Header Ads

ads header

Flash News

Amanah kata Mahathir bohong pasal Shafie Apdal calon PM


SHAH ALAM - Setiausaha Organisasi Parti Amanah Negara (Amanah), Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus menegaskan kepimpinan parti itu tidak dimaklumkan mengenai sebarang keputusan Amanah terhadap cadangan memilih Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Md Shafie Apdal sebagai calon Perdana Menteri bagi blok pembangkang.

Abang Ahmad Kerdee berkata, sehingga kini tiada sebarang pengumuman dikeluarkan kepimpinan tertinggi Amanah berkenaan cadangan dikemukakan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad itu dan pihaknya mengakui baru mengetahuinya sebentar tadi.

"Tiada sebarang maklumat diterima. Bahkan saya sendiri baru mengetahui berita itu memandangkan saya tidak lagi berada dalam blok perunding bagi parti Amanah.

"Untuk pengetahuan, blok perunding bagi pihak parti bagi tujuan mengembalikan mandat rakyat kini hanya dianggotai Presiden, Mohamad Sabu; Timbalan Presiden, Datuk Seri Salahuddin Ayub dan Pengarah Komunikasi, Khalid Abdul Samad," katanya sewaktu dihubungi Sinar Harian hari ini.

Beliau berkata demikian sewaktu mengulas pendedahan Dr Mahathir yang mendakwa beliau bersama penyokongnya bersetuju memilih Mohd Shafie Apdal yang juga Ketua Menteri Sabah sebagai calon Perdana Menteri baharu bagi blok pembangkang.

Beliau turut mendakwa nama Mohd Shafie turut disokong DAP dan Amanah dalam satu pertemuan dengan kepimpinan Warisan sebelum ini.

"Memandangkan saya yang menamakan beliau (Mohd Shafie), saya berharap akar umbi parti akan menyokong pencalonan beliau. Saya rasa sekiranya saya sudah tiada, kita mahu seseorang untuk meneruskan perjuangan kita.

"Atas sebab itu, kita meminta semua pihak untuk menyokong Mohd Shafie kerana hala tuju perjuangan Warisan adalah sama dengan saya untuk menentang (Datuk Seri) Najib Tun Razak dan (Tan Sri) Muhyiddin Yassin," katanya dalam satu rakaman video diambil dalam satu mesyuarat bersama akar umbi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dari Terengganu di Yayasan Kepimpinan Perdana malam tadi.

Sementara itu, Naib Presiden Amanah, Datuk Mahfuz Omar ketika dihubungi Sinar Harian turut mengesahkan tidak tahu-menahu mengenai kenyataan Dr Mahathir itu.

"Saya tidak tahu-menahu (kesahihan) pasal itu (cadangan Dr Mahathir) sebab saya tidak terlibat," katanya.

Terdahulu isu pemilihan calon Perdana Menteri mencetuskan kemelut dalam kalangan parti-parti dalam PH, fraksi Bersatu diketuai Dr Mahathir dan Warisan atau lebih dikenali PH Plus.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan DAP telah membuat keputusan untuk menyokong Dr Mahathir sebagai calon Perdana Menteri PH sementara Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Bagaimanapun, Majlis Pemimpin Pusat (MPP) PKR memutuskan menolak Dr Mahathir sebagai calon Perdana Menteri sebaliknya memilih Anwar ke jawatan itu jika PH berjaya mengambil alih kerajaan.

Susulan itu, Dr Mahathir menyatakan hasratnya untuk meninggalkan PH Plus selepas PKR menolak cadangan beliau sebagai calon Perdana Menteri.

“Sebaliknya saya akan bekerjasama dengan DAP dan Amanah,” kata Mahathir ketika ditemuramah oleh Sin Chew Daily.

MR :  Mahathir nak kencing PH


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


2 ulasan:

  1. Tak payah percaya apa yang keluar dari mulut PAN ni. MUstahil tak tahu. Kan ke Mahathir tu intan permata PAN. PAN dan DAP ni banyak kes kes yang hendak di sorok bawah permaidani. Hanya Mahathir yang boleh lindungi mereka. I scratch your back you scratch mine.

    BalasPadam
  2. ...kalo jumpa ular dan PAN nak pukul mana dulu????!!!!

    BalasPadam