Header Ads

Header ADS

10 Sebab Mengapa Peralihan Kerajaan Tidak Akan Berlaku, Kerajaan PN akan kekal sehingga PRU-15


Sebelum ini, Datuk Seri Salahuddin Ayub menyatakan Mesyuarat Majlis Presiden PH pada petangnya membincangkan agenda mengenai perjalanan PH ke Putrajaya.

Kata Datuk Seri Salahuddin, PH sudah mempunyai jumlah Ahli Parlimen yang mencukupi, dan PH boleh kembali ke Putrajaya sebelum Parlimen bermula pada Julai ini.

Begitupun, pada hemat saya, terdapat 10 sebab mengapa peralihan kerajaan daripada PN kepada PH tidak akan berlaku dan mengapa PN akan terus berkuasa hingga PRU 15.

(1) Jika betul cukup nombor, PH tidak akan mendedahkannya kerana ini akan memberi ruang kepada pihak lawan untuk mengatur strategi.

(2) Jika betul cukup nombor, PH tidak akan mendedahkannya sebaliknya akan terus menghadap YDPA untuk menubuhkan kerajaan.

(3) Jika betul cukup nombor, PM akan menggunakan peruntukan perlembagaan untuk menasihatkan YDPA untuk membubarkan Parlimen.

(4) Jika dinasihatkan untuk membubarkan Parlimen, YDPA akan melakukannya dari membiarkan kitaran politiking tak berkesudahan.

(5) Jika Parlimen dibubarkan, besar kemungkinan PH akan mengalami kekalahan teruk dalam PRU baru, malah ini diakui oleh pemimpin DAP.

(6) Jika ini berlaku, imej PH akan jatuh merudum kerana mengingkari titah YDPA supaya tidak mengheret negara sekali lagi ke kancah politik.

(7) Jika Kerajaan PH berjaya dibentuk, ia pastinya bukanlah sebuah kerajaan yang stabil kerana tanpa majoriti besar ia boleh dijatuhkan balik.

(8) Jika Parlimen dibubarkan, ramailah Ahli Parlimen dari PH sendiri yang tidak akan ada peluang untuk menikmati pencen sebagai Ahli Parlimen.

(9) Jika Parlimen dibubarkan, PN mempunyai kelebihan yang besar dalam PRU baru kerana ia akan berperanan sebagai caretaker government’.

(10) Jika Parlimen dibubarkan, besar kemungkinan PH akan mengalami kekalahan teruk dalam PRU baru berdasarkan sentimen semasa rakyat.

Bahawa PH akan mengalami kekalahan teruk dalam PRU baru jelas diakui oleh pemimpin DAP, Ronnie Liu Tian Khiew, yang menyebut:

“In the event of dissolution of Parliament, the risk of losing power to PAS and UMNO/MCA/MIC is very real” (“Jika berlaku pembubaran Parlimen, risiko kalah kepada PAS dan UMNO/MCA/MIC adalah sangat nyata”).

Beranikah PH mengambil risiko sangat besar ini? Jawapannya sudah pastilah tidak kerana ia adalah umpama tindakan menggali lubang kubur untuk PH.

Bahawa PN akan terus berkuasa hingga PRU 15 juga jelas diakui oleh pemimpin PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad, yang menyebut:

“While concerns about its infighting and disunity are valid, PN will likely hold together until the 15th general election” (“Sementara cakap-cakap mengenai pertikaian dan perpecahan dalaman adalah benar, PN akan kekal Bersama sehingga PRU 15”).

Cakap-cakap “cukup nombor” ini sebenarnya hanyalah psy-war PH untuk menakutkan Ahli-Ahli Parlimen dan ADUN-ADUN PH dari terus menyertai PN sahaja.

Rujukan:
https://facebook.com/story.php?story_fbid=3391697434180167&id=100000198327350
https://www.malaysiakini.com/news/527964
https://www.malaysiakini.com/news/527887

Dr Kamarul Yusoff


MR :  Bukan psywar tapi KENCING


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


3 ulasan:

  1. PH hanya dengan Piss War berpisah tiada, ibarat kencing dengan hancing kerana sekiranya pru diadakan dalam tempoh terdekat maka badi prk 5 kali kalah berturutan akan menimpa. Ph tiada keberanian mengambil risiko kerana bukan setakat akan...tetapi 99.99 peratus pasti kalah banyak kerusi termasuk di kawasan cina kerana ph gagal secara keseluruhan menangani masaalah ekonomi dan sosial rakyat. Jika nak sembang mandat rakyat...lihat fakta Kelantan dan Terengganu...Parti lebai dapat mandat rakyat secara majoriti bersih dan jelas dari rakyat. Di peringkat pusat atau negeri yang dikuasai oleh PH hanya sekadar menang kerusi terbanyak sepertimana PAS di kedah dan kebanyakan kerusi di menangi oleh PH berdasarkan kelebihan nisbah pengundi contohnya ph 40 %...BN 30%...parti lain 30%...jika ikut mandat rakyat,60 % tidak menyokong ph. Oleh itu mandat rakyat sekadar penyedap telinga arif muluk serta konco konco hancingnya

    BalasPadam
  2. PH menang hari tu kerana perang tiga penjuru.

    BalasPadam

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.