Header Ads

ads header

Flash News

'Usul undi percaya Dr M tak selari perlembagaan, pertikai Agong'


Speaker Dewan Rakyat Mohamad Ariff Md Yusof menolak usul Ahli Parlimen Semporna Shafie Apdal untuk memulakan usul undi percaya terhadap Ahli Parlimen Langkawi Dr Mahathir Mohamad.

“Saya telah rneneliti usul yang dikemukakan oleh YB Datuk Seri Panglima (Shafie Apdal) serta perincian penjelasannya.

“Berdasarkan penjelasan yang dinyatakan dalam usul tersebut, saya rnendapati ia adalah tidak selari dengan Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan kerana ia mempertikai kuasa Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dalam urusan pelantikan jawatan YAB Perdana Menteri.

“Oleh yang demikian, saya tidak membenarkan usul YB Datuk Seri Panglima ini dibawa ke dalam Majlis Mesyuarat,” katanya dalam satu surat yang dilihat Malaysiakini.

Surat yang bertarikh 5 Mei itu dialamatkan buat Shafie sebagai balasan kepada notis sebelum itu yang dihantar oleh wakil rakyat dari Warisan itu, untuk membawa usul percaya berkenaan.

Ketika dihubungi, Mohamad Ariff mengesahkan kepada Malaysiakini bahawa surat itu memang daripada pejabatnya.

Untuk tunjuk sokongan majoriti

Dalam notisnya, Shafie menegaskan bahawa usul itu bukanlah untuk mencanggahi kuasa Yang di-Pertuan Agong untuk melantik perdana menteri.

Sebaliknya, jelasnya, ia bertujuan memaklumkan baginda mengenai siapa yang mempunyai sokongan majoriti di Dewan Rakyat.

Ekoran penolakan itu Malaysiakini difahamkan Mahathir telah menghantar satu notis berasingan, kali ini bertujuan membawa undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin.

Ariff, ketika ditanya mengenai hal itu, memaklumkan yang beliau belum membuat keputusan berkenaan notis Mahathir itu.

“Tunggu esok. Ia akan dijawab menerusi satu kenyataan media,” katanya.

Untuk rekod, Bersatu kini terpecah dua dengan satu kumpulan penyokong Muhyiddin Yassin dan satu lagi yang menyokong Mahathir.

Muhyiddin ialah presiden Bersatu manakala Mahathir pengerusi parti berkenaan.

Kerajaan PH tumbang pada lewat Feb lalu setelah Muhyiddin membawa Bersatu keluar dari gabungan terbabit dan bekerjasama dengan bekas ahli PKR yang keluar parti,

diketuai bekas timbalan presidennya, Azmin Ali.

Melalui kerjasama dengan Umno, MCA, MIC dan PAS, mereka membentuk kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Mahathir membayangkan beliau mahu kembali menguasai parti itu dalam pemilihan Bersatu, serta menarik keluar parti tersebut dari kerajaan PN.



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


3 ulasan:

  1. Kenapa sapie tak mohon dgn tuanku jadi sultan sulu sahaja,,negeri sabah pin tak terjaga sibuk berebut kuasa,,oii sapie mana bantuan rakyat sabah kenapa tak sampai ke akar umbi,,pati d pulau gaya sibuk ko bg makan org d kg2 tak dpt mknn

    BalasPadam
  2. Sudah sudahlah tun......surat sudah viral dan usul tidak selari dengan kuasa lantikan oleh YDPA.Tunggulah PRU15 jika ada rezeki dari Allah sebagai pm ke9 dan ke3 kalinya.

    BalasPadam
  3. Sekarang bukan zaman Atok dan kuncu kuncu dia...
    Sekarang baru benar benar zaman Rakyat berkuasa.!!!!
    Walaupun dalam bencana Covid19 terasa macam hidup lebih tenang,
    Tak macam zaman PHancing berkuasa...
    Setiap hari rasa sakit hati.

    BalasPadam