Header Ads

ads header

Flash News

Apa salahnya pergi ke Marang?


SAYA
ini penggemar Hadis tetapi tidaklah gemar kepada seseorang yang dikatakan ‘pakar Hadis’. Orang yang menjulang Hadis dan sayangkan Nabi S.A.W sepatutnya tiru gaya dakwah Nabi S.A.W tetapi lain pula dengan ‘pakar Hadis’ ini. Walaupun beliau ini digelar ‘pakar Hadis’ oleh penyokongnya, facebook pagenya itu tidaklah semua berkisar kepada ilmu Hadis. Ada juga unsur-unsur ‘kata periuk belanga hitam’.

Kali ini apabila membaca hantaran facebooknya, saya tertanya-tanya kepada siapakah beliau tujukan status itu. Selalunya ‘pakar Hadis’ ini apabila mahu menyindir dan memerli seseorang, beliau akan sertakan screenshot dari tulisan orang tersebut atau memetik terus nama si polan, tetapi kali ini lain pula teknik sindirannya. Setelah bertabayyun, ternyata status itu ditujukan kepada Presiden PAS. Mungkin atas dasar hormat, beliau tidak screenshoot ‘kalam TGHH’ sebaliknya memberi ayat berlapik menyatakan kesediaan berdebat atau berdialog dengan TGHH.

Walaupun cabaran debat atau dialog itu kelihatan berlapik, saya hairan juga mengapa orang muda seperti ‘pakar Hadis’ ini seperti menghidap ‘penyakit kronik debat’ hinggakan orang yang lebih tua darinya pun diajak debat. Bukanlah menjadi kesalahan apabila mengajak orang yang lebih tua atau sesiapa saja berdebat tetapi orang yang diajaknya kali ini ialah insan yang tidak pernah usik batang tubuhnya apatah lagi mengajak berdebat.

TGHH itu berusaha keras mengajak masyarakat ke arah Penyatuan Ummah manakala ‘pakar Hadis’ ini pula suka menimbulkan polemik yang mengheret masyarakat ke arah perdebatan yang tidak sihat. Inilah bibit-bibit yang membawa kepada perpecahan umat. Perkara sebegini tidak bagus untuk masyarakat.

Saya bukanlah orang yang anti debat tetapi bagi saya untuk berdebat dengan ‘pesakit kronik debat’ lebih baik tidak payah. Ianya membuang masa tambahan pula ‘pakar Hadis’ ini pernah ada track record mengajak atau menyahut saranan debat dengan ilmuwan lain tetapi akhirnya berkong kali kong dengan alasan sibuk dan jadual yang padat.

Saya membaca sehingga habis apa yang ditulis TGHH dan boleh memahami apa yang ingin disampaikan. Tetapi jika ‘pakar Hadis’ yang ada PhD gagal faham tulisan itu, nasihat saya pergilah ke Marang. Tak perlu pun sampai berdebat. Sekarang sudah boleh rentas negeri. Semasa PKP yang semua orang sepatutnya duduk rumah pun ‘pakar Hadis’ boleh gagahkan diri keluar dan berkumpul dengan kawan-kawan di suatu pejabat atas alasan ‘dijemput’, sementelah pula sekarang tiada halangan. Setakat bising di facebook jawapan tak dapat, keuntungan kepada Islam pun tidak ada. Yang ada ialah perpecahan dan kekeliruan.

SHARIFAH T.A
14 Jun 2020 – HARAKAHDAILY 14/6/2020



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


9 ulasan:

  1. Assalam...satu kaedah yg popular bagi golongan wahabi menagih perhatian dan populariti ialah mencabar debat dengan orang2 ternama, maka secara automatik namanya akan naik sekali dgn orang yg dicabar. Rozaimi ni dulu pernah mencabar Tn Ibrahim, tp tn Ibrahim tak layan. Dia tak pernah sahut cabaran debat orang, tp dia suka cabar orang debat. Lps tu bila orang sahut, dia berhelah. Hidup hanya mencari populariti.

    BalasPadam
  2. Dia ni antara manusia yg memecahkan ummah,,berasa ilmu terlalu hebat sampai dia sahaja yg betul dan pakar tahu segalanya,,yg d ajak debat manusia yang pakar mentafsir alquran,,tak malu kah dia,,padan la kalau guru2 banyak tak ketahuan bab islam kerna pensyarah mereka juga manusia yg pening tak bertempat,,dia ni sekufu dengan mufti perlis dan 3 4 org lagi manusia yg mengaku alom ulamak d msia ni dan berasa ilmu hebat drpd org lain,,jgn lah d layan manusia serabut mcm ni kerana sudahnya kita terheret sesat menghina ulamak lain

    BalasPadam
  3. Dr. Maza ,,Uzair ,,Roha ,, Daniel Boone . Semua ini kalau ajar sunnah memang top . Silapnya tak secara lansung suka rendahkan pendapat ilmuan yyg tak sependapat dgn mereka . Saolah mereka ini hidup dzaman nabi .

    BalasPadam
  4. Ada ke mana mana hadis atau dalil yang menyuruh berdebat berkenaan hadis .Sepatutnya mamat ni pergi ajak puak puak kafir dapigs berdebat tentang kebenaran Islam kerana ianya adalah sunnah.Yang hairannya bila kartel dapigs,lgbt,minah siti mencerca,menghina sunnah,hadis,hukum hakam tidak pula kedengaran mamat ni nak berdebat.Inilah perangai pedagang agama demi sesuap nasi

    BalasPadam
  5. Apa tujuan hidup dia hanya utk ajak gaduh dengan orang Islam yang lain.
    Inilah dia syaitan yg sebenar.

    BalasPadam
  6. Ini kadang2 orang yang digelar ulama dan banyak dari PAS juga tak paham. Jangan terlalu mudah merujuk kepada Sunnah dan al-Quran. Guna logik dan rasional dulu kemudian rujuk kepada Sunnah dan al-Quran. Kalau tak orang2 terutamanya bukan Islam akan bosan kalau dengar hujah2 menggunakan istilah arab yang ramai orang Islam pun tak tahu dan bosan mendengar. Mendakwah kepada orang kafir dan sesama Muslim perlu hikmah yang tinggi untuk berkesan. Jangan atas dasar ego dan nak menang pendapat untuk berhujah tapi berhujah untuk kepentingan bersama.

    BalasPadam
  7. Tak tahu kenapa.. tetapi saya memang tak suka dia ni.. Memek muka dan cara bercakap macam dia saja yang pandai dalam dunia ni..

    BalasPadam
  8. Biar dia sorang yang bercakap dengan hujahnya, hormat lah deganTGHH

    BalasPadam
  9. Jangan kamu rasa hebat dengan ilmu kamu...biarlah kurang ilmu jangan kurang adab...ini orang suka cari publisiti.. Kalau x puas hati terus je jumpa bincang face to face...nak jumpa TGHH bukan susah..

    BalasPadam