Header Ads

ads header

Flash News

Umno Sabah desak SPRM siasat kontrak jalan raya RM1.55 bilion


KOTA KINABALU: Umno Sabah menggesa agensi anti-rasuah menyiasat beberapa projek penyelenggaraan jalan raya dikatakan bernilai kira-kira RM1.55 bilion yang didakwa dianugerahkan secara rundingan terus kepada kontraktor oleh sebuah kementerian kerajaan negeri.

Ketua penerangan Umno Sabah, Ghazalie Ansing berkata, kontrak tersebut yang bernilai dari RM325 juta ke RM500 juta setiap satu sepatutnya dianugerahkan melalui proses tender.


Ghazalie Ansing.
“Ini salah guna kuasa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini sekali gus menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengambil tindakan tegas.

Ketika ditanya sama ada Umno Sabah membuat laporan kepada agensi itu, Ghazalie berkata, beliau telah menghubungi SPRM yang kini meneliti dakwaan berkenaan.

Pihak FMT telah menghubungi SPRM bagi mendapatkan respons.

Ghazalie berkata, sekurang-kurangnya 4 syarikat diberikan kontrak tersebut, masing-masing untuk tempoh projek 5 tahun.

Beliau berkata, Warisan dan Pakatan Harapan (PH) menjanjikan pentadbiran yang telus dalam manifesto pilihan raya mereka.

Beliau juga mempersoalkan peranan pegawai SPRM yang ditempatkan di Jabatan Ketua Menteri apabila berlakunya perkara seumpama itu.

MR :  Siasat jangan tak siasat


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan