Header Ads

Header ADS

Ahli Parlimen Bukit Gantang serah borang sertai PPBM


PETALING JAYA:
Ahli Parlimen Bukit Gantang, Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal menyerahkan borang menyertai PPBM kepada Presiden parti itu, Muhyiddin Yassin hari ini.

“Ya, beliau menyerahkan borang masuk PPBM pagi tadi,” kata wakil PPBM yang turut hadir ketika penyerahan borang itu, kepada FMT.

Hadir sama Setiausaha Agung PPBM, Hamzah Zainudin dan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi, Redzuan Md Yusof.

Keputusan Syed Abu Hussin menyertai PPBM memperkukuhkan lagi kedudukan Muhyiddin menerajui kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Akhir Februari lalu ketika krisis politik tercetus yang menyaksikan kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan, Syed Abu Hussin menafikan dirinya menyokong pencalonan Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri baru seperti dalam senarai 114 ahli Parlimen yang didedahkan PH.

Beliau sebaliknya menyokong Muhyiddin sebagai perdana menteri ke-8.

Pada Pilihan Raya Umum lalu, Syed Abu Hussin memenangi kerusi Bukit Gantang atas tiket BN, menewaskan calon PH dan PAS sebelum mengumumkan dirinya menjadi wakil rakyat bebas pada Jun 2018.

MR :  Makin gelap Mahathir


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


1 ulasan:

  1. Terimakasih kpd yg menyokong DS Muhyiddin. Moga Perikatan Nasional terus tetap memerentah Malaysia dibawah naunhan Rahmat Allah swt.

    BalasPadam

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.