tidak pernah membuat keputusan ini adalah tidak benar sama sekali.

"Malah, keputusan ini bukan dibuat secara tergesa-gesa. Ia dibincang di pelbagai peringkat pimpinan parti beberapa bulan sebelumnya dan dimuktamadkan dalam mesyuarat Biro Politik BERSATU pada 21 Februari dan mesyuarat MPT BERSATU pada 23 Februari," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mohd Radzi berkata, perancangan membawa BERSATU keluar dari PH dan membentuk sebuah gabungan politik baharu diketahui dan disokong oleh Pengerusi BERSATU, Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri.

Namun katanya, hanya di saat-saat akhir perancangan ini sepatutnya dilaksanakan, Dr Mahathir mempunyai pendirian yang berbeza dengan pendirian parti.

"Sebagaimana diketahui umum, YABhg Tun (Dr Mahathir) sentiasa didesak oleh pimpinan PH terutamanya dari PKR dan DAP supaya beliau meletakkan jawatan Perdana Menteri.

Beliau dan pimpinan BERSATU yang lain dan ahli parti tidak selesa dengan desakan ini. Kerana itu, ramai yang berpandangan tiada lagi kesepakatan dalam PH," katanya.

Radzi berkata, pada 24 Februari lalu , Dr Mahathir mengumumkan peletakan jawatan sebagai Perdana Menteri dan Pengerusi BERSATU dengan alasan beliau tidak lagi mendapat sokongan ahli MPT.

Sehubungan itu, katanya, menurut Fasal 16.9 Perlembagaan BERSATU, apabila Pengerusi berhenti maka Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin memangku jawatan Pengerusi.

"Sebagai Presiden dan pemangku Pengerusi BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada hari yang sama telah membuat pengumuman BERSATU keluar dari PH sebagaimana yang diputuskan oleh MPT BERSATU dalam mesyuarat sehari sebelumnya.

"Hakikat bahawa BERSATU keluar dari PH juga diakui oleh Tun sendiri dalam perutusan khas beliau pada 26 Februari beliau menyebut "Saya minta diberi masa.

Tetapi parti saya BERSATU memutuskan untuk keluar dari Pakatan Harapan" (Rujuk perenggan 10, Perutusan Khas YAB Tun Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia, pada 26 Februari 2020)," jelasnya.

Justeru, beliau mengulangi dakwaan yang mengatakan MPT BERSATU tidak pernah membuat keputusan keluar dari PH adalah tidak benar sama sekali dan tidak disokong oleh fakta.

Dua hari lalu, Marzuki yang mendakwa dirinya masih Setiausaha Agung BERSATU dilaporkan berkata MPT BERSATU tidak membuat keputusan meninggalkan gabungan PH.

Marzuki berkata, mesyuarat MPT pada 23 dan 24 Februari lalu, membuat dua keputusan iaitu menolak peletakan jawatan Tun Dr Mahathir sebagai Pengerusi parti serta calon tunggal bagi jawatan Perdana Menteri.

Pada 26 Mac lalu, Muhyiddin mengumumkan pelantikan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin sebagai Setiausaha Agung BERSATU berkuat kuasa 18 Mac lalu, menggantikan Marzuki yang dipecat daripada jawatan itu.– BERNAMA

MR :  PH mungkin sedang khayal nak jadi kerajaan lagi


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


3 ulasan:

  1. Marzuki ni cane nk jd pemimpin ni..khayalan dgn realitipun dia x tau mk beza..kacauu

    BalasPadam
  2. Ko tu yg x tau realiti,Bersatu pecah dua,satu pro PH,satu pro PN.Masing2 ngaku betul.tu pun ko susah nk paham

    BalasPadam
  3. MUHYIDIN adalah setannnnnn pengkhianat parti... Setan tu lupa siapa yg tarik die blk setelah di singkirkan dlm umnongok dulu... Itu iblis namanya!!!! X mamposss time sakit dulu tu... Patut buang ke dlm laut je....

    BalasPadam