Header Ads

ads header

Flash News

WARISAN Perlu Tinggalkan DAP – Pemuda PAS Sabah


KOTA KINABALU: Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah (DPPNS) mengajak Parti Warisan Sabah (WARISAN) mengambil pendirian untuk meninggalkan DAP jika mahu bekerjasama rapat dengan Kerajaan Persekutuan yang dikuasai Perikatan Nasional (PN).

Ketuanya, Zulzaim Hilmee Abidin pada kenyataan hari ini berkata, pihaknya yakin, konsep kerajaan tanpa parti berkenaan amat menepati kehendak dan citarasa rakyat Sabah.

“Pemuda PAS memandang konsep ‘Kerajaan Tanpa DAP’ yang dilaksanakan di peringkat Persekutuan menepati citarasa rakyat Sabah dan juga perlu diambil sebagai model terbaharu oleh WARISAN memandangkan Pakatan Harapan kini sangat lemah sehingga tumbang di beberapa negeri.

“Hampir segenap rakyat Malaysia mengetahui bahawa DAP menjadi ‘liabiliti’ utama sebelum ini dalam kejatuhan Pakatan Harapan di peringkat Persekutuan dan Pemuda PAS berpandangan ‘teori domino’ ini juga bakal terjadi di Sabah tidak lama lagi.

“Gabungan PN-GPS yang kini disebut-sebut oleh rakyat Sabah setelah menguasai beberapa negeri di Semenanjung termasuk Sarawak bakal menyaksikan kekuatan politik baharu di Sabah iaitu kerjasama antara PAS, BN, BERSATU dan STAR. Malah, ia mungkin juga bakal disertai parti tempatan lain.

“Kami yakin, kerjasama di antara Kerajaan Persekutuan dan negeri akan menjadi utuh sekiranya WARISAN menolak untuk bersama DAP dengan mengeluarkan mereka segera daripada kabinet kerajaan negeri Sabah dan beralih menyokong PN di peringkat Persekutuan,” katanya. – Harian Metro




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


1 ulasan:

  1. Pemimpin DAP patut di buang ke Spratly Island yg China buat Pengkalan tentera secara haram, dan kemudiannya dibedil oleh peluru berpandu kapal perang Amerika.

    BalasPadam