Header Ads

ads header

Flash News

Wahai Kadir, Tahukah engkau Peletakan jawatan Dr M sebagai pengerusi PPBM sah kata JPPM



Malaysiakini menyiarkan berita Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu, A Kadir Jasin mencabar pemimpin partinya yang menyokong presiden parti Muhyiddin Yassin untuk menyingkirkan Dr Mahathir Mahathir sebagai pengerusi Bersatu dan ambil alih sebagai pemangku pengerusi.

"Dengar cerita, Bersatu Selangor cadang Muhyiddin ambil alih Bersatu sebagai pemangku pengerusi. Dalam Bersatu, pengerusi adalah jawatan nombor satu. Presiden nombor dua.

"Tapi kalau Bersatu Selangor dan mana-mana penyokong Muhyiddin hendak sangat singkir Dr Mahathir dan naikkan Muhyiddin, saya kata, silalah cuba.

"Tak apa mereka boleh cuba kalau mereka berasa Muhyiddin sekarang sangat kuat sehingga boleh buat apa saja kerana dia perdana menteri," katanya dalam satu hantaran Facebook hari ini.

Wahai Kadir, tahukah anda bahawa bahawa Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) mengesahkan Dr Mahathir Mohamad tidak lagi menjadi Pengerusi PPBM berikutan peletakan jawatannya di tengah-tengah pergolakan politik pada akhir Februari.

Surat daripada JPPM mengatakan pengunduran diri Mahathir sah dan Presiden Muhyiddin Yassin memangku jawatan itu juga sah.

“Jika pengerusi berhenti atau diberhentikan, presiden PPBM berhak memangku jawatan itu sehingga pemilihan diadakan, menurut Klausa 16.9 perlembagaan PPBM,” katanya.

JPPM juga mengesahkan surat tersebut adalah daripada JPPM bagi menjawab surat PPBM.

Wahai Kadir, kalau anda itu penumpang bas jangan berlagak dengan konduktor bas. Nanti konduktor bas minta driver turun anda di tepi hutan belantara. Mampus anda di baham harimau, apatah lagi covid-19 ini harimau keluar kawasan.

Driver bas ada had umurnya juga, kalau mata rabun, fikiran sekali ok sekali nyanyuk, entah-entah bas masuk gaung lebih baik dihentikan aje kalau degil juga tempaksa guna bas hybrid berhawa dingin Fully Wi-Fi. Yang ni atuk tak faham.

Nasir Ramlee


MR :  Kalau saya..org dah tak suka..saya undur diri sahaja...tak payah lah nak bergayut juga pada jawatan tu lagi


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


7 ulasan:

  1. Boleh bawa ke lubang kubur

    BalasPadam
  2. Tak payah cuba pun dan tak payah buat apa2, sendiri bikin sendiri tanggung

    BalasPadam
  3. Katakan apa saje yg kamu nk katakan,pepatah ada mengatakan ,, terlajak perahu boleh di undur,terlajak perbuatan sendiri tanggung la,slpas ni jgn libat rakyat pulak pergi guling2 dijalan raya yea..

    BalasPadam
  4. KADIR pernah berkata iNi semua kerja GILA.Padahal merekalah GILA KUASA selepas jadi GILA MELEPASKAN JAWATAN...kemudian TERUS GILA tuduh pihak P rihatin N gara rampas kuasa dan mengkhianat.MEREKAlah pengKHIANAT MANDAT RAKYAT DAN YDPA kerana bercakaran bila nak jadi PM....JADI Pemimpin hanya pada kejar jawatan bukan sebagai AMANAH ALLAH.

    BalasPadam
  5. Undi tak percaya tu undi daripada wakil rakyat, bukannya daripada rakyat. Rakyat dah menyampah.

    BalasPadam
  6. Adat kata Warga Emas hanya tinggal sedikit lagi masa emas untuk beramal.Ucaplah selamat tinggal kepada dunia sementara ini.Allah masih beri nafas maka gunalah untuk amankan rakyat Malaysia.Buat jariah yang bermakna bukan jariah celaru nanti

    BalasPadam
  7. Saya sokong kata penulis ini...
    Bagus... semoga atok sedar diri tu dah tua bangka. Banyak yang tak ingat...

    BalasPadam