Header Ads

ads header

Flash News

ADUN DAP Graduan Lulusan Usuluddin Cadang Sertai Perikatan Nasional?


Alhamdulilah segala puji bagi Allah. Itu sahaja yang terlintas bila membaca berita dibawah ini. Elok benar Sheikh Omar Ali kembali ke pangkal jalan dengan memilih fikrah politik yang lebih mendatangkan kebaikan untuk agama dan negara. Masakan tidak, dari seorang aktivis pemuda PAS yang aktif di kampus dengan latar belakang pendidikan agama, lulusan dalam bidang Usuluddin dari Universiti Malaya itu adalah pelapis dalam kepimpinan pemuda PAS sejak tahun 2008. Malangnya selepas bertahun-tahun terlibat dalam kumpulan pelajar di kampus akhirnya memilih untuk menyertai Parti DAP.

Sebelum dari itu beliau pernah berkhidmat sebagai pegawai media kepada ketua pemuda PAS Suhaizan Kayat, dan kekal bersama parti itu sehingga krisis kepimpinannya pada tahun 2015, yang akhirnya menyaksikan golongan ‘ acah – acah profesional’ digulingkan oleh kem ulamak.

Setelah mengambil  jalan yang berbeza, Sheikh Omar Ali memilih untuk tidak  menyertai AMANAH, tetapi sebaliknya, menyertai DAP. Keputusan yang begitu janggal ini melayakkan DAP mempergunakan beliau bagi membuktikan kepada umum bahawa kununnya DAP bukanlah sebuah parti yang rasis walhal hakikatnya, kedudukan dan pangkat yang mereka beri kepada golongan ini hanyalah mempunyai maksud disebaliknya. Tetapi apa boleh buat, kedudukan, harta dan wang adalah mampu mengoda maruah dan prinsip hidup seseorang.

Melihat dari sisi pandang seorang muslim, kita hanya mahu bersangka baik bahawa DAP sebenarnya tidak berjaya mengDAPkan beliau secara keseluruhan. Ini kerana terlalu banyak kemungkaran yang DAP sorok selama ini ditonjolkan dengan bangganya selama 22 bulan mereka memayungi kerajaan PH. Sedikit sebanyak terdetik iman dihati beliau apabila melihat Kerajaan Melayu / Islam dibawah Perikatan Nasional berjaya menguruskan kerajaan dengan cemerlang dalam masa 100 hari ini walaupun berhadapan dengan pendemik covid 19 dan keadaan politik yang tidak menentu.

Apa pun perbincangan beliau ketika bertemu Perdana Menteri kita hanya harapkan bahawa ada sinar untuk beliau kembali kepada fikrah politik yang lebih menguntungkan agama, bangsa & negaranya. Insyallah..

 

Yeop Karai

Seorang pesara tentera, pemikir politik & Juara Dam Haji Warong Pak Mat Pulau Tiga Kampung Gajah. Kini pencinta Nasi Kandar sepenuh masa


# sumber

 


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


13 ulasan:

  1. X usah lah nak percaya org agama cam ni...nampak cam terdesak dan terbau akan kena tendang masa pru15 nnt...masa dlm pas pun dia x dikenali pun tp tiba2 jadi adun...adun beb...usahlah percaya ngan barua mcm ni..ini baru betul penunggang agama utk dapat habuan dunia

    BalasPadam
    Balasan
    1. Xpelah..aku balas sendiri posting aku...budak ni dikatakan kurang matang dlm berpolitik...hmm...keluar pas diketika pas dlm krisis yg terang2 geng nuar dan dap cucuk jarum utk pecahbelahkan pas....hentam pas pastu jadi ketua dapsy johor, dpt jadi adun dap, tiba2 negeri johor rebah dan federal level pun rebah...x pandai baca politik lah..

      Padam
    2. Cth lain adun dap tronoh perak tiba2 keluar dap jadi adun bebas...kenapa? Lepas perak rebah, mamat ni tgh ada kes rogol amah indon yg kes dia ditangguhkan dah hampir setahun x bergerak...keluar dap jadi bebas bila pn ambik alih kononnya utk nak lepaskan diri dr kes rogol....bukan kapir saja nak lepaskan diri, yg ada agama pun di uji..di uji bila dpt kuasa (ph) tp bila rebah, kuasa hilang terus terduduk...cth lain adun juara penembak babi melaka..norhizam adun dap...lompat keluar bila ph rebah di melaka..sebab apa? Fikirlah

      Padam
    3. Contoh2 yang baik dari Sokong Islam. Daripada sejarah kelakuan kita boleh menilai seseorang.

      Padam
    4. Dia nak sertai PN biarlah. Tapi jangan benarkan dia sertai PAS kerana dia akan buat kacau.

      Padam
    5. Sedara awanama, pergh kamu bleh tau yer sejarah kelakuan saya..mmg hebat anda...nampak gaya bertuah adun dap tersebut mempunyai penyokong seperti anda...terbau pru15 tiba2 ramai insaf plak...kalau pn x ambik atau pru15 masih jauh rasa2nyalah adun dap ni nak insaf ke...

      Padam
    6. Awanama ..saya mmg bersetuju dgn anda bhw tiada istilah terlambat dlm hidup seseorang jika tersalah pilih jalan...
      Saya x kenal anda tp saya bleh baca anda berdasarkan kenyataan anda...
      Mungkin wanji penasihat kuat dap penang diterima kembali ...maklumlah skrg dah senyap kan kalau tak bleh tahan mulut dia...

      Padam
    7. Kadang2 kita x payah tgk sejarah yg lama2...cuba tgk tweet dia baru2 ni pun dah cukup...dlm gambar jumpa tsmy pun siap tweet 'mana tau Dap yg akan tambah kerusi nanti." aku bsangka baik bhw dia bergurau tp bgurau seolah2 nk perkuatkan dap pulak...

      Ada lagi tweet2 dia yg x lama sebelum tu yg secara sarkastik menyebut kitab apa nk guna dlm sokongan kpd pemimpin...
      Mungkin aku ni x pandai baca org...nampak gaya ada org mmg pandai baca org lain berdasarkan pendapat tentang bahayanya sesetengah pemimpin berdasarkan keadaan semasa....hebat

      Padam
  2. Siapa kita nak caci maki orang? Islam tak ajar begitu. Tiada istilah terlambat untuk memperbetulkan keadaan.Tapi jika spesis machai PH,memang akan melaga-lagakan orang dan sentiasa cari salah orang

    BalasPadam
  3. Masih muda dan kurang matang membuat pilihan. Kalau pilihan membuat rumah hampir terbakar adakah orang lain akan senang mempercayai semula. Pilihan untuk diletak sebagai calon adun pula menampakkan gian jawatan bukan untuk berkhidmat. Tunjukkan kejujuran dulu dengan berkhidmat tanpa merebut jawatan.

    BalasPadam
  4. Siapa kita memaki orang, sedangkan kita sendiri belum tentu baiknya. Beliau keluar dari DAP sekurang-kurangnya pun sudah ada rasa insaf diri. Tidak kiralah mana hala tuju parti yang hendak diikuti sekurang-kurangnya dia sayangkan bangsa dan agamanya asalkan bukan parti kafir dan penyokong tegar kafir. Alhamdulillah Allah telah membuka hatinya. Cukup jangan dimaki kelak Allah akan membuka aib kita satu masa nanti.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
  5. lompat si katak lompat...
    keluar masuk perigi..
    sana dapat tempat.
    balik sini dicurigai.

    BalasPadam