Header Ads

ads header

Flash News

Berebut lagi rupanya siapa 'bakal' PM... bila engkau orang nak insaf? Rakyat dah muak!


Menurut berita yang diperolehi oleh Sin Chew Daily, PH Plus (Amanah, DAP, PKR, Warisan dan blok Tun Mahathir dalam Bersatu) dalam fokus pemilihan calon Perdana Menteri memperlihatkan yang PH telah mencalonkan Pengerusi PKR, DS Anwar Ibrahim tetapi mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir masih mahu mencalonkan dirinya sendiri.

AJK PH MEMUTUSKAN ANWAR SEBAGAI CALON

Menurut sumber yang diyakini memberitahu akhbar ini yang Majlis Presiden Pakatan Harapan telahpun memutuskan yang DS Anwar Ibrahim adalah calon Perdana Menteri.

Sumber itu memberitahu yang Tun Mahathir telah menghadiri menyuarat pada hari Selasa lalu di Ibu Pejabat PKR di mana beliau telah mencadangkan satu “Team Mahathir-Anwar” yakni beliau sendiri akan menjadi Perdana Menteri dan DS Anwar sebagai timbalannya. Namun demikian ia tidak mendapat persetujuan dari Pakatan Harapan.

“Tun Mahathir mencadangkan jika berjaya merampas kembali kuasa Kerajaan Persekutuan, dia akan menjadi Perdana Menteri untuk selama enam bulan manakala selepas enam bulan akan menyerahkan kuasa kepada DS Anwar Ibrahim. Tetapi cadangan ini tidak dapat diterima oleh Pakatan Harapan”.

“Alasan yang diberikan oleh Tun Mahathir ialah untuk memberinya peluang menyatakan keikhlasanya menyerahkan jawatan kepada DS Anwar”.

“Pengerusi Warisan, DS Shafei Afdal menyatakan sokongannya untuk Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri”.

Menurut sumber itu lagi, menyuarat selama tiga jam itu yang utamanya untuk membincangkan agenda pemilihan calon Perdana Menteri. Tidak pula membicarakan pemilihan calon Timbalan Perdana Menteri.

HARI SELASA MINGGU DEPAN AKAN MENERUSKAN PERBINCANGAN

Dalam menyuarat pada hari Selasa itu yang memfokuskan agenda pemilihan calon Perdana Menteri walaupun tidak mencapai sebarang persetujuan namun dijangka menyuarat seterusnya akan diadakan pada hari Selasa depan bagi membincangkannya dan diharap dalam masa seminggu ini satu keputusan akan dimuktamadkan.

Selain daripada itu, DS Anwar Ibrahim dalam mesyuarat Biro Politik PKR semalam telah memberikan taklimat ringkas kepada ahli-ahli biro mengenai menyuarat Pakatan Harapan pada hari Selasa itu. Namun demikian tiada butiran lengkap yang diperolehi.

“Biro politik hanya membicarakan secara santai sahaja dan tidak membuat sebarang keputusan”. kata sumber.

Sebenarnya Biro politik masih kabur bagaimana nak memulakan serangan kepada kerajaan PN kerana mood rakyat yang menyebelahi kerajaan PN.

DIKATAKAN BILANGAN NOMBOR PAKATAN HARAPAN “DAH CUKUP”

Selain daripada itu, sumber itu juga memberitahu walaupun DS Anwar Ibrahim dalam live FB semalam mengatakan yang Pakatan Harapan hanya mempunyai 107 kerusi tetapi sebenarnya bilangan “dah cukup”.

“Sekarang Pakatan Harapan dan pihak Tun Matathir serta GPS masih berbincang ……”

Mesyuarat pada hari Selala yang lalu bolehlah dianggap sebagai pertemuan “memecah kebuntuan” bagi Tun Mahathir dan DS Anwar Ibrahim. Semenjak kejatuhan Pakatan Harapan, para pemimpin PKR dilihat telah hilang kepercayan terhadap Tun Mahathir.

Pendirian parti ialah mahukan DS Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri dan tidak mahu beliau terlibat dalam aktiviti yang dianjurkan oleh Tun Mahathir termasuklah menghadiri menyuarat.

Daripada maklumat ini mengikut pandangan pemerhati politik PH mungkin dan sukar untuk mendapat sokongan rakyat, malah ada juga berpendapat PH mungkin akan mengalami kemerotosan sokongan dan ada juga berpendapat akan berlaku lagi penghijrahan pemimpin mereka kerana Team Azmin dalam keadaan 'silent' menjalankan aktiviti yang sangat rapi.

MR :  Nampak gaya macam ada harapan PH berkubur sebelum PRU-15


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


7 ulasan:

  1. Masukkan 2 bahalol ni dalam hospital tanjung rambutan boleh tak? Please.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju sangat2. Pas tu suruh dia orang main games of thrones versi malaysia dan jangan ganggu orang lain.

      Padam
    2. Ini lagi best dari Maharaja Lawak. Dua ekor Bahlol ni memang jadi bahan lawak rakyat Malaysia.

      Padam
  2. Kerja gila dua atuk tua.pelahap dan kemaruk PM
    malaysia sudah ada PM - Abah-Muhyiddin Yasin
    berhentilah menjadi ahli politik TOLOL hingga lubang kubur

    BalasPadam
  3. "Dulu dok dalam UMNO pecah belahkan UMNO, sampai tertubuh Semangat 46, lepas tu pecat Anwar wujud pula PKR, lepas tu tak puas hati dengan Najib hang tubuh pula PPBM, sekarang tak puas hati lagi dengan Muhyiddin nak tubuh parti baru pulak...Hang Madet memang Bapa Pemecah belah Melayu & Islam la. Masa jadi Presiden UMNO setiap masa hasut orang UMNO untuk benci PAS...pecah belah lagii!!

    BalasPadam
  4. kedua2nya mungkin GILA MAIN NOMBOR EKOR...sbb 129-1=107..AKHIRNYA KEPALA otak jadi BINGUNG dan BANGANG terus.

    BalasPadam
  5. Jangan gaduh2...ada 2 KERUSI utk PM...1)Tanjong Rambutan 2)Tampoi..jika ini pun jadi rebutan tunggu je di LIANG LAHAD.

    BalasPadam