Header Ads

ads header

Flash News

Aman tiga bulan dalam PN, orang tak tanya dah siapa the next PM kata Azmin


Bekas timbalan presiden PKR Azmin Ali menasihatkan Pakatan Harapan (PH) agar "cukup-cukuplah" membangkitkan isu pemilihan calon perdana menteri.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri mendakwa keadaan sama sekali berbeza dalam Perikatan Nasional (PN) yang mentadbir negara sejak tiga bulan lalu apabila isu perdana menteri tidak dibangkitkan.

"Cukup-cukuplah... sehingga hari ni pun tak selesai lagi nak pilih siapa calon perdana menteri.

"Kalau itu tak boleh diseselaikan, dari tahun 1998 rakyat diheret ke jalan raya, rakyat diheret ke kancah politik kerana dua individu ini.

"Kalau tidak A, B. Kalau tidak B, A," katanya dipercayai merujuk kepada Presiden PKR, Anwar Ibrahim, dan Ahli Parlimen Langkawi Dr Mahathir Mohamad yang kini menjadi tumpuan ramai kerana bakal dinamakan sebagai calon perdana menteri PH.

Menurut Azmin, PKR harus bertanggungjawab berhubung isu tersebut kerana ia membuktikan bahawa seseorang dalam parti itu perlu "melakukan sesuatu" kerana didakwanya membuat anggota berasa muak.

"Sampai bila kita nak selesaikan masalah negara?

"Jadi saya ingat, sekurang-kurangnya dalam tempoh tiga bulan (PN menjadi kerajaan), orang tak tanya dah siapa the next PM (perdana menteri seterusnya). Aman tiga bulan," katanya.


MR :  Muak dan mual


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


9 ulasan:

  1. Ya betul. orang tak tanya dah siapa next PM. aman damai dah Malaysia. puak2 yg mainkan isu perkauman dan agama secara menyebarkan fitnah dan provokasi dah puas hati. dah boleh tido lena. sekarang puak2 ni dah boleh pikir camane kembungkan poket balik. macam tgk bola. pasukan A menang dapat hadiah. dapat anugerah. dapat tanah. yg penyokong A terjerit2 melompat2 kat stadium cuma seronok puas hati. satu apa pun tak dapat. tiket tgk bola pun kene bayar. minyak kete lagi. beli burger lagi. haha. pandai pemimpin2 PN memperkambingkan rakyat yg tak berapa cerdik ni. Aku tak rasa Azmin tgh aman sekarang ni. huhu.....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kikiki.. Typical kenyataan pwnyokong PH. Ye la nk ckp apa lagi kan. Tp serius. Majoriti rakyat lega selepas terlepas drp cengkaman PH. Tak kira la sape yg kerajaan. PN ke KKM ke CNN ke. Janji bukan PH.

      Padam
    2. Nak kata PN memperkambingkan rakyat. PH lagi la 22 bulan memperbodohkan rakyat. Menyesal, taubat nasuha aku undi PH dulu. Cukup la kena kencing 22 bulan. Rasa bersyukur kerajaan baru ambil alih skrg.

      Padam
  2. Amandah daripada fitnah dalam kain,ugut rakyat ikat perut,tarik elaun KKM,kata negara tadak duit. Tu semua zaman PH,zaman kleptokrasi 22 bulan.Takyh cakap reformasi bagai.Kelaut semua tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju. Aku kat kementerian pun aman sekejap. Klu tidak tak habis2 melayan isu sekolah cina nyonya sorang tu. Nak itu nak ini mcm sek dia je ada dlm msia ni. Letih la..

      Padam
  3. Ala azmin ni...rakyat lg muak tgk kau sbb kau seorang pengkhianat kpd rakyat d sbb kn nk jawatan sggup jd katak kodok.ternyata kau ni seorang wakil rakyt yg tiado pendirian tetap.sebenar kau tu yg gila kuasa dn jawatan.sebelum nk kato org cermin diri sendiri dulu...nk tutup aib se diri sggup tuduh anwar sebagai gilo kuaso....diri sendiri yg gilo kuasa dn jawatan.kau ingt rakyat suko sgt ke dgn org yg tsk ado pendirian ko...pegi mam la min oi....

    BalasPadam
  4. UNKNOWN :PH tu apa kurangnya. Banyak katak2 yang melompat Sana sini. Tak Ada pula ko kata pengkhianat kepada rakyat. Kena barang hidung sendiri senyap. Kalau berlaku Kat orang lain meroyan Gila ba**.

    BalasPadam
  5. Katak2 yg ada sekarang ni pun belajar drp katak2 dlm PH dulu. Ingat lps PRU dulu, berebut2 katak2 lompat masuk PH, yg tu korang panggil apa? Tak pengkhianat ke tu? Hampeh betul PH ni! Memualkan

    BalasPadam